BAB 1

88 3 0
                                    

"BANGGGGG !!"

Dato Ashraf yang sedang kusyuk hirup kopi panas di ruang meja di tepi rumah, tersembur habis semuanya angkara terperanjat. Basah habis surat khabar yang niatnya dari awal tadi mahu dibaca.

"Astaghfirullahalazim !" Sambil mengurut dadanya berkali kali.

'Habis kopi Mak Mah siap kan tadi. Dah lah gula mahal sekarang.' Desis hatinya.

Dato Ashraf berpaling pada anaknya. Bangun dan mendekati anak kesayangannya itu, Adriana Alisha. Mirip nama arwah ibunya, Airina Alisha.

Tak pernah dia lihat Adriana kelakuan seperti itu. Mengamuk lain macam.

'Stress tempat kerja ka budak ni.'

Berkerut, dahi Adriana. Kejap lagi pula mengetap bibir. Diurut urut dahinya. Rasa macam orang yang baru lepas bergaduh.

"Kalau aku dapat laa jantan tak guna tadi, memang aku langgar dengan lori balak !"

Marah betul Adriana

"Haaaa ! Haaaa ! Ni sampai nak membunuh orang ni dah kenapa. Yaa Papa tahu kamu ni orang insurans, normal lah layan perangai customers yang macam macam. Tapi jangan lah sampai nak membunuh. Nanti kena masuk lokap, Papa jugak sorang-sorang kat rumah ni nanti"

Dato Ashraf cuba memujuk. Tetapi lawaknya yang hambar membuatkan Alisha menjeling.

"Papa jangan merepek lah. Haish ! Geram betul laa Ana. Ada juga lelaki macam tu kat dunia ni. Lebih baik mati ja dari menyusahkan orang ! Sakit betul hati kita !"

Muncung sedepa. Gantung baju pun boleh tu. Peristiwa beberapa jam tadi memang menyakitkan hati dia.

"Ya Allah. Dah muncung itik pula. Tadi ghimau. Haihhh. Sudah sudah. Istihhfar lekas. Sekarang ni waktu asar pun dah nak habis. Lambat balik kamu hari ni. Sudah sekarang pi naik, mandi solat. Malam karang teman Papa dinner. Lepas tu Papa belanja shopping nak ?"

Lumrah dunia. Allah Maha Pencipta paling Bijaksana. Kaum Hawa, jika dengar perkataan shopping, kau rasa ? Maka gembira lah mereka.

Apa lagi, berubah air muka Alisha.

"Serious Pa ?!" Dia punya senyum, masya-Allah comel. Ditambah dengan muka nya yang ayu, putih melepak, pipi pula kemerah-merahan. Aiseymen, ni kalau mana mana lelaki pandang, confirm ! Jatuh chenta punya.

'Aik ? Kejap dah berubah ? Tadi marah. Lepas tu merajuk, la ni happy dah ? Dalam masa 5 minit berubah 3 mood ? Kamu saling tak tumpah dengan perangai arwah Mama kamu, Ana. Sayang Airina, anak kita ikut perangai mu sayang.' Bisik hati Dato Ashraf sendiri.

Dia melihat anaknya masuk dengan senang hati. Happy semacam ! Mana taknya, dengar perkataan 'shopping' !

Dato Ashraf hanya menggelengkan kepala dan berjalan ke meja nya tadi.

"Habis basah surat khabar aku. Nasib baik bukan laptop. Kalau tak jahanam dah."

"Hummm."

Dato Ashraf keluh kecil. Bukan penat melayan kerenah satu satu anak perempuan nya itu, tetapi fikiranya kembali terawang-awangan. Teringat kembali kisah 23 tahun yang lepas.

"Perkara yang lama jangan dikenal kan Ash. Arwah dah selamat di sana. Kita masing-masing dah tua. Sampai masa kau jumpa mama papa mertua kau. Kenal kan Adriana dengan mereka. Lagi pun, Suraya kata Syed Syakir dan Datin Humairah dah balik sini. Katanya ada urusan jual beli tanah. Wallahualam. Sudah sudah lah tu. Aku rasa bapa mertua kau tu pun dah insaf dan sedar. Pergilah Ash. Bawa Adriana. Selama 23 tahun dia tak tahu siapa datuk nenek dia."

Dato Ashraf meraup wajahnya berkali. Dan termenung memandang cawan yang kosong dan meja yang basah dengan kopi yang kuar tersembur tadi.

"Eh !"
Dato Ashraf duduk dan memandang ke arah dapur.

"Mak mah ! Kopi lagi satu ! Bawak kain buruk sekali. Haa ! Gula kurang !"

Tak lama kemudian Mak Mah datang bawa kan segelas kopi.

"Dato, tadi tengahari saya dapat panggilan. Katanya..."

Belum sempat Dato Ashraf meneguk air nya. Dahaga sangat tadi. Langsung tak jadi. Karang tak pasal tersembur lagi.

Usah di sebut siapa nama pemanggilnya.

"Saya tahu siapa." Dato Ashraf memotong dan meneruskan tegukannya. Lega. Bukan lega apa. Sebab dah minum. Tapi dahinya berkerut kembali.

'Kenapa dia call aku ? Nak balik sini balik jela. Rumah depa sendiri ada kot.'

"Dato ada apa apa lagi ke ?"

Dato Ashraf masih termenung.

"Dato Ashraf ?!" Suara Mak Mah sedikit menekan.

Dato Ashraf memandang dan senyum.

"Takdak apa apa Mak Mah. Apa apa nanti saya pi ambil sendiri. Sorry tak dengar tadi."

"Takpa Dato, saya faham. Saya masuk dulu ya. Malam ni Dato nak makan apa ?" Tanya Mak Mah.

Terbuntang mata Dato Ashraf.

"Allah ! Alamak ! Aiseymen ! Malam ni saya ada dinner Mak Mah oii. Tak siap apa lagi ni. Ya Allah. Takpa Mak Mah malam ni tak payah masak."

Kelam kabut Dato Ashraf masuk ke dalam rumah. Bukan apa, tak pasal karang kena bebel sebab lambat bersiap. Adriana bukan boleh tu. Dari kecil sampai besar membebel saja.

Tapi apa yang membuatkan Dato Ashraf pening ? Apa lagi yang di mahukan dari mertuanya ? Mahu salahkan Dato Ashraf lagi kah ?






KAU FAVORITE AKU.Where stories live. Discover now