Bab 1

332 11 0
                                    

     Hairi terus mengambil beg bagasinya sejurus selepas tiba di KLIA2. Setelah enam tahun dia melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di Ireland, Hairi Hakimi memilih untuk memulakan kariernya sebagai seorang doktor di tanah air sendiri memandangkan bilangan doktor di Malaysia adalah sedikit. Dia terus keluar pergi mendapatkan teksi dan pulang ke rumah maknya. "Ampang ye cik!" "Baiklah nak." Jawab pemandu teksi itu. Perjalanan yang mengambil masa sejam setengah itu membuatkan Hairi terlena dibuai mimpi di dalam teksi itu.

     "Umi, Hana pergi dulu ye, dah lambat nii!!" Teriak Hana. "Hishh, kalau ye pon sarapan la dulu, ambik roti ni sekeping pastu minum skit kopi tuu!!" Kata mak Hana dengan marah. "Ye la umi." Dengus Hana. Memandangkan hari ini merupakan hari pertama dimana Nur Farhana Izzati atau lebih manja dipanggil Hana akan mula bekerja di syarikat milik ayahnya sendiri di Damansara. "Ok umi, Hana pergi dulu ye, assalamualaikum." Hana mencium tangan maknya. "Haa ye laa waalaikumussalam, elok-elok bawak kereta tuu!" Pesan mak Hana kepadanya. Hana memulakan perjalanan dengan kereta volkswagen beetle merah miliknya dan terus menuju ke pejabat ayahnya yang mengambil masa lebih kurang 20 minit dari rumahnya. Hana merupakan anak yang paling manja dan paling disayangi dalam keluarganya sejak kecil. Dia merupakan anak kedua dalam keluarga Datuk Ehsan dan Datin Maria. Kakaknya, Nur Farah Aliah sedang giat menyambung pelajarannya di Universiti Cambridge di England dalam bidang sains kejuruteraan.

     "Assalamualaikum, mama!!" Hairi menyapa mamanya. "Waalaikumussalam, haa dah sampai pon anak mama, ingatkan dah taknak balik dah." Puan Yati memeluk erat anaknya setelah enam tahun mereka jauh berpisah. Maklumlah, Hairi merupakan anak tunggal dalam keluarganya maka kasih sayang dicurahkan sepenuhnya kepadanya. "Papa mana ma?" "Ooo papa kamu awal-awal pagi lagi dah bertolak pergi Australia  semalam, dia pergi sehari je kejap lagi nanti sampai laa." Ujar Puan Yati. Ayah Hairi, Encik Kamal merupakan CEO di sebuah syarikat dan beliau kerap pergi ke luar negara atas urusan kerja dan kurang masa bersama keluarganya sendiri. "Ermm, mama masak apa ye hari ni, dah lama Hairi tak rasa masakkan mama." "Hmm alang-alang kamu dah balik ni, mama ada buatkan makanan kegemaran kamu, ayam masak lemak cili api." Jawab Puan Yati. "Laa yeke ma, kenapa tak cakap awal-awal, jom la kita makan sekali, perut Hairi dah berbunyi-bunyi dari airport tadi!" Kata Hairi. "Haa ye laa, dah pergi letak barang kamu kat atas dulu pastu turun makan sekali." "Ok ma." Jawab Hairi dengan sinis.

     Hana masuk dengan tergopoh-gapah ke dalam biliknya tanpa disedari oleh ayahnya. Dia meletakkan beg tangannya di atas meja lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi kulit berwarna hitam yang lembut. "Haih, selesanya rasa macam nak tidur pulak!" Hana bermonolog sendiri. Tiba-tiba, datang seorang lelaki menerjah biliknya. "Bertuah punya budak, boleh lagi dia duduk, dah la lambat lepastu boleh senang-lenang lagi kat situ macam permaisuri." Datuk Ehsan memarahinya dengan manja. "Hehe, alaaa sorry laa abah, Hana baru je sampai tadi jalan jam tu yang lambat skit." Hana mengomel manja. "Dah, pergi buat kerja kamu. Hari pertama dah buat hal macam mana nak bayar gaji." "Hehe, ok abah." Jawab Hana dengan sinis.

Doktor hatikuWhere stories live. Discover now