Bab 4

1.2K 41 2
                                    

SARAH
'Mengapa benci bila dah cinta?'

"Kau tahu tak berapa lama aku tunggu kau kat sini?" soal Haikal. Jelas riak wajahnya yang ketat ditayangkan pada Sarah.

Sarah sudah tak keruan, risau jika abangnya bakal mengamuk.

"S-Sarah lupa yang papa ada cakap pasal abang tunggu Sarah kat sini. Sorry. Sarah tak sengaja." kata Sarah. Kepalanya tidak diangkat kerana terlalu takut.

"Apa je yang kau tak lupa? Semua kau lupa! Lupa diri pun ye jugak!" sindir Haikal lalu mengukir senyuman sinis.

Riak wajah Sarah terus berubah kelat.

"Dah tak payah nak buat muka sangat, aku dah penat dari tadi tunggu kau. Kau angkat beg kau cepat masuk kereta. Kalau tak aku tinggal kau kat sini." ugut Haikal sebelum beredar dari situ.

Sarah yang mendengar ugutan itu segera mengutip semula beg tangan dan bagasinya. Laju langkah Sarah untuk mengejar Haikal yang semakin jauh.

Selepas dia berjaya mengejar langkah Haikal, barulah dia berjalan seperti biasa. Tidak lama kemudian, mereka tiba di kawasan parkir kereta. Luasnya jangan cakap. Boleh sesat kalau tinggal Sarah seorang tadi.


'Ahhh, penatnyaaa!'


"Woi! Duduk depan ah. Kau ingat aku driver kau ke nak senang-senang baring kat belakang. Kau duduk depan sekarang!" jerkah Haikal.

'Alahai, benda kecil pun nak sakit hati ke? Boleh je cakap elok-elok!' gumam Sarah dalam hati. Mukanya jelas menyampah dengan sikap abangnya itu.

"Ha! Buatlah muka tu, aku debik jugak baru tahu. Dasar anak kutip!"

Sarah hanya menghiraukan kata-kata Haikal dan menutup matanya. Penat. Tak kuasa nak layan sindiran Haikal.

×××××


"Hei perempuan, bangunlah! Sampai bila kau nak suruh aku kejut kau. Ingat kau seorang je penat?" perli Haikal.

Sarah membetulkan rambutnya yang sudah serabai sebelum menoleh kearah Haikal.

"Err, sorry."

Bagasi miliknya dikeluarkan dari but.

'Em not bad, lawa jugak rumah dia ni.' bisik hati Sarah.

"Termenung apa lagi tu, kau nak masuk ke tak? Kau tahu tak dah pukul berapa sekarang?!" jerkah Haikal.

Baru dia perasan yang Haikal sudah tunggu di depan pintu.

"Er, ya ya. Kejap." kata Sarah lalu menarik bagasinya masuk ke dalam rumah.



"Ni bilik kau, sebelah ni bilik aku." kata Haikal sambil menunjuk ke arah pintu sebelah biliknya.

"Dengar sini eh, aku taknak kau sibuk hal aku. Kau buat hal kau, aku buat hal aku. Aku dengar kau buka mulut kau kat mama papa, tahulah nasib kau. Faham?" ugut Haikal.

Belum sempat Sarah mengangguk, Haikal menyambung lagi.

"Ha lagi satu, rumah aku ada peraturan. Tepat pukul 8 malam, aku tahu kau dah ada dekat rumah. Atau lebih tepat lagi, dekat dalam bilik. Sebab aku taknak tengok muka kau. Faham?"

Sarah menganggukkan kepalanya.

"Aku tanya, jawablah pakai mulut. Faham ke tak?!" soal Haikal lebih kuat.

"Y-Ye, faham." jawab Sarah perlahan.


...............




"Ahh, morning!" ucap Sarah sebelum menguap panjang.

Jam disebelah meja dikerling sebelum matanya menjadi segar.

"Dah lambat!!"

Sepantas kilat Sarah berlari anak untuk menyiapkan diri. Hari ini merupakan hari pertama Sarah untuk mendaftarkan diri sebagai pelajar.

Rambut yang basah terpaksa disikat begitu saja. Hanya tinggal 25 minit untuk ke sana.


Damn..


Kelibat abangnya tak kelihatan. Jam dikerling sekali lagi, 7.38 pagi.

Sarah mengetuk pintu bilik Haikal beberapa kali, tetapi tiada respon. Sarah cuba untuk memulas tombol pintu bilik itu.


Ktakk..


'Tak kunci pun..' bisik hati Sarah.

Kepalanya cuba dijengah masuk ke dalam bilik. Tetapi bayang Haikal masih tidak kelihatan. Pintu bilik itu terus dibuka besar.

'Langsir pun tak buka lagi. Apalah dia ni, bangun pagi tapi biar bilik ni gelap.' bebel Sarah dalam hati sambil membuka tirai langsir itu.

Baru sahaja dia ingin menoleh, suara garau menyapa telinganya.








"Kau buat apa dalam bilik aku?"





Late update 😭
Sorry and enjoy!
Vote yaaa! ♥

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 11, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SARAH [E]Where stories live. Discover now