"BANGGGGGGGGG !!!!"
Buat kali kedua untuk satu hari itu saja, rumah mereka bergegar. Bagai nak runtuh. Kali ini lebih kuat dari petang tadi. Jiran sebelah pun boleh terkejut tengah tengah malam macam ni. Nasib baik Mak Mah hanya bekerja sebelah petang dan tidak tinggal sekali dengan mereka. Kalau tidak dengan Mak Mah sekali melatah.
"Sayang Papa Ana. Jangan la merajuk macam ni sayang. Papa tak tahu lelaki tu yang buat Ana marah. Seriously Papa tak tahu laa. Anaa jangan laa marah Papa."
Barang-barang shopping tadi habis berselarak di campaknya. Bengang betul ! Mana tak nya, boleh pula Papanya kenal kan anak kawan dia dengan Adriana. Silap orang, rupanya lelaki itu yang buatkan Adriana marah sangat.
Adriana mencebik. Muka nya merah padam. Habis tudungnya yang dililit satu jam petang tadi, di campaknya ke lantai. Marah sangat tu.
"Ana tak suka lelaki tu ! Berlagak nak mampus ! Apa dia ingat dia kaya sangat ke apa ?!"
"Yaaa Papa tahu sayang. Buka laa pintu ni kot yee pun."
Angin baran Adriana makin membuak. Plus, nampak mamat sundal tu tadi. Mana tak angin !
****************
Adriana menghirup Cool Blog kesukaannya, Chocolate Fruity, bubble lebih ! Ala benda yang bulat-bulat tu, macam, alah susah nak terangkan. Pi beli dulu, baru tahu.
Pakaiannya simple hari ni, blouse hitam, kemeja pink dan blazer. Yang penting sneakers kesukaannya, Converse ! Tudung bawal berwarna pink. Siapa yang melihatnya, pasti dup dap dup dap. Punya comel.
Kelisa merah kesayangannya, di parking bawah pokok, depan bangunan ofis nya. Bukan apa sejuk dan redup sikit.
But, kenapa kelisa ? Pernah sekali Papanya offer kereta besar sikit. Paling tak pun mini cooper. Tak mahu katanya. Adriana lebih suka kereta yang dia suka, atas usahanya sendiri. Biar kecil, janji senang bawa, senang jaga, roadtax murah, maintance rendah, minyak jimat.
'Buat apa kereta mahal mahal, besar, kena langgar sikit jenuh nak bayarnya. Kita jugak yang susah. Ye idak ?'
Elok saja Adriana mahu keluar parking, yang penting signal dah bagi, boleh pula dari mana datangnya BMW X6, terus langgarnya dari belakang.
KEDEBUKKKKKK !!
"Astaghfirullahalazim ! Celah mana pulak datang kereta gedabak besar ni. Langgar kereta aku pulak ! Aduhhh !"
Apa lagi, Adriana kuar terus tengok keretanya. Jatuh habis bumper kereta nya. Kemek. Dia tak ambil tahu kereta BMW X6 tu. Calar ke apa ke, dia yang salah.
"Hoi perempuan ! Kau tahu bawak kereta ke tak ni ? Main keluar je ! Tak nampak ke kereta aku ni ?!"
'Mak aih. Dengan spek mata hitam. Hari nak hujan ni, panas apa. Ni mesti orang kaya ni. Bajet semacam mat saleh ni.' Gumam Adriana sambil membetulkan bumper keretanya. Macam pandai. Padahal cuak tu.
Mamat tu apa lagi, terus ke depan kereta dia.
"Calar ! Ni kena cat balik satu bumper ni ! Woi perempuan ! Dengar tak aku cakap ni ?!!"
Adriana memandang dan buat muka kereknya. Apa ingat mamat ni seorang ada muka kerek ?
"Aku dengar. Kau ada masalah apa apa ka mat saleh? " Ujar Adriana.
"Kau kata masalah apa ? Sekarang kereta aku calar ! Aku nak ganti rugi ! Bodoh ! Bawak kereta tak pandai. Ni la dia perempuan. Main keluar ikut suka hati mak bapak !"
Mak ? Bapak ? Wahh melampau. Sungguh melampau ! Bodoh lagi ? Kau siap. Kau tak kenal mulut Adriana macam mana. Kau kejap.
"Woi jantan ! Kau langgar aku dari belakang, celah mana datang pun aku tak tahu, sekarang kau nak salahkan aku ?! Woi sundal ! Tak boleh cakap baik baik ka ? Kau sebut mak bapak apa hal ? Habis tu kau ingat jalan ni mak bapak kau punya ka ?! Woi ! Pakai kereta besar, tapi mintak ganti rugi, sendiri pakai sendiri bayar laa !! Asal ? Tak mampu ??!"
Merah padam habis muka Adriana. Panas barannya pommmm ! Meletus. Silap hari mamat ni mati kena sound.
"Wahhhh kemain sedap mulut minah ni cakap aku sundal. Woiii betina ! Ni jalan memang bapak aku punya ! Kau ada masalah ?? Salah kau, kau kena tanggungjawab ! Kenapa ? Kau tak mampu ? Ohh lupa, naik kelisa je."
Dengan muka kerek mamat ni, sambil tanggal spek. Dua dua panas baran.
Silap silap ada yang keluar kan stering lock.'Mana stering lock aku ni. Pecah kepala mamat kerek ni aku kerja kan nanti.' Gumam geram Adriana.
"Adriana !"
Belum sempat Adriana mencari stering lock nya, Azhar, sepupu Adriana yang kerja bersamanya di syarikat itu berlari ke arahnya.
"Awat ni Ana ?" Tanya Azhar.
"Woii Azhar ! "
Jerit mamat kerek tu."Lahh, Syahrin ! Kau buat apa kat sini ?" Balas Azhar. Rupanya mereka kenalan. Mungkin kenalan dari sekolah ?
"Kau kenal dia perempuan ni kan ? Haa ni kau tolong laa ajar dia cara bawak kereta balik. Aku rasa lesen dia ni, beli. Main keluar je. Ingat jalan ni bapak dia punya ?"
Kemain selamber mamat ni cakap.
"Woiiii !!!" Adriana menjerit dengan kaki melangkah ke depan. Silap silap kena penendang mamat ni.
"Sabar sabarr Ana. Biar aku uruskan. Kau balik. Okayyyy ?" Azhar cuba menenangkan Adriana. Dia tahu kepala angin sepupunya dia bagaimana. Mana tak nya, dulu dia yang kena cangkul dengan si Adriana, angkara mengusik. Kena jahit kat kepala.
"Nasib kau ada. Kalau tak mati jantan ni aku hempuk dengan stering lock."
Adriana masuk ke dalam dan berlalu pergi. Kemain laju Kelisa dia bawa.
"Apa ni Azhar, siapa nak ganti ni bro. Aduh. Kau lepaskan dia pergi macam tu je ?"
Geram Syahrin. Ikutkan dia nak kenakan lagi perempuan tu."Chill bro. Scratch sikit je ni. Rileks la. Perempuan bro. Dia tu sepupu aku. Aku kenal dia macam mana. Kalau biar lama kat sini, bertambah parah nanti. Macam ni, jom lepak, aku belanja minum."
Syahrin meraup wajahnya. Kalau tak kerana sahabat baik yang banyak berjasa dengannya ini, tak mahu dia lepaskan minah tu tadi.
"Haihh. Yelaa yelaa. Tapi kenapa kau takut sangat dengan minah tu. Muka cuak semacam aku tengok kau."
Syahrin perasan tadi. Dia pun pelik."Kau nampak parut kat kepala ni ? Haish, nanti la aku cerita. Jom. Naik kereta kau, okay ?" Balas Azhar.
"Okayy okayy, jom."
YOU ARE READING
KAU FAVORITE AKU.
RomanceOngoing. Belum complete lagi. Kepada pembaca mohon comment dan berikan pendapat. Saya baru berjinak dalam penulisan. Ini novel kedua saya selepas Hingga Ke Akhirnya. Sentuhan pertama agak pendek, in shaa Allah kali ni akan disuntik element2 yang fr...