Bab 3

41 2 0
                                    

"Thanks Pa ! Lanje lanje shopping  ikutkan Ana tak nak susahkan Papa. Ana ada duit sendiri la Pa."

Dato Ashraf memang tahu benar perangai anaknya. Dari kecil sehingga besar. Tidak pernah sekali Adriana susahkan dia. Adriana tahu, betapa hidup Papanya merana selepas kematian Mamanya. Sehingga sekarang, Adriana tahu, pintu hati Papanya belum terbuka untuk sesiapa. Walaupun selepas 25 tahun.

"Alaa, bukan selalu kan Ana. Ana tu, bila Papa nak belanja ada alasan. Dah ada la. Pelik laa Papa. Perempuan ni bukan kuat belanja ka ? " Usik Dato Ashraf.

"Hello Pa. Tak semua okay. Ada tu memang ada. Ana pun kuat shopping apa. Cuma Ana lebih suka guna duit Ana sendiri. Hasil kerja Ana sendiri. Ni baju Papa pakai, Ana hadiahkan. Baru nampak segak. Eh, kejap."

Adriana mendekatkan muka nya ke arah bahu Papanya. Dato Ashraf sudah berkerut muka.

"Dah kenapa Ana. Papa tak pakai deodorant ka ?" Tanya Dato Ashraf. Risau juga kalau busuk. Mana taknya, malam ini dia akan makan malam bersama sahabat lamanya seperniagaanya.

"Bukan. Minyak wangi ni. Bila Papa beli ? Ana tak pernah bau ni. Kemain wangi semacam. Haaa ni mesti ada apa apa ni." Adriana dengan nada mengusikknya. Tak sah kalau tak usik Papa kesayangannya ni.

"Huish ! Merepek Ana ni laa. Ni Papa beli dekat kiosk kat depan office Papa laa. Kebetulan ada promosi, murah, Papa beli lah."

Adriana mengecilkan mata nya.
"Betul ka ni Paa. Jangan jangan Ana nak dapat Mama baru ni."

"Ya Allah ke situ pulak budak ni. Takdak mananya Ana oii. Hati Papa ni belum terbuka untuk siapa siapa. Cukup lah Ana seorang, dan arwah Mama. Kamu berdua dah cukup bahagiakan Papa."

Dato Ashraf sedikit sebak. Teringatkan arwah isterinya. Dipandang semula wajah anak nya. Tidak disangka, selama 25 tahun, dia membesarkan Adriana seorang diri. Adakalanya dia pulang ke kampung, rumah ibu angkatnya di Kedah. Bukan apa, sejak Haikal sahabat baik nya sudah berkahwin, mereka berpindah ke Johor. Kerana isterinya di transfer kan ke sana sebagai cikgu Sains. Sebulan sekali baru balik. Adriana lah peneman ibu angkatnya di Kedah apabila cuti sekolah. Sebab itulah, dia mengajar dirinya sendiri, agar tidak akan sesekali susahkan Papanya.

"Sorry Pa. Ana usik ja. Ana tahu Papa takkan cari lain. Ana sayang Papa. Ana sayang arwah Mama. Walaupun Mama dah takdak, Ana selalu dapat rasakan Mama sentiasa dengan kita Pa. Tengok Papa. Tengok Ana."

Adriana mula sebak. Dia tahu, betapa peritnya seorang bapa menjaga dan membesarkan seorang anak perempuan ini, sehingga berjaya. Dia tidak pernah kurang kasih sayang seorang ibu, kerana kasih Papa nya, umpama Mama nya masih ada dan sentiasa di sisinya.

Adriana mengelap air matanya.

"Pa, hujung minggu ni kita ziarah Mama ya ? Bulan ni masing-masing busy sampai tak sempat ziarah. Tau Papa tau ?"

Dato Ashraf senyum.

"Baik sayang. Nanti kita pi nah."

"Papa besarnya hotel ni!"
Ujar Adriana teruja selepas keluar dari pintu Range Rover Evoque Papanya.

Hotel The Golden Horses. Bukan dia tak pernah dengar, cuma ini kali pertama dia menjejakkan kaki di situ.

"Papa pun first time mai sini. Besar jugak. Dah jom masuk. Papa dah lapar ni."

Terpukau Adriana melihat kemewahan dan kecantikan dekorasi lobi hotel itu. Berkilau. Siap ada kolam ikan lagi. Di situ terlihat pelbagai jenis manusia. Berkemeja, berkot.

'Semuanya golongan professional yang datang. Tourist pun ada. Orang-orang kaya semua ni.' Gumam Adriana sendiri.

"Ana ! Tercengat apa lagi situ, mai sini. Karang sesat susah nak cari kamu." Panggil Dato Ashraf.

KAU FAVORITE AKU.Where stories live. Discover now