Bab 2

205 3 0
                                    

     "Assalamualaikum!!" "Waalaikumussalam, ehh papa, sihat?" Tanya Hairi kepada ayahnya yang baru sahaja pulang daripada Australia. "Alhamdulillah, papa baik aje, mana mama kamu?" Ujar Encik Kamal. Baru sahaja pulang ke rumah sudah berputik rindu terhadap keluarganya lebih-lebih lagi anaknya yang baru pulang ke Malaysia selepas enam tahun tidak bersua muka. "Ehh abang, baru sampai? Saya dekat dapur tadi tengah cuci pinggan." Sapa Puan Yati dari belakang Hairi dan terus mengambil tangan Encik Kamal lalu menciumnya. "Abang baru je sampai, naik teksi je tadi dari airport. Ehh, kamu masak apa hah, abang dah lapar nii!" "Saya masak ayam masak lemak cili api je, ni haa dapat tahu si Hairi ni nak balik tu yang saya masakkan makanan kegemaran dia tu." Jawab Puan Yati. "Haa elok la tu." "Mari papa Hairi tolong angkatkan beg papa." "Hmm nah pergi letak dekat bilik." "Ok pa." Ujar Hairi. "Abang, macam mana dengan projek dekat Australia tu, dah siap ke?" Tanya Puan Yati. "Sedang dalam usaha, lagipun Rasyid tak dapat datang tu yang tergendala skit projek tu." Kata Encik Kamal. Rasyid merupakan kawan baik Encik Kamal yang sama-sama membangunkan syarikat itu dan kini mereka sedang giat menjalankan satu projek besar di Australia. "Ermm mama, Hairi nak keluar jap nak jumpa kawan." Sapa Hairi. "Kamu nak jumpa siapa?" Celah Encik Kamal. "Alaa Hairi nak jumpa Syafiq, kawan baik Hairi yang sama-sama belajar kat Ireland dulu." "Ooo Syafiq, ingatkan dengan perempuan tadi." Ujar Puan Yati dengan sinis. "Hish, mama ni ada-ada je." Kata Hairi. "Iyelah, elok-elok bawak kereta tuu." "Haih mama, takkan lah Hairi lupa macam mana nak bawak kereta. Hairi duduk enam tahun je pon kat sana." Ujar Hairi. "Haih, dah-dah pergi cepat nanti menunggu pulak si Syafiq tu." Kata Encik Kamal. "Ok pa, thanks." Kata Hairi sambil mencium tangan kedua-dua orang tuanya. Hairi keluar memandu mercedes miliknya yang sudah enam tahun dia tinggalkan tetapi masih utuh di atas jalan raya kerana kereta itu kadang-kadang dibawa oleh ayahnya ke tempat kerja kerana Encik Kamal lebih gemar meletakkan keretanya di pejabat. Hairi terus memandu laju ke tempat yang mereka ingin bertemu. Syafiq merupakan kawan baik Hairi sejak kecil lagi dan ibu bapanya memang rapat dengan kedua-dua orang tua Hairi. Mereka berdua bersama-sama melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang yang sama dan kebetulan mereka diterima masuk untuk melaporkan diri ke hospital yang sama iaitu di Hospital Shah Alam. Kebetulan pula tempat kerja mereka berdekatan dengan rumah Hairi jadi amat mudahlah Hairi untuk pergi ke sana tetapi bagi Syafiq tidak kerana dia tinggal di Ampang jadi dia perlu keluar rumah lebih awal bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

     "Huh lama lagi ke nak lunch, dah lapar nii." Hana mengomel sendiri. Jam menunjukan pukul 11:00 tetapi Hana sudah berasa bosan. Kerjanya tidaklah begitu berat cuma perlu mengemaskini beberapa fail kerja ayahnya di dalam komputer. Hana ingin keluar secara senyap tetapi takut dimarahi oleh ayahnya. Dia  mencapai iphone miliknya dan terus menelefon kawan baiknya, Mawar. "Assalamualaikum  Mawar, Hana ni." "Haa Hana, waalaikumussalam, ingatkan dah lupa aku dah." Mawar mengusik. "Hishh mana ade la, kau ni...mana boleh aku lupa kau, kau kan kawan baik aku." Hana membalas marah. "Alololo, jangan lah marah kita kak, kita gurau je hehe." Ujar Mawar sinis. "Anyway, how's your first day work?" "Ermm not bad but I feel hungry now." Hana mengadu. "Woi, lek ahh hang ni baru pukul 11 lebih dah ngadu lapar, patut ahh gemok." Mawar ketawa kecil. "Eleh kau, tolong skit ehh aku kurus kay, kau tu yang gemok. Hana ketawa sendiri. "Eleh kau, tak sedar diri, anyway gemok-gemok pon still comel, macam chipmunk!" Mawar memujuk. "Of course lah!" Mereka berdua bergelak ketawa. Mereka berdua bersembang sakan hingga jarum jam menunjukkan pukul 12. "Ehh dah tengah hari la, ok I got to have my lunch now." Ujar Hana. "Haa yelaa, pergilah kau melantak." Mawar ketawa. "Wey Mawar, jom lunch sekali. Bosan laa pergi sorang-sorang." "Seriously!! Okay jom tapi kau belanja auu." Usik Mawar manja. "Haa ye laa, tempat biasa." "Ok set." Ujar Mawar. Hana berjalan keluar dari biliknya dan pergi ke bilik ayahnya. Tok tok tok! Hana mengetuk pintu bilik ayahnya. "Masuk!" Ujar Datuk Ehsan. "Haa Hana, nak apa?" "Ermm Hana nak keluar lunch jap boleh abah?" Ujar Hana. "Dengan sape?" "Dengan Mawar, nak lunch sekali." "Kerja dah siap belom?" "Aaaa....dah tapi ade sikit je lagi." Jawab Hana sambil tersengih. "Haa, pergilah but make sure you came back here before 2." "Ok ba, thanks." Jawab Hana sambil mengukir senyuman kepada ayahnya. Hana tersenyum gembira sambil berlari mendapatkan lif kerana terlalu teruja ingin berjumpa dengan Mawar. Mereka berdua memang rapat sejak zaman sekolah menengah lagi. Hana turun ke tempat letak kereta di bawah dan terus menghampiri keretanya. Enjin dihidupkan dan terus sahaja dia memandu ke destinasi yang telah dipersetujuinya dengan Mawar.

     Hairi meletakkan keretanya bersebelahan dengan kereta Syafiq. "Ehh Hairi, sini-sini!" Syafiq memanggil dari jauh. Hairi terus pergi mendapatkan Syafiq dan melabuhkan punggungnya di depan Syafiq. Mereka berdua memilih untuk melepak di sebuah restoran yang sudah menjadi port kebiasaan mereka melepak dulu. "Kau apa khabar, sihat?" Tegur Hairi. "Alhamdulillah, aku sihat je. Kau?" "Alhamdulillah, just like an old time." Hairi menjawab sambil tergelak. "Ehh, bila kau lapor diri?" Tanya Syafiq. "Ooo, next week. Kau?" "Aku lusa sebab ada doktor tu dia demam dah tiga hari so aku check in awal laa sebab nak kena tengokkan patient doktor tu alang-alang tu aku ganti tempat dia. Ikutkan aku masuk sekali dengan kau tapi nak buat macam mane, pihak atasan dah bagi aku surat semalam so pergi je la." Jawab Syafiq. "Takpelah kau pergi je la at least kau dapat explore dulu hospital tuu." Ujar Hairi. "Ehh jom ahh order dulu." "Haa yelaa, waiter!" Syafiq memanggil salah seorang pelayan di restotan itu. "Ye encik, nak minum apa?" Tanya pelayan itu. "Ermm bagi saya cappucino satu!" Ujar Hairi kepada pelayan itu. Syafiq hanya mengangkat dua jari tanda  menunjukkan dia memilih pesanan yang sama. "Ok encik, lagi?" "Itu sahaja." Jawab Syafiq. Pelayan itu berlalu pergi meninggalkan mereka berdua. Mereka berdua melepak di sana sambil bercerita mengenai pengalaman masing-masing ketika belajar di Ireland dahulu.

Doktor hatikuWhere stories live. Discover now