Hari ini merupakan hari pertama Hairi memulakan kariernya sebagai seorang doktor. Pukul 7 lagi Hairi sudah bangun kerana terlalu bersemangat untuk mula bekerja. Kemeja oren berseluar slack hitam menjadi pilihan Hairi untuk menjalakan tugas pertamanya sebagai seorang doktor. "Hairi!!, mai cepat turun bawah ni sarapan sat gi lambat gi kerja!" Teriak Puan Yati dari bawah. "Ye ma, kejap2 dah nak siap dah ni!" Ujar Hairi. Dia menuruni tangga lalu turun ke bawah untuk bersarapan bersama-sama keluarganya. "Hmm Hairi, awal bangun biasa kamu susah sangat nak bangun!" Tegur Encik Kamal sambil menghirup kopinya. "Hehe first day work pa, mestilah kene awal lagipun Hairi kene check-in pukul 8 takut terlambat pulak!" Ujar Hairi. "Sat gi kat sana elok2 jaga diri, dengan patient jangan duk kasak sangat naa!" Ujar Puan Yati dengan dialek utaranya. Ibunya berasal dari Kedah manakala ayahnya dari Johor. "Haih, ye la ma Hairi tau jaga diri, lagipun Syafiq kan keje skali dengan Hairi nanti pape hal Hairi tanya dia!" "Hmm ye laa ni cepat makan tu sat gi lambat hang nk gi keje!" "Haa ok ma!" Setelah usai makan, Hairi terus mengambil beg yang berisi laptopnya lalu meletakkan di bonet keretanya. "Ok ma Hairi pergi dulu ye!" "Leklok jalan!" Hairi bersalaman dengan kedua orang tuanya sebelum memulakan perjalanannya.
"Harap2 dapat lah jumpa Hana lagi, hehe!" Hairi mengelamun sambil memandu mercedesnya ke hospital. Setelah beberapa minit kemudian, Hairi tiba di hospital lalu meletakkan keretanya di tempat letak kereta doktor khas yang disediakan. Hairi terus mengambil beg laptopnya lalu bergegas ke kaunter. "Ye cik, boleh saya bantu. "Oo saya doktor baru yang ingin mendaftar masuk di hospital ni!" "Ooo encik pergi ke aras 5 dan lapor diri di kaunter di atas!" "Ooo ok thanks!" Ujar Hairi sinis kepada jururawat yang menyapanya. Hairi terus bergegas ke lif dan menekan punat 5. Sampai sahaja di aras lima, dia terus pergi mendapatkan kaunter untuk melapor diri. "Hairi Hakimi bin Kamal!" "Your ID card number pliss!" "Ooo ermm FN-2187." "Ok give me a second!" "Your room number is 2A and here's your first patient data, ermm ok welcome sir have fun and good luck!" Ujar jururawat di kaunter itu. "Oo ok thanks." Hairi terus pergi ke biliknya. Tiba2 dia terserempak dengan Syafiq. "Ehh Syafiq, kau pe khabar!" "Hairi!!, aku ok je Alhamdullilah!" "Doktor Syafiq ehh skarang!" "Eleh kau anyway bila sampai?" "Baru je daftar kat depan tadi!" "Ooo anyway hang bilik mana!" "Ermm 2A." "Wey, sebelah bilik aku je, aku nye 2B!" "Lol haha!" "Ok aku masuk bilik dulu, aku ade patient ni sat gi lunch sembang auu, nk lunch ajak aku sebab ye la budak baru enn!" "Haha yelaa ok cau lu!" "Ok bro!" Hairi berjalan menuju ke biliknya dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Dia menyemak data pesakit yang diterimanya sebentar tadi dan terus bergegas ke bilik yang tertera.
"Hana!!, bangun nanti abah marah lambat gi keje lak!" "Hana terjaga setelah terdengar teriakan ibunya dari bawah. "Haih budak ni, ehh bangun sekarang pergi mandi sat gi abah kamu marah nanti, cepat2 dah ku brape dah ni!!" "Hmm umi kejap la ngantuk nii!" "Hana bangun skarang klau tidak umi simbah dengan air nanti." "Yelaa!" Hana bangun dari katil dan mencapai tualanya lalu masuk ke dalam bilik air. Setelah usai bersiap, dia terus turun kr bawah untuk bersarapan. "Hmm Hana bangun lambat lag?" Sindir Datuk Ehsan. "Tu laa semalam balik lambat, kan penat nak gi keje!" "Hurmm Hana balik kul 10 laa semalam pastu terus tido, umi la ni tak kejut Hana. "Eleh kita pulak yang salah, ehh umi kejut bangun solat ehh tadi pastu hang dah abis solat terus sambung tido!" "Yeke hehe sorii!" Hana mengomel manja. "Dah2 cepat makan lambat abah kunci pintu!" Datuk Ehsan bangkit dari kerusi lalu mencapai kunci keretanya. "Hishh umi, tengok abah nii suka tau!" Ujar Hana sedih. "Dah2 cepat makan ni abah gurau je dah la cepat habiskan mi goreng tuu." "Ok!" Setelah usai makan, Hana terus menyalam tangan ibunya lalu keluar pergi ke tempat kerja. "Elok2 Hana!" "Ok umi, bai Hana pergi dulu." Hana terus memecut laju. Sampai sahaja di pejabat, dia masuk ke biliknya dengan perlahan-lahan agar tidak disedari oleh ayahnya.
"Weh Syafiq, jom lunch, aku dah lapo ni!" "Hairi mengetuk pintu biliknya. "Haa jap2!" Syafiq keluar dari biliknya dan menuju ke tempat yang telah mereka persetujui. Setelah beberapa minit kemudian, mereka pun tiba di sebuah restoran terkenal.
"Order sir?" "Ooo bagi saya mee kari satu!" "Saya pulak nak nasi ayam yee!" "Air cik?" "Sirap limau ngan teh o ais!" "Cey macam tau2 je aku nak air apa!" "Enn hahaha." "Wey jap ehh!" Hairi bangun dan mengorak langkah menuju ke satu meja. "Hana right?" Hana terkejut sambil senyum. "Ehh Hairi, yang kat IOI tu ehh!" "Ye saya, tak sangka jumpa awak kat sini. "Hehe ehh awak sorang je ke?" "Ooo tak saya datang dengan kawan saya, Syafiq kat sane tu, awak?" "Oo saya pun sama dengan Mawar kawan baik saya tah mana dia kata di tandas. "Anyway nice to meet you." "Nice to meet you too." Ujar Hana senyum. "Aaa ok saya pergi dulu anyway ni nombor saya, pape call je." "Ooo ok thanks wahh doktor ehh!" "Hehe biasa2 je. Sengih Hairi sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Hairi pun beredar dari meja Hana sambil tersenyum sendiri. "Amboi syok nampak, jumpa sapa?" "Tak perlu tau laa!" Hairi tersengih. "Eleh kau macam aku tak kenal kau, ok ke orang nya?" "Ermm ok laa baik comel pulak tuu!" "Haa dah agak dah kau mana nak tipu aku, aku dah kenal kau lama dah!" "Hehe haa makanan dah sampai, sat gi sambung cita, aku lapo!" "Blaa la kau!" Mereka berdua bergelak ketawa. "Hoi kau dah kenapa mengelamun?" Sapa Mawar dari belakang!" "Hishh mana ada aku just terbayang wajah seorang putera raja yang sangat hensem." Hana mengelamun sambil sudu di sebelahnya jatuh ke lantai. "Woi, kau nii teruk sangat, awat ni cer cita kat ceq, jap ni mesti si sape ni aaaa Hairi enn!" "Hishh sibuk je diam ahh!" Ujar Hana sambil tersenyum malu. "Dah agak hahaha angau je kau ni enn!" "Well tadi dia tegur aku time kau kat tandas, pastu dia bagi nombor dia lagi wey, haih......" Hana tersenyum. "Fuh gentle gila mamat tuu mana dia?" "Tuu kat sane!" "Hensem gak!" "Hey you, that's mine!!" Hana ketawa. "Eleh kau blaa ahh anyway dia keje kat ne?" "Doktor." "Wahh untung kau kalau dapat dia, aku rase enn dia pon suka kau!" "Tah laa wey aku pon dah jatuh hati kat dia tapi aku maluu la nak ngaku kat dia." Hana tersimpuh malu. "Takpe nanti aku bagitau dia ehh!" "Hishh kau ni jahat laa!" Mawar hanya ketawa sebelum menghabiskan makanannya. "Ok wey aku nak kene gerak." Ujar Hana. "Haa ye laa nanti aku kirim salam kat dia." Hana memandangnya tajam sebelum masuk kedalam keretanya. Dia sempat mengukir senyuman kepada Hairi tanpa disedarinya sebelum bergerak ke tempat kerjanya semula. "Wey jom dah lambat nii!" "Haa jom2. Hairi dan Syafiq terus bergerak menuju ke hospital kembali. "Salute ahh kau bagi no kat dia." "Enn2 tapi aku malu nak ngaku yg aku suka dia." "Alaaa lek ahh kau pon baru kenal dia, slow2 nanti dapat la tu." "Haih ye laa dah jom sambung kerja, I hope she'll be my next patient." "Blahh la kau, sakit apa dia?" "Dia jatuh sakit sebab terlalu rinduu tu yang datang sini sebab nak datang melepaskan rindu!" Mereka ketawa sambil masuk ke dalam bilik masing-masing.