Part time

37.6K 694 23
                                    

A/N: Sebelum korang start baca, author nak cakap thank you kepada semua readers untuk 30k!! Walaupun vote nya sikit(buat muka sedih)😭😭😂 author tetap bersyukur. 😊😊Teruslah sokong cerita tak seberapa ini ya😂😂😂🙇🏻‍♀️🙇🏻‍♀️
~~~~~~~~~~~

Kini sudah masuk dua minggu Faz tidak hadir ke Uni. Dia ada beritahu aku yang dia ada hal dengan papa dia. Dengar cerita dari mama yang papa Faz kini ada dekat luar negara iaitu negara asal dia dekat US urus hal tender syarikat dekat sana. Lagi seminggu aku akan ditunangkan dengan Faz. Rasanya rasa risau lebih banyak dari rasa tak sabar. Yela hati orang senang berubah lagipun zaman sekarang macam-macam boleh berlaku.

Sejak seminggu lalu aku berjaya dapat kawan baru yang sebaya dengan aku. Kiki dengan Farah. Budaknya baik, kelakar walaupun free hair mereka masih jaga aurat mereka yang lain. Merekapun dari luar bandar juga sama dengan aku cuma diorang tak mudah terpengaruh. Kawan dengan diorang buatkan aku rindu kengkawan dekat sekolah menengah dulu.

Seminggu ini jugaklah aku dah mula kerja sambilan. Ini sebab Kiki dan Farah kerja tempat yang sama dan tempatnya memang ada kekosongan. Aku pun mahu mencari duit tambahan. Senang kalau nak beli apa-apa barang tanpa risau duit cukup atau tidak. Lagipun Kiki pandai bawak kereta jadi dia yang jemput dan hantar aku dan Farah pulang.

Aku tidak memberitahu Faz tentang kerja sambilan aku. Satu sebab aku takut dia tak izinkan dan marah. Dua sebab aku malas nak kacau dia. Lagipun dia busy dengan hotel dan syarikat family dia. Sekarang dia pun ada dekat luar negara. Selain itu, masa aku bekerja aku terserempak dengan Zul. Dia meminta maaf ke atas kesalahan abang dia. Rupanya Adam itu abang tirinya. Dia juga cerita yang Adam dulu bekas siswa dekat Uni ni tapi telah dibuang sebab kes dadah dan rogol yang dicerita oleh Faz padaku. Bapaknya Zul telah membuang Adam dari keluarganya dan kini Adam tinggal dengan kengkawan dia dan masih tidak insaf dengan kelakuannya malah mengulanginya lagi dan mangsanya ialah aku. Dia pun tidak tahu bagaimana Adam boleh datang ke rumah dia. Dia tidak pernah mengajak abang tirinya itu malah sejak dibuang keluarga tidak pernah sekali dia datang jejakkan kaki ke rumah itu.

Selepas kejadian malang itu, Uni kecoh dengan cerita aku bercinta dengan Faz, ada juga yang menyangkal dan berkata Faz kini bercinta dengan Shasha kerana dia datang bersama Shasha ke majlis itu. Namun mereka juga berkata yang Faz kini sudah putus tunang disebabkan curang dengan Shasha. Kesimpulannya, satu Uni memikirkan Faz dan Shasha bercinta sehingga Faz sanggup putus tunang dan Faz hanyalah menyelamatkanku kerana aku pelajarnya. Sedih? Adalah sedikit tapi aku berasa lega sebab mereka tidak akan tahu yang aku inilah bakal tunang Faz. Ramai juga senior yang tidak puas hati dengan Shasha dan memaki hamun Shasha.

'Nasib kau lah Shasha, kau yang cari bala'

'Nana! tolong ambil oder meja sepuluh'jerit Farah sambil membawa dulang yang berisi makanan sebelum berlalu ke meja sembilan. Aku lalu mengeluarkan buku dan pen dan membetulkan uniform kerja dan topiku yang kini berada di atas kepalaku. Rambut yang kuikat kemas ku rapikan sebelum berlalu ke meja sepuluh.

'Welcome to Portellini's cafe. How may I help you?'ucapku dengan bahasa English yang lancar. Maklumlah yang cafe aku kerja ini adalah tempat yang boleh dikatakan high standard dan hanya menyediakan makanan barat sahaja. Harga makanan dia pun boleh buat aku pengsan tapi yang sedap gaji dia mahal gila. Bayangkan kerja part time je dah RM 1200 tu bukan lagi full time. Cuma kerja dekat sini strict dan letih la jugak. Kalau time ada pelanggan yang cerewet memang rasa macam nak berhenti je tapi gaji mahal tak sanggup pulak rasanya.

'Hai Nana'

----------------

Sejak Zul dah meminta maaf pada aku hari itu aku dah mula berkawan dengan dia. Dia bukanlah seperti lelaki yang aku sangka. Dia baik dan peramah plus lawak gila. Apatah lagi dia juga adalah pelanggan tetap dekat tempat kerja aku jadi kitorang semakin rapat dan rapat.

My Sexy Lecturer Where stories live. Discover now