"Hana!, malam ni umi nak pergi rumah Mak Ngah kamu, nak ikut tak? Kalau taknak duduk je rumah, dekat atas meja ada gulai ayam kalau nak makan, kalau nak keluar memana kunci pintu elok2 and make sure balik sblm kul 10!!" Satu mesej tertera di telefonnya. Hana menghabiskan baki masa kerjanya dengan tidur dan membaca novel memandangkan kerjanya sudah selesai. "Hishh lama betul la nak pukul 5!" Hana merungut. Hana melihat telefonnya dan melihat mesej yang terpapar. "Ermm ok umi, Hana ingat nk keluar mlm ni hehe!" Hana membalasnya. Matanya mula mengarah pada sekeping kad yang tertera nombor telefon Hairi. "Ehh ni no tel Hairi, hmm hehe ajak dia keluar la mlm ni!" Senyum Hana sinis. "Hello, Assalamualaikum!" "Waalaikumusalam, ermm sape ni!" "Oo Hana ni!" "Hana?? Ermm ooo yaa Hana yang jatuh tu ehh!" "Hishh awak ni saje je, ahh iyee!" "Oo hehe sorii ermm ehh macam mana awak ade no saya?" "Laa kan awak yang bagi tadi kat restoran, ingat tak?" "Ooo kk lupa hehe, so, awak sihat?" "Alhamdulillah sihat, awak?" "So do I!" "Ceh speaking haha!" "Haha dah terbiasa lol!" "Doktor enn hehe, ermm anyway awak free tak malam ni teman saya keluar sebab saya sorang2 je kat umah lagipun parents saya keluar gi umah Mak Ngah saya!" "Ooo saya free je awak nak saya teman gi mana?" "Pergi TS nak main boling jom!" "Boling ermm saya tak pro la awak!" "Eee acah je haha!" "Haha hmm ok2 so saya amik awak kat umah awak ke cane!" "Ermm bole gak nanti saya send alamat k!" "Ok set insya Allah saya join kalau tak de pape ok bye !" "Bye!" Hana mengelamun seketika. Dia mengemas barang untuk balik ke rumah.
"Woi pahal senyum2 ni, buang tebiat apa, nah kopi kau!" Syafiq menyapa Hairi di pintu biliknya. "Hishh apa kau ni mane ade pape la, anyway thanks!" "Eleh kau, jap ni mesti pasal Hana enn!" "Diam la!" Hairi tersenyum sambil sibuk menyemak fail pesakitnya. "Haha dah agak, asal ngan dia?" "Tadi dia call aku!" "Wow serios ahh!" "Iyee!" "Fuh aku rase dia dah jatuh hati kat kau la haha!" "Lol I think so cey, hahaha!" "So dia cakap apa?" "Dia suruh teman dia keluar mlm ni sbb parents dia takde kat umah!" "Cewah untung ahh baru kenal dah ajak keluar!" "Hishh kau ni lagipun dia yg call aku!" "Tpi kau suka dia gak enn!" Hairi tersengih. "Hishh dah la gi la sambung kerja kau, yg penting aku ade date mlm ni!" "Eleh blaa ahh pgi laa date kau tuu klau gentle luah je laa apa nak malu!" "WHAT!!, Gila kau eee lawak ahh malu doo kau ni baru je kenal kot nk luah lak entah2 dia tak suka aku nnti malu pulak!" "Aduhh kau ni dah dia tetiba call kau tu pon kau tak nampak lgi ke?" "Haih dah la aku bnyak keje lagi nii!" "Hmm Hairi macam la aku tak kenal kau." Syafiq pon berjalan keluar balik ke biliknya. Hairu pon bersiap mengemas barang-barangnya untuk balik.
____________________________________
"Ermm ma, Hairi nak keluar malam ni boleh tak?" "Gi mana?" "Gi TS main boling ngan kawan!" "Hmm ye la tpi jngan balik lambat sngat!" "Ok ma thanks!" Hairi terus menyalam tangan ibunya dan mencapai kunci keretanya di atas meja. "Ehh Hairi, kamu nak pergi mana malam ni!" Sapa Encik Kamal yang baru sahaja balik dari masjid. "Oo pa, Hairi nak keluar jap jumpa kawan!" "Hmm yela elok2 bawak kereta tu!" "K pa!" Hairi terus memandu keretanya sambil dipandu oleh GPS yang telah diatur ke rumah Hana.
Sebuah kereta mercedes telah terpacak di depan satu rumah teres dua tingkat. "Ehh, tu mesti kereta Hairi!" Hana mengintai di sebalik tingkap biliknya sambil sibuk menyiapkan lilitan tudungnya. "Hello awak saya dah sampai depan rumah awak ni!" "Ooo ok kejap ye!" Hana menutup semua suis di dalam rumahnya sebelum keluar dari rumah. "Wow, cantik awak malam ni!" "Haha nede laa awak ni biasa2 je anyway reti tak main boling?" "Tak hehe nanti ajar auu!" "Hishh ngade, dah jom kang ramai lak orang!" Hairi membuka pintu untuk Hana. Mereka pon bertolak pergi. "Saya Hairi Hakimi, nice to meet you!" "Saya Nur Farhana Izzati, cey dah macam nak interview keje lak haha!" "Lol ermm awak tinggal sini ke, rumah saya tak jauh sangat pon dengan rumah awak!" "Aah saya tinggal sini sejak kecil lagi!" "Besar jugak enn rumah awak, dah mcm istana!" "Haha mane ade biasa je la!" "Kalau ada istana mesti ade tuan puterinya enn!" "Hahaha ade2 je la awak ni!" "So ermm awak doktor dah brapa tahun?" "Ooo baru je lagipun saya baru habis blajar kat Ireland." "Wah, pandainye, saya pon bercita-cita nak jadi doktor gak tpi tah la amik engineering kat UM pastu stop lagipun saya ada lagi last sem haih malas nak sambung hehe, and now saya kerja kat syarikat ayah saya!" "Ooo ok la tu at least awak ade kerja, anyway adik-beradik awak brape org?" "Dua orang, kakak saya ngah final exam kat Cambridge dalam next week balik la tu, awak?" "Saya anak tunggal." "Laa sian nya mesti bosan enn duk sorang2!" "Hmm takde la sangat lagipun memalam saya keluar lepak je ngan kawan saya atupun tidur ka, bosan la gak but yaa that's my life!" Mereka berdua berborak sakan sehingga tiba di destinasi. "Ok jom, ehh ingat auu nanti ajar main!" Sindir Hairi. "Hishh saje enn padahal tau main auu dah jom!" Mereka terus bergerak ke tempat boling. "Bang, dua set dua orang!" Kata Hairi kepada penjaga kaunter itu. "Ok ni bilnya and pilihlah kasut ikut saiz kaki!" "Nah, awak!" "Ehh sokay saya belanja!" "Haih baiknya Hairi ni hehe!" Hana tersenyum manja kepada Hairi. "Ok jom." Mereka mengambil tempat duduk dan memulakan permainan. "Awak dulu!" "Hishh kan saya cakap tak reti main!" "Dah2 cepat!" Hana ketawa kecil. Hairi membuat balingan dan mendapat strike. "Wah!! tahniah, tu reti tu saje nak mengade!" Hana mengomel kepadanya sebelum memilih saiz bola bolingnya. "Lahai longkang hmm!" "Sokay lek ahh try again!" Hairi pula membuat balingan dan seterusnya sehingga habis set pertama. "Haih sporting jugak Hairi ni hehe tpi dia suka kat aku ke, hishh Hanaaa kau ni mengelamum je tak abis2!"
"Hana....Hana hello awak!" "Ehh sori hehe ye kenapa!" "Haih awak ni termenung je, saya tanya awak nak air apa saya order kan?" "Ooo hehe sori2 ermm saya nak sirap!" "Ok jap!" "Haih Hana napa kau angau lak memalam ni lahai malunya dia tanya pon tak prasan aaaaa!" Hana tergelak sendiri sebelum mencapai telefonnya. "Airnya udah smpai buk!" "Haha indon pulak ok letak di sini ye pak!" Mereka ketawa sambil minum air masing-masing. Setelah beberapa minit kemudian, permainan pon tamat. "Congrats!!, see dah menang tadi sibuk je kata tak pro lah hurghh...." "Hehe thanks, laa awak pon apa kurangnya ermm so gi mana lak pasni!" "Haa jom saya nak awak try satu makanan jepun ni jom gerenti sedap gila sampai nak datang lagi!" "Ooo jom2 lagipun saya tengah lapo ni haha!" Mereka mengatur langkah ke sebuah restoran makanan jepun yang terletak di aras tiga. "Tadaaaa!" "Wow mende ni tak pernah dengar lak!" "Haa jom masuk and try a few menu." Mereka mengambil tempat duduk dua orang bersebelahan dinding bercorakkan bunga bonsai. "Ermm awak nak makan apa saya mana reti ni!" "Haha ape la awak ni duk Ireland pon takkan tak pernah tengok!" "Haih ni makanan jepun bukan Ireland aduhhh!" "Hahaha okok ermm sir, give us two set A!" "Ok, anything else?" "Ermm no thanks!" "Ok just a minute!" Pelayan tu pon beredar. "Awak sedap ke kat sini!" "Haih cuba dulu baru tau hehe!" "Haih seram pulak, halal ke?" "Haih awak ni mesti la halal klau tak kenapa saya ajak awak makan kat sini!" "Hehe!" Hana tersenyum melihat kerenah Hairi. "Haa dah sampai pon nah try lu!" Hairi pon mencuba mee yang terhidang. "Umphh, dapnye fuh lima bintang!" "Haa kan dah kata, dap enn!" "Fuh kalau boleh nak makan kat sini setiap hari la sat gi tido depan kedai dia jom haha!" "Hana tergelak mendengar kata-kata Hairi. "Lawak jugak Hairi ni haha!" Setelah beberapa jam, mereka pon bergerak ke tempat parkir kereta untuk pulang. "Ok awak dah sampai!" "Thanks la temankan saya malam ni!" "Ehh sokay takde hal la ok saya balik dulu pape call je!" "Ok, awak...lek lok drive memalam ni, klau penat rest dulu kang sat gi terbang lak kereta tu haha!" "Lol haha tibe je hmm yelaa ok gerak dulu, bye tuan puteri!" Ujar Hairi. "Hishh awak ni haha, bye!" Hana mengukir senyuman sambil dibalas oleh Hairi. "Haa keluar ngan sape tu?" "Opocot, haih umi ni buat terkejut je tau seb baik dok kene heartattack, ermm hehe keluar ngan kawan!" "Elehh ngade konon kawan, ingat umi tak nampak ke drama hindustan kat luar tadi!" "Hishh umi ni saje je tau mane ade la itu kawan Hana laa!" Hana mengomel manja sambil memeluk ibunya "Hmm ye laa bila nak kenalkan kat umi ngan abah!" "Umi!! Hishh dah laa Hana naik atas dulu!" Hana berlari keatas menuju ke biliknya sambil tersenyum sendiri. "Haih Hairi aaaa hensemnya hehe comel pon ade la skit tpi haih friendly, caring baik plak tu lanje boling hehe lol Hana kau dah jatuh hati kat dia ke nii!" Ujar Hana dalam hatinya sebelum masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri.
"Haih caring jugak Hana ni..... dah la comel macam theodore dalam cita chipmunk haha pastu putih lak dah macam snow white hehe tuan puteri dalam istana diraja la kan, lol hish apa kau ni Hairi angau melebih lak memalam buta ni aduhh, hmm best gak keluar ngan dia cey nak keluar hari2 la hehe hishh Hairi enough kau ni dah kene panah cinta apa!" Hairi tersenyum sinis sambil berangau-angau memandu pulang ke rumahnya. "Aii lambat balik!" Sindir Encik Kamal yang sedang menonton televisyen. "Hehe sori pa keluar ngan kawan jauh tadi." "Hmm ni dah solat blom?" "Ehh dah pa takkan Hairi keluar sampai lupa solat!" "Hmm bgus takde la papa cuma remind je kamu ni hmm dulu bukan main lagi kan liat nak solat isya' asyik miss je sbb tidur!" "Hehe zaman jahiliyyah dulu pa mana nak ingat, ok la pa Hairi naik atas dulu!" "Haa ok, tu pintu tu kunci!" "Ooo lupa haha sori pa!" Hairi bergerak ke atas dan merebahkan badannya di atas katilnya. Selang beberapa minit kemudian, dia terlena.