Roommates

50.2K 431 3
                                    

'Nah.. ni kunci bilik kamu 2013 tingkat dua ye' kata pengurus apartmen sambil menghulur kunci padaku.

'Terima kasih Puan' kata ku pada makcik yang berumur dalam lingkungan 50 tahun ke atas.

Aku berlalu dari situ dan menuju ke kereta milik ayahku dimana kak long, ibu dan ayah berkumpul. Adik lelakiku tidak dapat datang kerana dia sekarang berada di asrama dan abangku pula sibuk bekerja.

'Dah dapat kunci bilik dah?' tanya ibuku sambil mengelap peluh di dahi. Al-maklum Malaysia kan 'hot'.

'Dah.. bilik 2013, dekat tingkat dua.' jawabku sambil mengambil koperku didalam bonet. Ibu dan kak long juga menolong aku mengamgkat barang-barangku ke dalam

-------

'Kak lang duduk sini baik-baik tau. Belajar rajin-rajin. Jaga diri baik-baik. Anak ibu ni dah besar, dah masuk U.. Jangan lupa alang-alang cari la mak calon menantu jugak' kata ibu sambil tergelak.

'ibu... ibu tau kan kak lang tak nak kahwin.. lagipun tak ade sapa nak kak lang.. lelaki zaman sekarang nak perempuan yang cantik.. kak lang ni biasa-biasa je' jawabku sambil mengelap air mata.

aisshh..Nana ko ni emo sangat la..sikit nak namgis.. macam ko tak jumpa ibu ko lagi dah padahal Negeri Sembilan ngan Selangor bukannye jauh pon.

'eh! sapa cakap orang tak nak.. ramai je kawan ibu yang nak anak ibu ni.. kak lang tu yang taste tinggi sangat.. nak cam omputih lah.. macam artis la.. model la..memang la orang tak nak!' Perli ibu kepada ku.

'haha.. ok.. ibu kalau ade la kawan ibu yang ade anak hensem macam orang korea, body tough macam mat salleh, mata biru, Kak lang setuju nak kahwin.. Kalau tak, kak lang akan jaga ibu sampai ke tua haha' challenge ku kepada ibu.

hehe mustahil ibu nak jumpa lelaki macam tu.. kalau ade pun dah kahwin hahaha

'ok,ibu setuju. deal!'
'ok,deal'

'eh.. dah-dah la tu ibunya.. melayan budak sekor ni memang ke malam kita tinggal sini, jom balik, nanti jalan jam susah'
kata ayahku. aku terus meluru ke ayah dan memeluk ayah.

'selamat tinggal ayah.. bawak kereta baik-baik.' kataku sambil menyalam tangan ayah.

'kak lang pon sama' jawab ayah.
aku lalu menyalami ibu dan kak long dan memeluk mereka erat. Kata-kata semangat mereka akan menjadi dorongan bagiku untuk menempuhi kehidupan seorang mahasiswi.

Aku melambai tanganku sambil melihat kereta ayahku semakin lama tidak

----------

'haish...penatnya' komplenku selepas selesai menyusun barang-barang ke dalam bilik.

Rumah apartmen ini mempunyai satu ruang dapur, satu ruang tamu dan dua bilik. Bilik itu dilengkapi dengan dua katil, satu di dinding dan satu lagi di tepi tingkap. Senang cerita macam bilik asrama untuk dua orang. Almari juga telah disediakan.

'mana katil yang aku nak pilih ni hah?' tanyaku pada diri sendiri.
Dahlah bebudak roommates yang lain tak ade.. takkan la aku nak memandai je pilih katil.. tapi siapa yang sampai dulu dia dapatkan?..hmm.. Ahhh!! aku pilih tepi tingkap la! nanti budak sebilik aku ni datang  baru aku tanya dia nak tidur mane.

Dengan itu, aku terus meletakkan beg sandang aku ke atas katil di tepi tingkap. Aku lalu keluar dari bilik dan duduk di ruang tamu.

My Sexy Lecturer Where stories live. Discover now