Quranku, Sahabatku | 2

36 3 0
                                    

Wajahnya memaut simpati sesiapa yang melihat. Rambut kusut. Tidak bermaya. Melihat keadaan si yatim itu mengetuk pintu simpati Humaira'. Hafizlah budak itu. Anak itu berlari ke arah Humaira'. Hafiz sangat rapat dengan Humaira' dan berlari ke arah Humaira' seusai dia melambai tangan ke arahnya. Humaira' menjadi sebak. Hafiz tidak berkasut dan dia tahu Hafiz lapar dan belum makan. Segera dia mengalu-alukan Hafiz untuk masuk ke rumah bagi menjamah sedikit makanan di rumahnya.

"Hafiz, makanlah apa yang ada.. Makanlah ya" kata Humaira' sambil menghulurkan sepinggan nasi goreng kepada Hafiz.

"Terima kasih, mak cik Humaira"
balasnya.

Seusai suaminya, Anas pulang, dia segera bersalaman dengannya. Begitu juga Hafiz. Rupa-rupanya Anas membeli sepasang kasut kepada Hafiz. Terkedu dibuatnya.

"Sudah lama pak cik tengok Hafiz tak berkasut. Ambillah pak cik hadiahkan special buat Hafiz."

"Terima kasih, pakcik.."

Segaris senyuman dihadiahkan kepada Anas. Keluarga itu begitu baik terhadapnya. SANGAT BAIK..
Sehinggakan kekadang apabila musim bercuti sahaja, sudah tentu akan dibawa Hafiz sekali.

Di rumah pula, Hafiz tidak pernah dilayan dengan baik. Sepupunya pula selalu mengejek Hafiz. Baginya, Humaira' sajalah tempat mengadunya.

Nasib seorang mujahid kecil yang dahagakan kasih sayang.

...

Paksakan KutundukWhere stories live. Discover now