"Kau kalah lagi," kata Zarul, mengejek.
Amir memdengus kasar. Sakit hatinya mendengar ejekan Zarul.
"Selama lamanya kau akan kalah dengan aku, Amir. Kau tak ingat ke aku juara badminton di universiti dulu."
"Kau tak payah berlagak sangatlah Zarul. Aku bagi chance kat kau aje tadi. Perasan."
Zarul mencebik. Amir masih tidak mahu mengalah walaupun terang terangan lelaki itu kalah ditangannya.
"Next game, kemenangan pasti ditangan aku. Kau just wait and see saja." Azam Amir. Dia tidak mahu mengalah .
"Okey, I wait and see. Apa yang pasti, kau kalah ditangan aku," balas Zarul sinis.
Berdesing telinga Amir mendengarnya. Wajah selamba Zarul ditengok meluat😒. Sokey, hari ni kau menang. Esok lusa belum tentu lagi kau dapat kalahkan aku. Ini Amir lah.
"Aku takkan kalah Rul," ujar Amir, tenang.
Zarul menggeleng kepala . Amir masih dengan sikap tidak mahu mengalahnya. Dia kenal Amir. Sejak kecil lagi, sepupunya itu seorang yg tidak akan mengalah. Selalu nak menang. Amir juga seorang lelaki yg cerewat kalah pompuan. Dalam beberapa bulan ni, sudah berapa kali pembantu rumahnya ditukar. Ada saja yg tidak kena dimatanya. Zarul mengeluh dalam hati.
"Dah lewat ni jom balik!" Ajak Amir
Zarul terserentak. Lamunannya yg pendek berterbangan begitu saja.
"Woi, kau tak cerita lagi kat aku pasal minah tomboy tu," ujar Zarul
Terhenti langkah Amir dek teguran tu. Kenapalah Zarul tanya soalan tu? Aku nak lupa pasal tu, dia pergi tanya. Sakit hati aku belum hilang lagi dengan minah tomboy tu. Kalau aku jumpa. Taulah macam mana aku nak kerjakan dia.
"Tak penting pun!" Balas Amir kemudian terus melajukan langkah.
Zarul ketawa kecil lantas menggeleng. Pasti perkara itu memalukan Amir. Tak apa, lambat laun aku akan tahu juga, bisik Zarul kemudian mengekori langkah Amir.
YOU ARE READING
MR.KEREK or MR.SMART
Romance"Macam mana agaknya kalau kedua dua lelaki tu suka kat aku ? Mesti aku kena pilih antara mister kerek or mister smart?"-Fatin Aleeya