Wanita lain mencari keseronokan dengan mendedahkan aurat tetapi 'seseorang' itu sedang pertahankannya. Walau hati berbisik 'ingin', 'seseorang' itu melawannya dengan mengatakan 'jangan, ini hanya di dunia. Jangan ikut hawa nafsu dan bisikan syaitan. Ingat Syurga Allah.'
Wanita lain sedang gembira bertepuk tampar, berbual mesra tanpa batas dengan ajnabi tetapi 'seseorang' itu cuba pertahankan ikhtilatnya kerana dia tahu itu semua satu dosa, diingatkan diri 'jangan mendekati zina.'
Wanita lain suka saat dipuji ajnabi kerana kecantikan wajah yang disolek tetapi 'seseorang' itu memilih bersederhana asalkan tenang dipandang kerana dia tahu suatu saat 'wajah itu akan reput jua dan jika Di Syurga dia akan sentiasa muda. Dia memilih begitu agar tidak menjadi tarikan ajnabi cukup sekadar untuk suami suatu hari nanti.'
Wanita lain sedang 'sakit' mengejar kerakusan dunia yang sementara tetapi 'seseorang' itu lebih memilih mentaati Allah, mengejar redha Allah. Dibisikkan di hati 'dunia hanya di telapak tangan tapi Akhirat digenggam di hati.'
Moga kita semua mampu menjadi 'seseorang' itu sahabat.
*Diri ini tidaklah setabah Ummu Khadijah, semulia Fatimah Az-Zahra, apa lagi sesabar Masyitah dan sumaiyah, mahupun sehebat ummu Sulaim dan seteguh Aisya Humaira. Diri ini cuma wanita yang cuba untuk menjadi solehah di akhir zaman yang penuh dugaan.*
Wahai muslimahku walau kamu tak setabah para Mujahidah. Namun tabahlah pada ketetapan Allah kerana padanya ada syurga. Walau tak semulia para wanita sirah tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara kerana padanya ada pahala. Walau tak sesabar para wanita solehah, namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyiksa kerana padanya ada bahagia. Jadilah seorang wanita solehah di dunia akhir zaman ini , jadilah sebutir permata dalam berjuta pasir yang menimbun😊❤
-siput pink-
YOU ARE READING
Hijrah Untuk Semua (HUS)
SpiritualSesungguhnya hidupku,matiku,ibadahku,solatku Kerana Allah 🙆🙆 Berikut ialah perkongsian ringkas & padat dari diri,rakan2 & group usrah 😊 Semoga dapat memberi manfaat sesama kita بسم الله الرحمن الرحيم