BAB 5

2.9K 75 7
                                    

STICK diayun sekuat hati menghentak cymbal yang punyai custom yang tersendiri. Kaki tak henti menekan Axis and Tricks pedals dengan teknik heel-toe, slide dan flat-foot. Menjadikan dia seorang drummer yang dikagumi band-band indie lain. Foot-technique yang jarang ada pada drummer biasa. Yang menggunakan stamina bukanlah sedikit.

Baju singlet Kuca dah lencun. Peluh mengalir laju menuruni lengan sasanya. Hingga ke pergelangan tangan yang masih rancak dan gagah mengayunkan stick. Cymbal, snare, cymbal, snare silih berganti. Hingga ayunan tangannya longlai dengan sendiri. Kuca hentak cymbal buat kali terakhir. Kuat. Bingit.

Kepala dia tak lepas memikirkan gadis itu. Gadis yang melanggar dia. Yang dia langgar dan dilanggar pula oleh Carmila. Gadis yang dipanggil Qais. Suara pasrah wanita separuh umur yang dikenali sebagai Mak Teh tu. Senyuman Qais, renungan matanya yang nampak kosong macam tak ada masalah pun.

Wajah yang basah diraup setelah dia selitkan drumsticks tu di dalam poket jean. Baju singlet tipis putih itu dibuka. Lencun. Dibiarkan tubuh terdedah pada kipas yang ligat berputar. Kuca menengadah siling yang sedikit kekuningan.

Entah apalah yang dia fikir tapi hati dia rasa sedikit bersalah pada Qais. Rasa tak sedap hati sungguh. Nak-nak lepas Carmila baru saja menelefon dia. Melahirkan rasa bersalah sebab kotorkan pakaian baru orang tu. Merayu-rayu Carmila minta dia cari dan gantikan.

Itulah lebih Carmila. Permata hati dia tu memang lembut orangnya. Manja dan mengada-ada tapi ada sifat perikemanusiaan. Dia juga yang pernah dicap kejam oleh Ryu. Tapi kejam dia pun tak pernah pula dia makan orang. Berbelas kasihan jugalah. Renungan mata yang pernah Rodi kata, boleh membunuh. Tapi tak pernah lagi ada yang mati hanya kerana renungan dia.

"Mana nak cari..." Suara rengekan Carmila terngiang-ngiang.

"Carilah dia, abang. Cammy tak sedap hati. Rasa bersalah sangat..."

Hai la... Cammy, manalah abang nak cari dia. Jumpa dua tiga kali pun secara tak sengaja. Lagipun, dia rasa segan pula bila ditegur macam tu oleh Mak Teh tu. Nampak sangat wanita tua itu membalas sindiran dia.

"Dia tak tahu pun kita ada depan dia ni..."

Eh?

"Apa maksud dia, ah? Nak kata OKU, nampak normal aje pun. Buta? Mana boleh." Kuca cuba menafikan. Kalau buta mana dia boleh tenung mata aku tepat-tepat. Setiap kali pun, cam aje aku ni.

Dia bangkit setelah letih memikir. Baru nak sarung baju lain, pintu terkuak. Wajah Rodi tersembul. Sengih.

"Awal kau mengamuk hari ni?" tegur Rodi.

Yalah, tengah nak masuk tadi dengar paluan drum set Kuca. Bukan main berdentum. Biasa kalau pagi-pagi dah sarapan drum set ni, ada yang tak kenalah tu.

"Ada tak kena ke?" Rodi rapatkan pintu.

Kuca geleng. Dia lap tubuh dan menarik tuala. Tak jadi nak sarung baju. Dia nak ke bilik air. Nak mandi lepas tu nak cari Carmila. Menangis tak ingat dunia sebab rasa bersalah. Carmila ni tak tahu ke dunia ni lagi kejam pada mereka berdua. Kenapalah nak kasihankan dunia sangat.

"Hey, jom mamak..." Rodi jerit bila Kuca tak menjawab soalan. Sah, memang ada masalah.

"Aku nak jumpa Cammy..." Kuca rapatkan daun pintu.

Rodi senyum tipis. Kuca... Kuca... Aku ni susah tapi ada tujuan hidup. Kau tu, entah apalah tujuan hidup melainkan Cammy sorang. Ingatkan Cammy, rindu muncul juga dalam hati Rodi. Wajah Carmila memang comel. Gadis yang baru saja lepas sekolah menengah tu nampak matang melainkan kalau dah meliuk lentok pada Kuca, memang nampak macam umur enam tahun. Buat dia cemburu!

SANGGUPKAH BERSABAR SAYANG?Where stories live. Discover now