Quranku, Sahabatku | 1

50 3 0
                                    

Muhammad Hafiz bin Ahmad...

Seorang yang cacat tangannya. Allah hanya mengurniakan nikmat sebelah tangan sepanjang hayatnya. Namun, dia seorang yang sangat mensyukuri nikmat diberiNya.. Umurnya?? Baru berusia 6 tahun.. Kecekalan hatinya membuatkan dirinya sanggup melakukan apa sahaja demi merealisasikan impiannya yang satu walau mengharui pelbagai pancaroba. Dia tidak senang mengalah. Walaupun dalam keluarganya dia anak yang bongsu, pemikirannya matang. Boleh membuat pilihan yang terbaik. Keluarganya? Keluarganya miskin. Kakak dan abangnya pula liar di luar sana. Ibu dan abahnya pula telah lama meninggalkan Hafiz seberadik buat selamanya.

Hafiz ada seorang jiran yang sangat prihatin terhadap dirinya dan keluarganya. Humaira', berumur 26 tahun. Sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang arkitek, Anas. Mempunyai dua orang anak, Munirah, tua setahun daripada Hafiz.. dan Furqan, baru berusia 3 tahun..

Impiannya..
Impiannya ingin menghafaz Quran. 30 juzuk al-Quran!! Niat ini mula ditanam sejak dia pergi mengaji di rumah Humaira'. Dia sedar kemampuannya yang tidak seberapa menjadikan dirinya sukar untuk bergerak. Hatinya cekal..

Hafiz disara oleh emak saudaranya. Tetapi emak saudaranya selalu mencemuh, mengejeknya..

"Hafiz!! Aku tak laratlah nak jaga kau!Aku ada lagi anak-anak tau!Penat aku macam ni!!"

Namun, dia seorang yang cekal. Dia tahu Allah ada sesuatu yang lebih indah untuknya. Mungkin bukan sekarang.. Tetapi, pada hari Akhirat nanti. Dan dia pasti ini salah satu cara Allah nak uji.

Pemikirannya sangat matang!!

...

Paksakan KutundukWhere stories live. Discover now