00;Teksi

60 10 2
                                    










Malam yang agak sejuk, Kelihatan ada seorang lelaki yang bernama , Jeon Jungkook sedang berjalan seorang diri untuk pulang ke rumahnya. Suasana agak sunyi dan tiada satu kenderaan pun yang lalu-lalang. Dia ingatkan nak naik teksi, tapi kereta dan motor pun tak ade, apatahlagi teksi. Biasanya ada je, tapi harini sunyi pulak. Mungkin sebab hari dah lewat malam sangat?

Tiba-tiba sebuah teksi membunyikan hon dari belakang dan berhenti di sebelah Jungkook.

"Jalan sorang-sorang ni nak kemana?" Tanya pemandu teksi tersebut.

Jungkook rasa bersyukur sekali kerana masih ada sebuah teksi! Tak perlulah dia berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya, lagipun rumah dia jauh lagi!

"Saya nak balik, ahjussi boleh hantarkan saya?" Soal Jungkook ramah.

"Dah tentu, lagipun memang kerja saya sebagai seorang pemandu teksi." Kata pemandu itu sambil melemparkan senyuman manis.

Tanpa banyak cakap, Jungkook terus menaiki teksi itu.

"Ahjussi, kenape malam ni pelik sangat?" Soalan Jungkook memecahkan kesunyian di dalam teksi itu.

"Apa yang pelik?" Soalan dibalas dengan soalan pula.

"Yelah.. Kenape langsung tak ada kenderaan lain yang lalu lalang? Sedangkan sekarang baru pukul 11:15 malam. Biasanya waktu macamni masih ada lagi kenderaan.." Terang Jungkook. Ahjussi itu hanya tergelak.

"Kamu tak takut ke jalan sorang2 tadi?" Pemandu itu tiba-tiba tukar topik.

"Tak pun. Nak takut buat apa."

"Em.." Pemandu itu hanya tersenyum mendengar jawapan Jungkook. Jungkook makin lama makin terasa kekok apabila asyik melihat pemandu itu yang hanya tersenyum dari tadi.

"Pernah nampak hantu?" Sekali lagi pemandu itu menanya soalan kepada Jungkook.

Tersentak juga Jungkook apabila mendengar soalan tersebut.

"Er.. Tt-tak pernah.." Jawab Jungkook tergagap.

Pemandu itu tersenyum lagi.

"Nak tengok?"

Mata Jungkook terus membutang sebaik sahaja mendengar kata-kata pemandu itu.

"Hah? A-apa maksud..Ahjussi??" Soal Jungkook cemas.

Pemandu itu mula memberhentikan teksinya di bahu jalan. Jungkook agak terkejut dengan tindakannya.

"Ahjussi ni dah kenapa?!" Suara Jungkook mula tinggi akibat ketakutan.

"Kamu.."

"Nak..Tengok.."

"Hantu?"

Pemandu itu perlahan-lahan memalingkan mukanya ke arah belakang, tempat duduk Jungkook.

Tiba-tiba pemandu itu menanggal kepalanya betul-betul depan mata Jungkook! Jungkook yang menyaksikannya terus menjerit.

Keesokkan paginya,

Orang ramai menemui mayat Jungkook di bahu jalan. Mayat Jungkook ditemukan dalam keadaan yang agak mengerikan kerana... Kepala dan badannya ditemui di berlainan tempat. Manakala perutnya terburai sehingga menampakkan usus.
















                            _________________
                                Vomment?

※Seram Ke ? || K-idol※Where stories live. Discover now