Di rumah tempat ku tinggal, terdapat sebuah jam dinding besar yang digantung berhadapan dengan pintu masuk. Mula-mula waktu aku baru beli rumah itu, memang rasa macam nak buang je sebab 'creepy' sangat. Jam antik yang diperbuat daripada kayu itu sudah buruk dan nombor yang terpapar pada papan jam tersebut juga telah pudar. Tapi....disebabkan masih bokeh pakai lagi, aku mengambil keputusan untuk biarkan sahaja.
Hari ini masuk seminggu aku berpindah ke rumah ini, hidup aku okay je. Tak ada apa-apa yang berlaku. Tapi, masuk minggu ke-2......inilah apa yang aku nak ceritakan pada malam ni.
Selasa malam aku tidur lambat dari biasa sebab nak siapkan thesis aku yang dah kena hantar minggu tu. Aku pun duduk la seorang diri dekat meja makan sambil mata memandang laptop. Maklumlah, sewa seorang diri.
Waktu aku tengah kusyuk menulis di dalam komputer, aku terdengar bunyi jam dinding tersebut...
Tik! Tok! Tik! Tok!
Sebelum ini memang jarum jam itu berbunyi. Namun, kali ni lebih kuat dari biasa. Bunyi dia lebih berdetak.Aku tak kisah sangat..jadi aku pun sambung je la buat kerja aku.
Tapi...untuk hari-hari yang berikutnya, aku dengar benda yang sama pada waktu yang sama. Aku dah makin pelik. Asal tiba-tiba malam je dia berbunyi kuat. Tapi....aku pun biarkan. Cadang nak bawak pergi kedai esok...nak baiki ke apa ka. Sebab buang sayang. Aku rasa benda tu berharga.
Esoknya, seperti yang aku rancang, aku mengupah orang untuk menangkat jam dinding itu untuk dibaiki. Terpaksa minta orang tolong angkat, sebab berat dia mengalahkan manusia. Pada masa yang sama, orang yang baiki jam tu tak buat perkhidmatan untuk datang ke rumah. Jadi, untuk menjamin kehidupan yang tenang dari sebarang gangguan bunyi, aku sanggup.
Petang itu, aku mendapat panggilan dari tukang baiki jam, mengatakan yang jam itu tidak rosak. Aku dah jadi hairan. Takpalah. Dia pun pulangkan balik jam dinding itu ke rumah ku.
Malam jumaat. Aku masih berjaga seperti hari yang sebelumnya. Thesis aku hampir siap. Namun....saat aku betul-betul fokus di skrin komputer, aku mendengar bunyi itu semula.
TIK! TAK! TIK! TOK!
Isssshh! Tak boleh jadi ni. Aku terus bergegas ke depan untuk memeriksa jam dinding itu.
Aku memandang jam dinding itu dengan wajah saspens. Aku terkejut apabila melihat di dalam kaca jam tersebut, muncul satu muka yang amat menakutkan!!!!!!
Matanya yang terkeluar memandangku. Mukanya merah menyala. Rambutnya bergulung di dalam kaca. Taringnya panjang dan tajam. Mulutnya terkumat kamit menyebut....TIK! TOK! TIK! TOK! TIK! TOK! Air liurnya yang berdarah meleleh keliar membasahi papan dinding.
Saat wajah itu memandangku....sebutannya makin laju dan kuat serta makin banyak darah yang tersembur keluar dari mulutnya!!
TIK!!!TOKK!!!!!!TIKKKK!!!!TOKKKKK!!!!! TIKKKKKKK!!!!!!! TOKKĶKKK!!!!!!!
YOU ARE READING
Tak Boleh Tidur?
HorrorKalau anda rasa macam anda tak buat apa-apa malam ni................. marila baca....tapi ingat. Jangan sampai kene kacau pulak malam ni. Sebab cerita-cerita pendek ni akan membuatkan anda tak boleh tidur.....😈😈👺👺👺👺👺👺👹👹👹 kalau nak lagi...