Bultaoreune , Fireeeee ! ~
Bunyi deringan telefon milik Namjoon berbunyi menandakan seseorang sedang menelefonnya. Di atas screen telefon tersebut tertera nama 'Jin' , housematenya.
"Hello? Ade apa call aku ni?"
"............"
"Lah, patutlah lambat balik. Kau ada kat mana sekarang ni?"
"............"
"Ha ya, nanti aku pegi ambik kau. Kau duduk situ diam-diam, jangan pergi jauh-jauh pulak! Tunggu je aku tau.. Lagipun dh lewat malam ni."
Namjoon terus mematikan panggilan tersebut. Sebenarnya Jin menelefon Namjoon supaya Namjoon menjemputnya di tempat kerja. Keretanya rosak, tambahan pula hari sudah larut malam jadi tiada teksi mahupun bas yang lalu-lalang di kawasan itu.
Setibanya di tempat kerja Jin..
Jin terus menaiki kereta Namjoon sebaik saja Namjoon tiba.
"Semalam kata tidur kat tempat kerja, tiba-tiba je balik ni, kenapa?" Tanya Namjoon sambil meneruskan pemanduannya.
"Tak jadi. Dah semua orang balik.. Takkan aku sorang je nak tidur?"
"Hm betul juga tu," Namjoon mengangguk-angguk kepalanya.
"Namjoon... Kedai 24 jam kat depan tu, bukak tak? kalau bukak berhenti jap, pastu tolong beli air untuk aku.. Tekak aku tiba-tiba rase haus pulak." Kata Jin.
"Pabo! Dah nama pun kedai 24 jam mestilah bukak.." Bentak Namjoon. Namjoon hanya mengikut saja kata-kata Jin, disebabkan Jin kawan baikknya, dia pun berhenti di kedai 24 jam dan keluar untuk beli air.
Beberapa minit kemudian.. Dia pun kembali semula ke keretanya dan meneruskan perjalan untuk pulang ke rumah.
Tiba-tiba,
Bultaoreune , Fireeee ~
Telefon Namjoon berbunyi. Namjoon terkebil-kebil mengambil telefonnya yang diletak di dalam poket seluarnya. Tanpa melihat siapa yang callnya, dia terus menjawab,
"Hello, annyeong.." Jawab Namjoon malas.
["Jadi ke tidak nak ambik aku ni?"]
"Hah? Nuguya?".
["Ni jin lah.. Jadi ke tak nak ambik aku? dah lame aku tunggu kau niyh.."]
Namjoon terkaku. Jin? Kalau yang menelefonnya ini Jin, siapa pula yang berada di sebelahnya? syaiton?
Namjoon menelan air liurnya. Perasaan takut mula menyelebungi dirinya. Sekali lagi telefonnya berbunyi. Dia melihat nama pemanggil tesebut, 'Jin'.
Badannya mula terketar-ketar. Apa yang perlu dia lakukan sekarang?
"Kenapa tak angkat panggilan tu, Namjoon?" Tanya Jin selepas melihat Namjoon yang hanya membiarkan saja telefon itu berbunyi tanpa menjawab.
"Ah? Er.. Bb-biar jelah.." Terketar-ketar suara Namjoon hendak menjawab. Badannya mula berpeluh.
Jin hanya tersenyum senget.
"Kenapa dengan kau ni? kau takut ke? atau, kau dah tahu sesuatu?" Tanya Jin sambil matanya tepat memandang Namjoon.
Namjoon tersentak.
"Namjoon, aku tanya kau ni.." Tanya Jin.
Nafas Namjoon mula naik turun naik turun. Gementar.
"HAHAHA! SAH! KAU TAHU SESUATU TENTANG AKU KAN?" Jin secara tiba-tiba menerkam Namjoon sehingga menyebabkan Namjoon hilang kawalan.
Dan akhirnya,
Kereta Namjoon terbabas masuk ke dalam gaung yang junam.
Sehingga sekarang, orang ramai masih menganggap Namjoon hilang. Tiada sesiapa pun yang tahu dia telah mati. Mayat dan keretanya juga tidak dapat dikesan. Laporan polis sudah pun dibuat oleh Jin.
#Vote and comment juseyo?
YOU ARE READING
※Seram Ke ? || K-idol※
Horror※Don't be afraid ※Creepy k-idol ※Night update ※$ilent readers? Hell just go away pleaseu! ●Copy? Why not? but ask me first. PS// Sebarang persamaan adalah tidak disengajakan. ++Semua watak adalah k-idol++