Sufi sedang leka memerhati kan gearbox Proton Wira yang perlu di servis. Entah apa yang difikirnya. Teringat Hana. Teringat Adriana. Dua insan ini bermain main dibenaknya satu hari ni. Termenung sampai ke petang. Sudahnya satu kerja pun tak disiapnya.
"Hoi Fi ! Aku dah siapkan 3 kereta servis. Kau satu kereta ni dok tangguh dari semalam tau. Menung apa lagi tu." bentak Haikal. Sahabat sekerja nya. Walaupun Sufi owner bengkel, dia tetap turun padang tolong mana yang patut. Tak lalu hari hari nak hadap pc dalam ofis nya. Semua kerja kerja dan filling, Haikal akan selesaikan. Bahagian finance pula Sufi akan hantar kepada agen akaun di satu firma.
"Entah la Kal. Aku dok terpikir perempuan tu la."
"Siapa ? Adriana tu ? Kau serius la ? Anak Dato tu."
Balas Haikal.Sufi menunduk kan kepala nya lalu mengambil spanar. Hendak di bukanya gearbox menggunakan spanar.
Laju Haikal merampas spanar dari tangan Sufi.
"Hoi ! Apa gila kau nak kokak gearbox tu guna spanar ? Dah pi masuk dulu la. Biaq aku buat. Parah dah hang ni Fi oiii."Lemah lesu kaki Sufi masuk ke ofis. Perut yang dari pagi tak isi, mula membuatkan badan nya bertambah lesu. Nasi bungkus yang Haikal beli sampai sudah tak dibukanya. Entah basi lauk tu.
Sufi mendengar bunyi kereta masuk ke kawasan bengkel nya.
'Lantak lah. Haikal ada, biarlah dia settle kan.'Kaki Sufi baru setapak melangkah masuk ke ofis, Haikal dari jauh menjerit.
"Sufiii !! Customer kau ni !" Jerit Haikal.
"Kau settle kan laa ! Kau nak jahanam jugak ke kereta tu nanti ?!"
"Oiii Fi ! Adriana ni ! Anak Dato tu !"
Membuntang mata Sufi. Perempuan yang bermain di kepalanya satu dua hari ni, tiba tiba datang. Teringat tempoh hari, perjumpaannya dengan Dato Ashraf dan perempuan tu di airport. Apa yang keluar di mulut perempuan tu, kasar. Pedih.
'Patut aku tak payah jumpa perempuan ni. Jangan muncul depan aku la ! Ya aku tahu ! Muka kau sama macam dia, tapi tak perlu kau datang sini untuk buat kan aku lagi sakit dan sedih ! Cukuplah !' Sufi mengetap bibir, memejam kan matanya. Dia kena berdepan dengan perempuan tu. cakap padanya, jangan datang sini. Atau lebih kasar lagi, jangan muncul depan dia lagi.
Baru saja dia berpaling ke belakang, wajah Adriana tepat di depan muka nya. 'Aik tinggi pulak perempuan ni.' Matanya lirik ke bawah. 'Oh pakai wedges. Patutlah.'
Cepat matanya di kerling ke kanan. Takut di tuduh pervert pula."Assalamualaikum Encik Sufi. Erm, dah makan ke. Saya ada bawak makanan ni." Merah padam muka Adriana. Ini bukan diri dia ! Dia seorang yang kasar dan tegas. Tapi entah kenapa di hadapan lelaki ini, dia automatic menjadi lemah longlai dan sopan ibarat wanita melayu terakhir !
'OMG, Adriana ! What happen to you. Asal aura lelaki ni lain macam. Nak jumpa lelaki ni sampai aku pun pakai wedges. Gila ke apa.' Gumam Adriana.
Sudah dua kujur badan menjadi kaku. Senyap sunyi.Awkward !
"Hoi ! Dah kenapa hangpa dua dok cegat lagi tu. Meja makan kat sebelah tu, duduklah !" Jerit Haikal dari jauh. Tergelak gelak dia di belakang. Dia tahu dan kenal sangat dengan kawannya Sufi. Sufi jenis tidak akan mudah malu atau kaku bila berjumpa dengan perempuan. Sebab rata rata yang hantar kereta, perempuan. Jadi tiada masalah bila berborak. Tapi bila dengan seseorang yang istimewa dia akan malu dan kaku atau kata yang lebih mudah lagi, jatuh cinta ! Sufi dah jatuh cinta dengan Adriana ! Confirm !
YOU ARE READING
KAU FAVORITE AKU.
RomanceOngoing. Belum complete lagi. Kepada pembaca mohon comment dan berikan pendapat. Saya baru berjinak dalam penulisan. Ini novel kedua saya selepas Hingga Ke Akhirnya. Sentuhan pertama agak pendek, in shaa Allah kali ni akan disuntik element2 yang fr...