Quranku, Sahabatku | 4

26 3 0
                                    

Pada malam itu, dia pergi ke rumah Humaira' seperti biasa. Dipimpin al-Quran itu. Setelah berhadapan dengan Humaira', dia membuka mushaf suci itu. Kemudian ditutupnya semula. Humaira' turut tersenyum. Hairan. Hafiz menelan air liur sebelun memulakan bicaranya.

"Makcik Humaira', Hafiz nak jadi penghafal al-Quran..." terluah juga isi hati si kecil itu.

Humaira' tersenyum. Munirah yang duduk bersebelahan dengan Umminya turut tersenyum.

"Hafiz berjiwa besarlah.." balas Munirah.

Hafiz tertunduk. Malu. Humaira' mengangguk sambil tersenyum. Hafiz menghembus nafas lega. Dia tahu Humaira' ada sesuatu rancangan untuk menolongnya.

"Macam nilah, esok Hafiz datang rumah mak cik ya. Mak cik nak bawa ke suatu tempat ni..." Humaira' menyusun bicara.

Mereka sambung membaca al-Quran. Bacaan Hafiz sangat lancar. Suaranya yang merdu menghiburkan sesiapa yan mendengar. Bunyi unggas seakan mengikut sekali.

Masa seakan berlalu dengan pantas. Petang itu, Hafiz menepati janji pergi ke rumah Humaira'. Hafiz memasuki perut kereta Humaira'. Munirah dan Furqan ikut sekali.

Kereta Exora gah memasuki sebuah madrasah.

"MADRASAH DARUL FURQAN"

Humaira' berjumpa dengan seorang ustaz. Berpakaian kemas berbaju kemeja. Tali leher dipakai menampakkan lagi ketampanan ustaz itu.

Seusai beberapa minit berbual, ustaz itu mendekati Hafiz sambil mengusap kepala si yatim itu.

"Jika diizinkan Allah, anak ini akan menjadi sebaik-baik manusia iaitu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajar al-Quran. Kan Hafiz?" Teruja Hafiz dibuatnya.

Adakah dia diterima untuk memasuki madrasah ini? Pelbagai persoalan menerjah minda si kecil ini.

...

Paksakan KutundukWhere stories live. Discover now