SARAH
'Mengapa benci bila dah cinta?'8 Tahun berlalu..
"Haikal buat apa dengan adik ni. Ya Allah, tengok apa dah jadi." marah Safiya melihat aksi anak sulungnya.
Habis muka Sarah diconteng dengan pen marker. Berwarna-warni!
Sarah pula tidak pernah membantah kemahuan abangnya itu. Dari dulu sampailah sekarang, Haikal akan mengerjakan Sarah.
"Sarah meh sini mama tengok muka tu." panggil Safiya lembut.
Sarah jalan perlahan ke arah ibunya. Muka yang sudah dipenuhi dakwat itu dibelek sebentar sebelum dilap menggunakan tisu basah.
"Haikal minta maaf dengan adik cepat. Mama tak suka tengok Haikal buat perangai macam ni eh. Berapa kali mama kena tegur? Masih lagi nak mengusik adik." bebel Safiya.
"Sarah yang sibuk nak duduk dekat masa abang buat kerja sekolah. Bukannya salah abang pun." nafi Haikal lalu menjeling ke arah Sarah.
"Tak adanya. Minta maaf sekarang sebelum mama panggil papa." ugut Safiya.
Masak sungguh dengan anak teruna seorang itu yang lebih takut dengan si suami berbanding dirinya.
"Yelah, yelah. Maaf." ucap Haikal laju.
Belum sempat berkata apa-apa, Haikal laju memecut ke bilik tidurnya.
Maklumlah, usia si kecil yang 10 tahun nak dibandingkan dengan usianya yang sudah 33. Sudah pastilah si kecil itu lebih pantas."Sarah, lepas ni mama tak nak Sarah ikut je bila abang nak buli Sarah. Faham tak?"
"Faham mama." jawab Sarah lembut.
Kenapalah anak seorang ni terlalu baik.
Sejuk betul mata memandang.•••••
15 Tahun seterusnya..
Sarah sudah berumur 20 tahun. Dia sedang menunggu tawaran sambung belajar kerana baru lepas menamatkan pengajian STPMnya.
Jika dia kebosanan, memang dia akan mengemas rumah memandangkan dia tidak berminat untuk menonton televisyen mahupun bersosial.
Sudah berjam-jam mama dan papa keluar. Mereka masih diluar kerana urusan kerja. Sarah juga mula sesi mengemasnya di ruang tamu.
Sedang dia menyapu, bulu penyapu itu terkena pada jari kaki Haikal yang sedang tekun menekan papan kekunci laptop.
"Woi! Kau tak nampak ke aku tengah buat apa ni? Semaklah. Nak sapu tu sapu jelah tempat lain!" tengking Haikal.
Sarah terkedu apabila ditengking. Beginilah nasibnya bila bersua dengan abang seorang ni. Walaupun dia cuba untuk berbaik, pasti pengakhirannya akan mengguris hati.
"Sarah minta maaf, Sarah cuma nak-"
"Cuma nak apa? Cuma nak sakitkan hati aku? Macam tu?" potong Haikal.
"Bukan macam tu abang. Sarah nak bersihkan habuk yang ada ni je. Tak terniat pun nak kacau abang." jelas Sarah. Tangannya masih lagi menyapu dibawah meja itu.
"Tak payah nak abang sangatlah! Aku tak suka. Bukannya kau tu adik aku pun. Entah anak siapa kau ni. Sedar sikit diri tu." perli Haikal pedas.
Laptopnya ditutup dan dia mula mengemas barang-barangnya. Penyapu ditangan Sarah dirampas lalu dicampakkan ke lantai.
Makin lama dia duduk situ, makin sakit hatinya melihat Sarah. Menyampah!
"Kenapa abang benci sangat dengan Sarah. Sarah minta maaf kalau Sarah ada buat salah. Sarah tak terniat pun nak buat aba-"
"Abang, abang! Aku bukan abang kaulah! Tak faham ke apa?! Sini kau, aku bagi kau faham." tangan kecil milik Sarah direntap kuat lalu ditarik ke arah kolam di tepi rumah.
"Kau nak panggil aku abang lagi ke tak? Cakap cepat!" tengking Haikal. Tangan Sarah masih didalam genggamannya.
"Lepaskan tangan Sarah, sakit. Ab- Arghhhh!"
Splash!
Tubuh kecil itu ditolak kuat ke dalam kolam. Tercungap-cungap Sarah mencari udara selepas ditolak ke dalam kolam. Air matanya bergenang kerana diperlakukan sebegitu rupa.
"Aku dah cakap, jangan panggil aku abang! Kau nak cabar aku sangat kan?" soal Haikal.
Jelas wajahnya menunjukkan dia sedang marah.
Sarah hanya menggeleng kepala. Kepalanya juga ditundukkan. Tidak berani memandang muka abangnya yang sedang menyinga.
"Kau naik sekarang!" arah Haikal membuatkan Sarah cepat-cepat keluar dari kolam itu.
Disebabkan Sarah memakai baju berwarna putih, pakaian dalamnya lebih jelas selepas baju itu basah.
Mata Haikal tertancap pada tubuh badan Sarah. Potongan badannya yang ramping itu membuatkan halkumnya turun naik. Nafsunya mula berkocak.
"Pergi tukar baju sebelum aku terkam kau."
Done!
Thanks for reading my book! ❤️
YOU ARE READING
SARAH [E]
Romance[EDITING] Kisah seorang gadis bernama Sarah Dania. Seorang perempuan yang persis arab. Sikapnya yang terlalu naif membuat ramai yang mengambil kesempatan terhadapnya. Sarah sering dibuli, dihina dan dipulau oleh orang sekeliling kerana latar belaka...