JAGALAH | 3

41 6 0
                                    

"Dupp!!"

Kedengaran bunyi sesuatu jatuh.. Aku bergegas ke bilik kakak kerana firasat aku mengatakan bunyi itu datang dari bilik kakak..

Alangkah sangat terkejut apabila melihat kakak menangis, teriak, mengamuk..

Aku bagaikan ditampar angin monsun.. Terkejut dengan perangai kakak yang tidak pernah-pernah aku lihat.. Segera aku mendapatkan kakak.

"Kakak.. kenapa ni??"

"Kau pergi sana!! Aku tak mahu tengok muka kau lagi!! Berani sangat kau hancurkan hidup aku!!"

Aku kaget dengan percakapan kakak.. Sungguhku tak sangka perkataan yang keji itu keluar dari mulut kakak. Apa salah aku? Hati aku sekali lagi ditampar. Ditampar oleh kesedihan datang dari kakakku sendiri..

Segera aku mendapatkan Ummi dengan mata yang bergenang air mata duka.

"Ummi.. kenapa dengan kakak, Ummi.. dia tidak pernah buat perangai sebegini..." aku dakap erat Ummi.

Ummi terkejut.. Ummi segera mendapatkan kakak.

Mata merah kakak sudah cukup membuatkan aku takut untuk menegur. Mungkin kata-kata ummi boleh memadamkan api kemarahannya.

"Kakak.. kenapa jerit-jerit ni.. nangis.. kalau ada masalah cerita kat ummi.. ummi pun nak tahu masalah anak ummi ni.. cuba cerita.. kalau tak cerita macam mana ummi nak tolong.."

Sungguh kata-kata ummi telah mencairkan kemarahan kakak.

"Kakak tak suka ada orang mainkan perasaan kakak! Ingat kakak tidak ada maruah ke! Ummi, tak suka la dekat budak yang kurang sopan dengan kakak!" jawab kakak.

Adakah aku yang dimaksudkan kakak? Pita fikiranku mula ligat berputar. Aku sangat pasti aku tidak ada melakukan apa-apa yang menyakitkan hati kakak. LANGSUNG TIADA..

Persoalannya..

Siapakah yang membuatkan kakak marah sangat ni? Aku tegar untuk mencari dalang di sebalik kejadian ini..

.....

Paksakan KutundukWhere stories live. Discover now