Semasa aku memasuki class, Faz sudah bersedia mengemas barang untuk start class. Dia tidak memandang aku langsung. Mungkin sebab dia terlampau sibuk dengan preparation untuk slide hari ini. Tapi serious aku cakap aku rindu sangat nak tengok muka dia.
Mentang-mentang dia tunang kau..
Tunang... Tak percaya lecturer aku yang kacak and sexy ini tunang aku. Indahnya kehidupan. Kemudian ayat terakhir Faz ucapkan kepadaku terngiang kembali ke dalam kepala otak aku.
Sayang....OMG Aku cair lagi....
Sebelum sempat aku menjadi tompokan air disebabkan kata-kata Faz malam tadi, dua orang bimbo telah melambai-lambai tangan dekat aku. Aku terus berlalu ke mereka dengan perasaan malu.
Ye la! Dah tentu-tentu satu class ni nampak macam mana aku pandang Faz tadi. Dah lama, pastu pandang macam aku nak terkam si Faz saja.Aku dapat melihat dari hujung mataku yang Shasha membuat muka bencinya padaku dan mula membisik pada kawannya sebelum ketawa seperti mak lampor. Nampak sangat dia tengah kutuk aku. Tapi apa aku kisah, aku tak kacau hidup dia pun!
"Wei sengal! Asal kau pandang prof Yusuf macam tu hah? Kau tahu tak rupa kau tadi macam serigala tengah kelaparan dan prof Yusuf tu macam steak kegemaran kau! Mahu nightmare prof tengok kau! Aku yang perhati ini pun dah naik seram!" kata Farah sambil membisik dengan kuat kepadaku.
"Ye la, betui cakap Farah ni. Yang hang gi pandang prof camtu awat? Hang jangan memain eh! Hang dah bertunang, si prof pun dah tunang. Tak memasai ada yang kena pelesing dek tunang memasing kang" marah Kiki pula.
"Ala.. Aku ni dah lama tak nampak prof sebab tu aku pandang prof Yusuf tadi. Nak melepaskan rindu katakan" selorohku padahal memang betulpun aku rindu dengan prof. Rindu nak tatap wajah kacaknya and mata birunya yang memukau tu.
"Kau... jangan kau sangkut sudah. Kang tak memasal ada yang tak menjadi buat nasi minyak kang. Aku dahlah mengidam nak makan nasi minyak kau" nasihat si Farah. Apa punya alasan da.. Bukannya risau aku yang tak jadi kahwin tapi risaukan diri dia tak merasa nasi minyak aku.
"Dah lah. Kang si prof tu naik hantu, kang kita semua kena." kata Kiki merungkaikan perbualan sengal Farah dan aku. Aku pula terus memandang depan dan bersedia untuk belajar aka melihat sexy lecture/my fiancè mengajar.
-----------------
Geram adalah perasaan aku sekarang ini. Why? Ini semua pasal Faz. Kalau bukan sebab dia siapa lagi?!
Semasa waktu slide dia tadi dia langsung tak pandang aku! Paling teruk, masa aku nak tanya soalan, boleh pulak dia buat dek. Budak lain tanya soalan boleh pulak dia jawab. Apa kes dia sebenarnya?!
Bukan itu saja, malah selalunya aku selalu tolong dia bawak barang dia tapi hari ini dia minta budak lain. Budak perempuan lak tu. Stressnya aku!!!
"Wei Na! Kau dah kenapa? Dari tadi berangan aje kerja. Kau baru lepas gaduh dengan tunang kau ke apa?" tanya Farah sambil tangannya mengacau air fresh orange miliknya. Sekarang kami berada di cafe yang terdapat dekat Bangsar. Cafe dia boleh tahan famous jugak. Artis pun sering datang sini. Kitorang datang sini saja sebab nak tukar angin, sebab dah bosan dengan cafe dekat Uni tu.
"Macam mana kau tahu?" tanyaku pada Farah. Nampak sangat ke?
"Kau tahu tak muka kau sekarang ini macam naga berapi tau. Tunggu masa saja nak meletup" Kata Farah lalu menyedut air minumannya menggunakan straw.
"Ahh!! malaslah cerita pasal dia"kataku. Muka menyampah terserlah di wajahku.
"Hang tu baru saja tunang, hok ni dah gaduh dah. Tak patut, tak patut" marah Kiki sambil menggeleng kepala.
YOU ARE READING
My Sexy Lecturer
RomanceNur Hanana Bin Jamal, seorang gadis luar bandar yang baru menginjak umur ke-19 dan bakal siswi di universiti terletak di Kuala Lumpur, pusat bandar Malaysia. Bagaimana kehidupan Nana sebagai seorang siswi? Malah, dengan sikapnya yang sengal dan sena...