Adriana merenung almarinya yang terbuka. Sambil jari di bibirnya, mata melilau mencari jubah yang mana sesuai untuk dikenakan dengan tudungnya berwarna biru muda.
"Hurmm. Mana satu nak pakai ni. Baju ni dah pakai semalam. Yang ni dah selalu sangat pakai. Yang ni pulak tak kena dengan tudung. "
Itulah dia, kaum Hawa. Baju penuh satu almari, tapi nak pakai baju apa pun kena fikir satu jam."Hoi perempuan !"
Sergah intan."Astaghfirullahalazim !" Adriana mengurut dada nya.
"Kau masuk tak bagi salam, takdak adab betul. Ni nasib aku dah berbaju !"
Marah Adriana. Plus,terperanjat. Dia memang pantang kalau ada yang datang sergah. Tak boleh terkejut sikit."Weh, kau tahu ke tak aku tunggu berejam kat bawah ? Sampai dua kali aku keluar masuk dapur minta Mak Mah buatkan Milo. Nak jemput Papa kau je pun ! Beriya bersiap punya lama." Balas Intan, geram !
Hari ini Papanya pulang ke tanah air. Bukan Adriana tidak biasa berenggan dengan Papanya, cuma sejak akhir-akhir ni, dia kerap berkepit dengan Papanya. Rindu.
"Habis tu kau nak aku pakai kain batik dengan baju tidur ja ? Kau tahu kan aku macam mana ? Even, nak jemput Papa sekalipun." Adriana masih mencari pakaian yang mahu di pakainya.
"Aku turun dulu. Kalau kau tak turun lagi dalam setengah jam, aku gerak terus jemput Papa Ash." Ujar Intan.
Dari kecil sehingga besar, dia sudah biasa memanggil Papa Adriana, Papa Ash. Disebabkan Dato Ashraf umpama adik beradik kepada abahnya, Haikal.
Haikal kini menetap di Johor Bahru. Intan mempunyai dua orang adik. Syafina yang kini melanjutkan pelajarannya diploma di UiTM, Shah Alam. Setiap hujung minggu, Syafina akan pulang ke rumah kakaknya di Kuala Lumpur. Jika cuti semester baru dia akan pulang ke Johor. Itu pun Intan yang akan menghantarnya. Adik bongsu Intan, Hariz kini masih belajar, tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kota Masai, Johor. Bagi Adriana, mereka semua umpama keluarga Adriana. Menumpang kasih ibu Intan, Ibu Suraya, sahabat baik arwah ibunya dahulu. Papanya juga pernah menceritakan padanya, bagaimana Haikal dan Su ini, plan untuk kenakan arwah ibunya, Airina Alisha dan papanya. Usaha mereka berjaya, sehingga lah mereka berkahwin, dan mempunyai zuriat mereka sendiri iaitu, Adriana Alisha.
Setibanya mereka di lapangan terbanh KLiA 2, dari jauh lagi Adriana sudah tersenyum. Melihat sekujur tubuh yang berdiri di balai menunggu sambil berpeluk tubuh. Memakai cap Nike, bersweater dan memakai cermin mata. Dari jauh lagi Adriana sudah dapat menangkap bayang Papa kesayangannya.
"Papa ! Ana rindu Papa !" Apa lagi berderai air mata Adriana. Rindu sangat dengan Papanya.
"Allah Ana ! Terkejut Papa lah. " Dato Ashraf kembali membalas pelukan anak kesayangannya tu.
"Papa pun rindu Ana. Ni baru sekejap Papa overseas, kalau nanti Papa dah takdak, agak macam mana." Gurau Dato Ashraf.
"Papa ! Kenapa cakap macam tu ! Ana tak mau dengar ! Ana nak selalu ada dengan Papa. Kalau Papa takdak, Ana sunyi ! Ana nak Papa !" Rengek Adriana. Walaupun umurnya kini mencecah 25 tahun, manjanya dengan Papa sehingga sekarang.
"Kalau macam tu, Ana kena nikah cepat cepat laa. Papa carikan tak nak. Boleh jadi pengganti Papa." Dato Ashraf berkata sambil tersenyum. Dia tahu, umurnya semakin meningkat, dan tak lama lagi dia juga akan mengadap Illahi, seperti arwah isterinya, Airina.
"Papa ! Jangan laa cakap macam tu ! Walaupun Ana dah ada laki nanti, Papa tiada pengganti ! Ana tetap akan ada dengan Papa selalu ! Papa lah lelaki teragung Ana. Tiada pengganti dunia akhirat !" Makin erat pelukan Adriana.
YOU ARE READING
KAU FAVORITE AKU.
RomanceOngoing. Belum complete lagi. Kepada pembaca mohon comment dan berikan pendapat. Saya baru berjinak dalam penulisan. Ini novel kedua saya selepas Hingga Ke Akhirnya. Sentuhan pertama agak pendek, in shaa Allah kali ni akan disuntik element2 yang fr...