"Aduh! Matilah aku." Gusar Aleeya diluar rumah.
Aleeya mengetuk pintu rumahnya perlahan lahan. Takut dimarahi Aina disebabkan kelewatannya itu.
"Assala..." Belum sempat Aleeya memberi salam, tubuhnya sudah ditarik oleh Aina sehingga membuatkan dia terdorong kehadapan.
"Balik pun Aleeya. Ingatkan kamu tak ingat jalan balik tadi," sindir Aina.
"Apa akak ni? Main tarik2. Nasib baik adik tak jatuh kalau tak benjol dahi ni cium lantai!" Tegur Aleeya, keras.
"Sorry ...sorry...Akak excited sangat nak bagi tahu Aleeya."
"Kalau excited pun, janganlah macam orang dalam wad gila tu."
"Amboi, selamba betul mulut tu. Akak cili nanti baru tahu."
Aleeya tersengih. Kepala yg tdk gatal digaru. Kemudian, dibawa langkah menuju kesofa lalu melabuhkan duduk disitu.
"Akak dah dapatkan kerja untuk Leya," beritahu Aina teruja.
Bulat mata Aleeya mendengarnya. Wajah Aina ditatap minta kepastian.
"Nak kerja tak? Ofis sebelah tempat kerja akak tu nak pakai orang. Akak dah isikan borang untuk Leya. Esok Leya pergi interview ya." Cerita Aina bersungguh.
"Interview? Ala...ingatkan dah dapat terus," keluh Aleeya.
"Eh, kira bagus la tu akak dah tolong isikan borang tu."
Aleeya berfikir sejenak. Wajah kakaknya itu ditatap bersama kerutan didahi.
"Nak tak?" Tanya Aina.
"Yalah! Adik pergilah esok," jawab Aleeya.
Aina tersenyum riang. Dia bingkas bangun lalu melangkah menuju kebiliknya.
"Akak, esok pinjam baju. Adik tak ada baju yang cantik nak pergi interview tu," ujar Aleeya sebelum kakaknya masuk kedalam bilik.
"Adik carilah dalam almari akak tu nanti," balas Aina kemudian menutup pintu bilik.
"Thanks kak!" Ucap Aleeya girang. Tak sabar rasanya nak tunggu hari esok. Baik aku call Faris bagi tau pasal ni. Boleh la aku minta tolong dia hantarkan aku esok."
Tanpa berlengah, telefon bimbit Nokia 1280 dikeluarkan dari poket seluar jeannya yang lusuh. Nombor Faris didail lalu menanti panggilan dijawab.
"Pak cik!" Sergah Aleeya sebaik sahaja talian bersambut.
"Mak cik! Pekak telinga aku nanti." Marah Faris.
"Sorry aku tak sengaja. Excited ni."
"Kalau excited pun, janganlah macam orang dalam wad gila tu."
Aik! Macam ayat aku je tu tadi. Pakcik ni dengan akak aku memang ada chemistry sebenarnya. Terbayang2 persandingan kakaknya dengan Faris.
"Mak cik!" Tegur Faris sedikit meninggi.
"Ya...ya...Selamat pengantin baru Faris dan Aina," balas Aleeya.
"Woi, makcik! Sejak bila pula aku kawin dengan kakak kau?"
"Alamak! Aku terlebih berangan."
"Kau nak apa call aku malam2 buta ni? Kau tahu tak aku dalam proses nak mimpikan Mira Filzah," tanya Faris, serius. Malas bermain kata dgn Aleeya lagi.
"Apa kelas Mira Filzah. Kita main..."
"Dah...Dah...Kau nak apa sebenarnya ni?"pintas Faris laju. Lebih lama dia melayan, lagi merepek Aleeya nanti.
"Aku nak minta tolong kau hantarkan aku ke ofis kakak aku esok, boleh tak?" Beritahu Aleeya sambil menghela nafas ringan.
"Kenapa?"
"Aku dapat interview kat ofis sebelah ofis kakak aku. Jadi, aku nak minta tokong kau hantarkan aku esok, boleh?"
"Kenapa tak pergi dengan Aina?"
"Kakak aku pergi kursus esok. Takkan nak suruh dia hantar aku kut," beritahu Aleeya. Perkara itu sudah dikhabarkan oleh Aina beberapa hari yg lepas.
"Oh!"
"Boleh tak?" Tanya Aleeya inginkan kepastian.
"Okey! Duit minyak kau bayar," jawab Faris sambil ketawa.
"Ala...Dengan bakal adik ipar pun nak berkira."
"Sejak bila pula kau..."
"Esok ambik aku dalam pukul lapan pagi kat rumah" potong Aleeya lantas mematikan talian. Jika tidak dimatikan,entah apa lagi yg akan dibebelkan Faris.
YOU ARE READING
MR.KEREK or MR.SMART
Romance"Macam mana agaknya kalau kedua dua lelaki tu suka kat aku ? Mesti aku kena pilih antara mister kerek or mister smart?"-Fatin Aleeya