BAB 3

3K 62 0
                                    

LENGANNYA dipaut mesra. Rapat-rapat. Tak berenggang walaupun sesaat. Rimas dia dibuatnya tapi demi senyuman manis pada bibir tipis berwarna merah jambu itu, Kuca tahankan hati. Manjanya bukan main.

"Abang... Jom ke rumah?" Carmila merengek manja. Jenuh dah mengajak Kuca ke rumah tapi lelaki ni tetap menggeleng.

"Raya pertama abang tak ada, raya kedua, ketiga tak payah cakaplah. Benci ar abang ni." Carmila tarik muka.

Kuca sengih. Dia pegang tangan lembut itu kemas. Kaki kiri dibawa menindih paha kanan. Sesekali dia jeling wajah Carmila. Cantik, memang cantik. Seperti ibunya juga. Saling tak tumpah.

"Kalau benci, kenapa peluk tangan abang kuat? Ini bukan tanda benci, sayang... Ini tanda sayang ni." Ayat beli jiwa dah keluar dah.

Carmila tarik senyum. Dengan Kuca payah nak merajuk. Hati dan jiwa selalu berbunga aje.

"Jomlah, abang."

Dia dah letih melepak dekat mall aje tiap kali Kuca nak jumpa ataupun dia yang nak jumpa Kuca.

"Kan malam raya abang dah ke sana jumpa Cammy. Cukup dah tu. Tak boleh jumpa selalu. Nanti rindu basi..." Kuca mengusik. Saja nak tengok Carmila tarik muka. Dia suka tengok wajah comel itu merajuk.

Terus lengan Kuca dilepaskan. Kuca gelak bila Carmila dah buat muncung itik. Beberapa orang yang lalu-lalang hanya memandang jengkel dengan pasangan itu. Kuca tak kesah. Dia tarik kepala Carmila dan diletakkan pada bahu dia. Lepas itu dia kucup dahi bersih Carmila sepintas lalu.

"Abang sayang Cammy." Sungguh. Dia tak pernah mampu sembunyikan rasa sayang pada gadis ini. Sangat sayang. Apa yang dia harapkan, segala bahagia itu milik Carmila biarpun dia tiada di sisi menemani satu hari nanti.

"Abang ni buat ayat sedih pula." Carmila mencebik. Kalau dia merajuk, mulalah Kuca buat ayat beli jiwa. Tak payah beli, dia memang suka nak sayangkan Kuca sampai bila-bila.

"Mana ada ayat sedih..." Kuca kerling Carmila yang dah angkat mata.

"Abang kata sungguh ni. Abang memang sayang Cammy."

Bibir tipis merah jambu Carmila lebar dengan senyuman. Lengan Kuca dipaut lagi. Lebih erat dari tadi.

"Cammy sayang abang juga. Selamanya."

Kuca kerdipkan mata. Dia nampak sebu dalam mata Carmila. Sebu yang sengaja disembunyikan. Pantang dia telefon ajak dating, mestilah Carmila terloncat-loncat. Seperti menyimpan berjuta harapan di dalam keterujaan itu dan dia, kerap kali menghampakan harapan itu.

"Macam mana raya tahun ni?" Kuca ubah topik.

Syawal dah hampir berlalu sebenarnya. Biasa dekat kampung, arwah nenek dengan atuk suka puasa sunat Syawal. Dia pun dulu macam tu tapi sejak naik sekolah menengah, dah malas.

Carmila mencebek lebar.

"Macam tiap-tiap tahun lepas yang abang tahu. Macam itu ajelah. Mummy dengan papa ke Singapura raya kedua. Itu yang Cammy call abang, nak suruh datang temankan Cammy dua tiga malam. Tapi abang tak nak." Kuca tak dapat bayangkan betapa sepinya Cammy beberapa malam tu. Biasanya sepi juga. Sangat. Tapi bila mummy dan papa ada, ramailah tetamu datang biarpun dia tak ambil pusing.

"Mak Siti mana?"

Carmila jeling Kuca.

"Kan raya... Orang balik kampunglah. Kita aje tak ada kampung nak balik. Rumah sendiri dahlah macam penjara." Wajah Carmila bertukar redup. Redup yang amat.

Kuca ketawa. Kepala Carmila diusap.

"Sorry, sayang. Abang bukan tak nak ke sana temankan Cammy dua tiga malam tu, kalau boleh tiap-tiap malam abang nak temankan Cammy tapi abang ada hal." Kuca sengih.

Hal la sangat. Hal tidur dekat bengkel Rodi. Jaga pun bila Ryu dan Rodi datang bawakan makanan hari raya. Merasalah juga rendang, ketupat, raya kedua tu. Lepas tu hentak stick pada cymbal hingga berdenting, menghenyak pedal bagi mengeluarkan bunyi bes. Memalu tom-tom dan snare sekuat hati nak lepaskan perasaan yang sentiasa terkurung dalam jiwa. Berpeluh lencun tapi kenapa resah tak pernah nak lepas?

"Bila lagi abang nak perform live?"

Pertanyaan Carmila menyentakkan lamunan Kuca yang beberapa saat itu. Rasanya kalau dia marah, mahu hancur semua drum set dia tu. Kuca senyum membuang pandang ke tengah One Utama yang terasa sedikit bising.

"Tak tahu lagilah, Cammy. Kenapa? Nak ikut?"

Laju aje Carmila angguk. Kuca sengih tipis. Dia kerling Carmila.

"Parents awak tu, bagi ke tengok budak-budak gig jalanan macam kita orang ni? Bercampur dengan kita orang yang tak ada pekdah ni?" Wajah Kuca jelas sinis.

"Ala... Buatlah masa parents tak ada. Boleh Cammy ikut. Dah lama tak hang out dengan abang sampai lewat malam. Erm... Nanti boleh tak Cammy tidur rumah sewa abang?" soal Carmila dengan mata yang bersinar-sinar. Harap sangat Kuca angguk. Tapi Kuca menggeleng. Seperti kebiasaannya juga. Tak pernah nak bawa dia jejak kaki ke rumah sewa.

"Tak elok, sayang. Abang tak tinggal sorang. Ada ramai lagi budak lelaki dalam tu. Tak elok untuk Cammy. Nanti abang pindah duk sorang, Cammy datang eh?" Pipi gebu Carmila dicuit.

Carmila angguk.

"Janji tau. Tapi bilanya nak pindah?" Itu yang menjadi persoalannya sekarang.

Bukan baru sekali Kuca cakap ayat yang sama tapi dah naik muak telinga dia mendengarnya. Pindahnya tidak juga.

Kuca diam beberapa minit. Di dalam kepala berfikir juga. Bilalah nak pindah. Kebanyakan barang ada aje di dalam bilik jamming di bengkel Rodi. Dah keluar sikit-sikit barang yang tak seberapa tu sebab tak tahan nak tinggal dalam rumah sewa yang mana budak-budaknya liar gila. Rasanya dia dah jahat, ini ada lagi jahat.

Lagipun, dia perlu lebih banyak belajar tentang hal kereta. Itu sumber pendapatan dia sekarang sejak dia putuskan untuk tolak segala pemberian orang tuanya. Pemberian yang dia rasakan tak pernah ikhlas.

Paling tak tahan, bawa dua orang perempuan, esoknya masing-masing tertukar pasangan. Gilalah. Dia kalau nak buat gila pun, cukuplah dengan seorang perempuan saja. Tak sanggup nak kena penyakit pelik-pelik. Tapi tak pernah pula dia buat kerja gila itu. Sejak dulu, hanya Carmila dalam hati. Yang seorang ini dia sudi manjakan. Ikut segala kata.

"Bila?" Carmila menyergah Kuca yang nampak hanyut dalam dunia sendiri.

Kuca pandang Carmila. Selalu tak sabar betullah dia ni. Kuca menggeleng dalam hati.

"Abang tengah fikir ni. Tengah cari rumah. Nanti dah jumpa abang bagi tahulah..."

"Janji tau?" Carmila tegakkan jari kelengkeng. Adeh, macam budak-budak betullah. Tapi apa nak kata kalau dah sayang.

Kuca senyum.

"Janji, sayang..."

Carmila peluk lagi lengan sasa Kuca. Bahagia. Tak adalah menderita kesepian di rumah. 

SANGGUPKAH BERSABAR SAYANG?Where stories live. Discover now