》Satu《

64 6 0
                                    

"Huh! Penat betul hari ni," keluh Aleeya sambil menghela nafas.

Peluh dingin yang membasahi dahi diseka dengan hujung bajunya. Kepenatan amat dirasai ketika ini.

"Air," ujar Faris seraya menghulurkan sebotol air mineral kepada Aleeya.

"Masyeh"

Faris mengangguk. Dilabuhkan duduk lalu dia memandang tingkah laku Aleeya. Gelengan diberikan buat gadis itu.

"Kau dapat berapa hari ni?" Soal Aleeya selepas membasahkan tekaknya.

"Adalah cukup2 makan. Kau?"

"Cukup untuk belanja seminggu. Kalau kau ada kerja lain, kau bagi tau dekat aku. Jangan nak makan sorang pula."

"Hoi!!! Makcik selama ni ada ke aku makan sorang? Aku kan selalu makan dengan kau."

Aleeya menepuk dahi. Lain yang dimaksudkan , lain pula yang dijawab pakcik ni.

"Apa kes kau dengan mamat tadi?" Tanya Faris ingin tahu.

Aleeya berkerut dahi. "Mamat mana pula".

"Ohhh, mamat kerek tu ke. Rugi betul kau tak tengok tadi. Mamat tu mengamuk gila tadi kat sana." Balas Aleeya sambil mengimbas semula peristiwa siang tadi. Tersengih2 dia tatkala mengingatinya.

"Hoi, makcik dah lah tu tersengihnya. Dah macam angan pula aku tengok," tegur Faris. "Aku balik dululah! Dah lewat malam ni. Kau tu perempuan. Tak elok balik lewat malam sangat."

"Yalah pakcik! Aku nak balik la ni. Kau pun satu, macam la tak kenal dengan kakak aku tu. Balik lambat sikit mulalah jadi nenek2."

"Haa.. kalau dah tahu, apa lagi .. syiuh..syiuh pergi balik !" Halau Faris. Seminit kemudian, dia ketawa dengan ayatnya itu.

Aleeya turut sama ketawa. Tanpa berlengah dia terus beredar dari situ.

MR.KEREK or MR.SMARTWhere stories live. Discover now