Bab 3

155 1 0
                                    

     "Hishh, mana si Hana ni, lambat betul la minah nii!!" Ujar Mawar sendiri. Tiba-tiba Hana datang dari belakang dan menyapanya. "Haa!!" "Oo mak kau!" Mawar melatah. Hana ketawa kecil sambil mengambil tempat duduk di depan Mawar. "Eee, kau ni kan suka terkejutkan aku, dah la lambat!!" Marah Mawar. "Alaa sori la, tadi jalan jam skit tu yang aku lambat datang." Ujar Hana. Mawar hanya menjeling kepadanya. "Alololo jangan lah camni, tita mintak maap yee!" Hana memujuk manja. "Taknak kawan!" Mawar merajuk. "Lahai comel nye sorang ni merajuk, ok nanti kita belikan teddy bear untuk awak ye sayang!" Ujar Hana sambil mencubit pipi Mawar. "Eee dah lah, gedik!" Mawar ketawa kecil. Hana hanya menjelir lidah kepadanya. "Dah pergi panggil waiter cepat!" "Ok sayang!" Hana mengusik. Mawar memijak kakinya di bawah meja. Hana hanya mengukir senyuman marah kepadanya. Mereka berdua memang rapat dan ada kalanya bergaduh tetapi apakan daya persahabatan mereka tetap kukuh sejak kecil. Suka-duka, pahit manis tidak sedikit pun memisahkan mereka. Seorang pelayan datang lalu mengambil pesanan mereka. "Ye cik, nak makan apa?" "Ermm bagi saya nasi goreng kampung dengan sirap limau satu!" Hana terlebih dahulu menjawab. "Mawar hanya tersenyum. "Saya nak kuew tiau goreng dengan teh o ais!" "Ok, sebentar ye cik!" Pelayan itu beredar pergi. "Laju nampak kau mintak, patut ahh gemok!" Mawar ketawa. "Diam ahh kau, aku tengah lapar gila ni." Jawab Hana. "So macam mana kerja, ok? Ermm ade yang hensem-hensem tak kat ofis ayah kau tuu?" Mawar tersenyum sinis. "Ehh kau jangan nak menggatal ehh, takde pon tapi ade laa sorang kerani ni nampak hensem la jugak but he's not my taste!" Ujar Hana. "Eleh kau, acah je padahal suka!" "Takde maknanya lagipun dia tu nak bernikah dah minggu depan so elok la takyah kacau rumah tangga orang lain." "Hmm ye laa." Jawab Mawar. "Ni cik nasi goreng kampung dengan air sirap!" Ujar pelayan tadi. "Oo thank you!" Jawab Hana sambil senyum. Hana menjelir lidah kepada Mawar sambil menyedut air sirapnya. "Untungler order dah sampai, makan slow-slow ye mok!" Usik Mawar. Hana mencubit tangannya. "Ouch, sakitlah!" Hana mengukir senyuman manja. "Cik, kuew tiau goreng dengan teh o ais!" "Oo terima kasih!" Ujar Mawar. Mereka berdua makan sambil bercerita dan bergelak sakan mengenai hal masing-masing. "Wey, aku gi sinki jap!" Ujar Hana sesudah selesai makan. Hana menghabiskan makanannya terlebih dahulu kerana terlalu lapar. "Fuh, dah habis dah, lajunya hang makan haa iyelaa!" Kata Mawar. Hana beredar sambil menunjukkan reaksi marah kepadanya. "Ehh, wey, aku gerak dulu laa, dah lambat ni kang nanti abah aku bising!" Ujar Hana cemas sekembalinya dia daripada sinki. "Laa beb, ermm ok la, leklok auu!" "Nah gi bayar!" Hana meletakkan duit RM 20 diatas meja. "Serios kau belanja, thanks wey, sayang kau muah!!" Mawar mengomel. "Hishh, dah la ok aku gerak dulu, take care." "You tuu sayang!" Mawar ketawa. Hana hanya menjeling kepada Mawar sebelum masuk ke dalam keretanya. Dia sedikit gelabah untuk pulang ke pejabat semula dengan masa berbaki lagi 10 minit. Mujurlah pejabatnya tidak jauh dari tempat mereka makan. Hana terus memecut laju meninggalkan kedai makan itu.

     Kring kring, telefon Hairi berbunyi. "Hello, ehh mama assalamualikum, kenapa ma?" "Haa, waalaikumussalam, lamanya jumpa Syafiq, dah taknak balik dah ke?" Ooo, hehe alaa mama dah lama tak jumpa, last pon masa final exam tu pon sekejap je ni jumpa nak lepas rindu le." Ujar Hairi. "Hmm ye la tu, ehh ni mama call kamu ni nak suruh kamu beli telur!" "Oo haa okay, nanti nak balik Hairi singgah kedai beli yee! Ermm itu je ke ma, ade pape lagi ke?" Tu je kot hmm ok la ni jangan balik lambat sangat!" "Yee ma, ok bye, assalamualaikum!" "Waalaikumussalam!" Jawab Puan Yati. "Wey, ermm aku gerak dulu la ni mama aku dah bebel!" "Haa ok kirim salam kat mama kau!" "Insya Allah, ok cau lu!" "Ok bro, leklok bawak kereta!" Pesan Syafiq. Hairi terus masuk ke dalam keretanya dan terus pergi ke kedai untuk membeli telur. Selepas itu, dia menukar arah menuju ke rumahnya. Setibanya di rumah, Hairi terus masuk dan meletakkan telur di atas meja. "Haa Hairi, ni mama dengan papa nak pergi hospital lawat makcik Hasnah kamu!" Sapa Puan Yati dari tangga. "Ehh kenapa ma? Asal dia masuk hospital, dia sakit apa?" "Makcik Hasnah kamu kan kencing manis! Haa tu laa duk lama-lama kat Ireland sampai dah tak ingat apa jadi kat sini." "Errr hehe." Hairi tersengih. "Haa ni, kamu nak ikut tak, mama balik lambat ni?" "Ermm takpa lah, mama pergilah, Hairi nak rehat je kat rumah ni, penat sangat nii!" Ujar Hairi.

____________________________________

     "Haduhh, mesti abah marah ni!!" Hana tergopoh-gapah masuk ke dalam biliknya. Tiba-tiba, dia terserempak dengan Datuk Ehsan. "Aii Hana, baru masuk ofis ke?" Perli Datuk Ehsan. "Aaaa....aah hehe." Sengih Hana. "Tau tak dah pukul berapa ni, you're late! Macam mana nak bekerja camni!" Hana hanya mendiamkan diri. "Abah, orang mintak maaf!" Hana mengadu manja. "Haih, dah pergi sambung kerja." Ujar Datuk Ehsan. Hana hanya senyum kepada ayahnya lalu masuk ke dalam biliknya. Kebetulan biliknya berhampiran dengan bilik Datuk Ehsan. Hana terus membuka laptop lalu menyambung kerjanya yang masih tertangguh.

     "Assalamualaikum, umi!! Hana dah balik ni!" Hana membuka pintu rumah lalu melabuhkan punggungnya di sofa. "Waalaikumussalam, haa dah balik pon anak umi, so how's your day sayang?" Ujar Datin Maria. "Ermm, not bad biasalah buat kerja pastu dengar abah bebel kejap lepastu sambung kerja then balik." "Alaaa jangan la merajuk dengan abah, biasalah kerja kan." "Ye laa tapi Hana lambat sikit je pon, abah bebel punya lama!" Hana merajuk manja. "Kamu kena lah biasakan diri, kerja ni mesti punctual, dah takmau majuk2 camni nanti tak comel anak umi!" Pujuk Datin Maria. Hana mengukir senyuman mengada- ngada lalu memeluk maknya. "Dah, pergi naik atas mandi sume pastu tolong umi siapkan dinner, sat gi abah kamu balik!" "Okay!" Ujar Hana.

   

Doktor hatikuWhere stories live. Discover now