SARAH
'Mengapa benci bila dah cinta?'"Abang, jom balik kampung hujung minggu ni. Fiya dah lama tak jenguk mak dekat kampung. Boleh tak bang?" soal Safiya lembut.
"Boleh sayang, nanti jangan lupa bagitahu Haikal. Abang pergi kerja dulu." jawab Hilmi lalu mencium dahi isterinya.
Safiya hanya menghantar pemergian suaminya dengan ekoran mata.
"Mama, mama. Tadi abang dengar mama cakap nak balik kampung. Abang nak ikut boleh tak mama?" soal si kecil yang petah itu.
"Boleh sayang. Haikal nak breakfast tak? Mama masak nasi goreng favourite Haikal. "
"Nak nak!" terlompat-lompat Haikal bila mendengar mama masak makanan kesukaannya.
"Okay, jom makan!" baru sahaja Safiya melangkah pergi bersama anaknya, lonceng rumah berbunyi.
Ting..
'Eh siapa pula yang datang? Abang tertinggal barang agaknya kot.' bisik hati Safiya.
Kakinya laju berjalan ke arah pintu rumahnya. Kunci pintu juga dibuka.
Uwekkk.. Uwekkk..
"Astaghfirullahalazim! Anak siapa ni?" terpempan Safiya melihat bayi kecil di depan pintu rumahnya.
Dia menoleh ke kiri dan kanan melihat jika ada orang yang ada di kawasan itu. Tetapi malangnya tiada sesiapa.
Bayi kecil itu diangkat dengan berhati-hati. Haikal yang tadinya gembira untuk makan kini tidak lagi tersenyum.
"Ma, ni baby siapa?" soal Haikal pelik.
"Mama pun tak tahu."
Bayi kecil itu dibawa masuk ke rumah. Masih berbaju dan berselimut, memang dirancang agaknya. Tetapi bayi ini nampak baru beberapa minggu usianya.
Kain selimut itu dibuka, sekeping nota terselit disebalik selimut itu.
Mohon jagakan dia untuk saya.
Terima kasih.Kelengkapan bayi juga ada disertakan di dalam beg kecil. Ada bekas susu yang kecil, beberapa keping lampin bayi dan 2 helai baju berwarna pink.
Tangisan bayi yang tadinya kuat kini tidak kedengaran. Tertidur rupanya budak ni.
Raut rupanya seperti kacukan arab.
Cantik.
Tetapi si cantik ini tiada keluarga sekarang."Tak apalah sayang, mulai harini duduk dengan mama ye." kata Safiya perlahan lalu mengucup pipi gebu itu.
Satu perkara yang pasti, dia tidak akan beri anak ini kepada rumah anak yatim. Dia mahu menjaganya sendiri memandangkan dia juga tidak punya anak perempuan.
•••••
"Assalammualaikum." pintu rumah dibuka oleh Hilmi.
"Sayang? Haikal?" panggil Hilmi sedikit kuat.
Bunyi air di tingkat atas menunjukkan bahawa ada orang di atas. Hilmi mula mengorak langkah je biliknya.
"Sayang, tadi ab- ni anak siapa ni sayang?" riak wajah Hilmi jelas menunjukkan dia terkejut melihat keadaan Safiya yang sedang memandikan bayi kecil dipangkuan.
"Panjang ceritanya abang, nanti Fiya cerita eh. Fiya nak lap badan si montel ni dulu." jawab Safiya tenang.
"Mana Haikal? Tak nampak pun." soal Hilmi lagi sambil matanya meliar mencari susuk tubuh kecil itu.
"Dia ada dalam bilik tengah main mainan dia. Haikal merajuk mama layan baby daripada layan dia." jelas Safiya kemudian bayi itu ditunjukkan kepada suaminya.
"Tadi lepas abang pergi kerja, ada orang tekan lonceng rumah. Ingatkan abang tertinggal barang.." Safiya mula menerangkan peristiwa yang berlaku pagi tadi.
"Boleh tak kalau kita jaga je budak ni? Fiya macam dah jatuh sayang pula tengok dia bang. Kesian dia tak ada keluarga. Boleh kan bang?" soal Safiya lembut. Tangannya bermain dengan pipi bayi itu.
"Em boleh. Tapi kita kenalah buat laporan polis dulu, banyak benda nak kena settle sebelum jadi anak angkat." balas Hilmi. Dia juga turut setuju dengan cadangan isterinya.
"Betul ni bang? Yes! Hehehe, tapi kita kena fikir nama tau untuk baby ni. Nak letak nama dia apa eh?"
"Sarah.. Sarah Dania."
Finally, new Sarah has begin!
Enjoy! Thankyou for reading!
Jangan lupa vote okay! ❤️
YOU ARE READING
SARAH [E]
Romance[EDITING] Kisah seorang gadis bernama Sarah Dania. Seorang perempuan yang persis arab. Sikapnya yang terlalu naif membuat ramai yang mengambil kesempatan terhadapnya. Sarah sering dibuli, dihina dan dipulau oleh orang sekeliling kerana latar belaka...