Aku merupakan seorang pelajar sekolah menengah biasa, bukan berasrama jadi aku tinggal dengan mak dan ayahku di rumah. Tandanya, aku bolehlah layan TV bila-bila masa aku free. Namun, suatu tragedi menimpaku, menyebabkan aku dah serik untuk tonton TV.
Pada hari itu, mak dan ayah pergi bercuti di Malvis meninggalkan aku dan adik-adikku di rumah di bawah jagaan kakak sulongku. Mestilah kami semua nak ikut tapi percutian itu sebenarnya khas untuk honeymoon mereka yang tertunggak hampir bertahun-tahun lamanya.
Jadi..malam itu, aku tak ada kerja sekolah. Kalau ada pon biarlah. Aku dah tak kisah. Apa lagi....on la TV. Hari tu ceria The Ring ditayangkan. Memang dah banyak kali dah aku tengok, tapi dulu-dulu waktu aku masih dalam kategori budak kecil yang takut hantu dan nak orang temankan tiap kali tengok cerita ni. Sekarang, aku nak tengok sendiri. Sendiri.
Lama-lama aku tengok tak ada apa-apa pon yang berlaku. Langsung tak ada apa-apa.
Aku dah jadi bosan waktu pertengahan cerita tu. Mungkin sebab aku dah tengom sebelum ni kan.
Tapi, waktu klimaks aku tengok. Sebab itulah babak paling seram dalam cerita tu.
Hantu tu keluar dari telaga dan kemudian masuk ke dalam tv dalam cerita tu. Mesti korang tahu kan scene tu. Okay.
Aku tengah syok tengok waktu dia keluar tapi tiba-tiba aku perasan sesuatu.
Aku perasan ada air menitik-nitik keluar dari tv. Mengalir dari dalam tv. Jadi, aku pergi dekat u tuk cek.
Aku cek kat belakang tv mana tau ada air apa-apa ke tumpah tapi tak ada apa-apa.
Aku duduk betul-betul hadapan tv tu. Tapi aku tak fokus tengok sebab aku masih nak tahu punca air tu keluar dari mana.
Aku rasa air tu. Tiba-tiba aku tengok screen. Pelik. Macam ada kaitan.
Hantu tu dah keluar dari TV dalam cerita tu....dan...dan....
Aku tak rasa plot dia macam ni? Hantu tu merangkak straight ke depan camera....iaitu depan screen aku.
Aku terdiam.
Hantu tu hanya memandang screen.
Air masih mengalir.
Tiba-tiba
Kepalanya terus keluar dengan laju merempuh screen TV aku!!!
Masuk ke dalam rumah aku!
Air melimpah-limpah keluar...
Aku menjerit
"AAAAAAAGGGGHHHHHHH!!!!!".
Dia melangkah masuk ke luar tV. Mula-mula, kaki kanan, kemudian kaki kiri......
Aku lari dengan pantas menuju ke tingkat atas lalu melihat semua adik-beradikku sudah keluar mungkin telah mendengar jeritanku.
Aku menyuruh mereka masuk ke dalam bilik mama dan abah yang kosong.
"Masuk!!!! Cepat!!!!".
Mereka menurut sahaja kata-kataku walaupun masih bingung.
Aku menutup pintu bilik. Tiba...tiba...
!Pomm!!!!!Pommm!!!
Tendangan dari luar.
"Aghhh!!!!!!", kami semua menjerit.
Air mula mengalir dari luar ke dalam bilik.
Saat kami tak sangka....
Ada bunyi di dalam bilik mak dan abah.
Rupa-rupanya, TV yang berada di dalam bilik mama dan abah terpasang.
Muncul hantu itu dihadapan screen TV tersebut seperti apa yang berlaku tadi di bawah.
Hantu itu keluar............
Dan.....
Kami hanya mampu menjerit.
YOU ARE READING
Tak Boleh Tidur?
HorrorKalau anda rasa macam anda tak buat apa-apa malam ni................. marila baca....tapi ingat. Jangan sampai kene kacau pulak malam ni. Sebab cerita-cerita pendek ni akan membuatkan anda tak boleh tidur.....😈😈👺👺👺👺👺👺👹👹👹 kalau nak lagi...