Bab 3

1.2K 31 2
                                    

SARAH
'Mengapa benci bila dah cinta?'

"Sarah, hari tu Sarah ada apply universiti kat UK kan?" soal papa lembut.

"Ha ada, tapi resultnya Sarah belum check lagi. Harap-harap dapatlah." jawab Sarah sopan.

"Oh, tak payah risaulah Sarah, ni ha papa ambil dari peti surat tadi. Rasanya memang rezeki Sarah lah dapat sambung kesana." terang papa sambil mengulurkan sepucuk surat kepada Sarah.

Sarah jelas terkejut dengan kenyataan yang papa beritahu tadi, rasanya minggu depan baru tahu jawapan dari universiti tersebut. Mungkin silap tengok tarikh kot.

Surat yang dihulur tadi bertukar tangan. Sarah membuka isi surat itu dan membaca kandungannya. Selepas beberapa saat, Sarah tergamam. Air mata mula bergenang.

"Laa, kenapa nangis ni sayang. Tak suka ke dapat tawaran tu?" soal mama yang baru tiba.

"Bukan tak suka, tapi gembira. Sarah tak sangka Sarah dapat tawaran ni. Alhamdulillah."

Air mata dikesat perlahan dan senyuman manis terukir dibibir merah itu. Mama dan papa juga senang hati melihat anak perempuannya bakal melanjutkan pelajaran di tempat yang bagus.

"Mama dah beritahu pada abang yang kamu dapat tawaran ni. Mama cadangkan kalau Sarah nak terima tawaran ni, Sarah duduk je dengan abang kat sana. Tak adalah mama dengan papa susah hati fikirkan kamu.  " jelas mama.

Sarah agak gelisah dan resah apabila mama menyuruhnya untuk tinggal bersama abangnya di sana.

'Ini gila, tak mungkin aku dengan abang duduk serumah? Abang benci dengan aku, mesti teruk keadaan nanti. Ahhh macam mana ni! Matilah aku!! Mama tolonglah ubah fikiran!' bisik hati Sarah.


"Sarah? Sarah setuju tak dengan cadangan mama ni? Mama bukan apa, mama taknak lah apa-apa terjadi pada kamu. Itu negara orang, bahaya tinggalkan Sarah seorang macam tu je. Jadi macam mana?" soal mama kembali.

"Sarah.. Sarah s-setuju mama. Tapi mama dah bagitahu abang ke belum?"

"Kejap lagi mama bagitahu dia. Jangan risau, mesti dia setuju. Sarah flight minggu depan kan? Ha, kejap lagi dah boleh packing baju untuk kesana. " kata mama.

"Haih dah besar anak kita seorang ni. Dah nak sambung belajar, nanti nak kahwin pula. " kata papa sambil memberi senyuman kecil.

Sebak pula hati Sarah bila memikirkan mereka bakal berpisah buat sementara waktu. Air mata yang mahu keluar itu ditahan sebolehnya agar mama dan papanya tidak dapat menghidu kesedihan yang melanda didalam hatinya.


×××××



Minggu seterusnya..



"Sarah, sampai negara orang jangan lupa jaga diri baik-baik. Kami jauh kat sini tak boleh nak menjenguk Sarah selalu. " pesan mama sambil memeluk Sarah.

"Baik ma. Mama jaga diri elok-elok ya. Sarah dah tak ada nak teman mama pergi pasar, kemas rumah semua. Mama jangan buat kerja banyak sangat. Jaga makan minum ya. " pesan Sarah pula.

Air mata sudah berlinangan kerana ini adalah kali pertama mereka berpisah jauh. Papa disebelah hanya memerhati mereka berdua sebelum dia turut mencelah.

"Yalah Sarah. Jangan risaukan kami, kamu tu jangan pula tak jaga makan dan minum. Jaga diri ya. Abang Haikal tunggu nanti dekat airport. Jangan lupa. " pesan papa pula.

"Baik pa. Sarah pergi dulu ya. Assalammualaikum. " pamit Sarah selepas bersalaman dengan kedua orang tua itu.

Berat hati nak meninggalkan mereka. Tapi apakan daya, dia perlu mengejar cita-citanya! Dia perlu mengorbankan masa untuk mencapai apa yang dia mahukan.

England, I'm coming!


×××××






Selepas berpuluh jam, barulah pesawat yang dinaiki itu mendarat di Heathrow Airport.

Ahhh dinginnya cuaca disini. Sejuk!

Kakinya melangkah masuk ke dalam airport. Sekarang sudah jam 2.30 pagi. Risau jika dia tidak berjaya mendapatkan teksi  ke hotel terdekat.

Pintu gerbang yang tertulis Arrivals di hadapan agak lengang dan tidak begitu padat. Kakinya terus dihayun tanpa melihat sekelilingnya lagi.

Selepas kaki Sarah menjejaki pintu utama airport itu, barulah dia tersedar yang dia sepatutnya perlu balik bersama Haikal!

Kepalanya diketuk beberapa kali sebelum berlari dengan bagasinya sekali.

'Sarah! Macam manalah boleh lupa ni! Matilah aku.'

Laju Sarah berlari ke dalam untuk mencari abangnya. Risau jika abangnya dah menunggu lama. Maklumlah, sudah hampir setengah jam pesawat mendarat.

Matanya meliar ke seluruh pelosok ruang di situ, tapi masih tidak jumpa sosok badan Haikal. Ahh matilah kalau macam ni.

Dia terus terduduk di kerusi yang berdekatan di situ. Selepas satu jam menunggu akhirnya dia mengalah. Mungkin abangnya tertidur ataupun sudah pulang ke rumah semula kerana terlalu lama menunggu kehadirannya tadi.

Baru sahaja dia mahu berpusing, tubuhnya merempuh seorang manusia dan beg yang dibimbit dan bagasi tadi berselerak diatas lantai.

Sarah terus mengangkat mukanya untuk melihat gerangan orang yang dilanggarnya tadi. Terbuntang mata Sarah apabila melihat tuan badan itu.



"Kau ni memang tak habis-habis nak menyusahkan aku!"




































.

SARAH [E]Where stories live. Discover now