》Empat《

18 4 0
                                    

"Okey tak ni?" Aleeya inginkan kepastian.

Faris memerhatikan Aleeya. Dia melangkah mengelilingi Aleeya sambil memerhatikan penampilan gadis itu.

"Okey tak ni?" Soal Aleeya semula.

"Okey. Cuma..." Faris menggantungkan ayat. Wajah Aleeya ditatap penuh minat.

"Cuma apa?"

"Kalau kau mekap tentu cantik, makcik."

"Mekap?"

"Yalah, m e k a p."

Aleeya berfikir sejenak. Mekap! Perkataan itu sedang berlegar2 dalam minda. Macam mana rupa aku kalau pakai mekap? Tergeleng2 dia memikirkan tentang itu.

"Yang kau tergeleng2 kenapa?" Tegur Faris dengan dahi berkerut.

Aleeya tersengih. Kepala yg tidak gatal digaru.

"Kau nak aku pakaikan mekap kat kau tak?" Ujar Faris bernada serius.

"Eee...taknak aku. Aku ni dah cukup cantik tau. Tak payah nak bermekap mekap tu semua," tolak Aleeya tegas.

Tak dapat bayangkan bagaimana dia bergincu dan memakai maskara. Kepalanya menggeleng laju tatkala membayangkan wajahnya nanti.

"Blahlah! Kau cantik ke? Macam nyonya jual sayur kat pasar aje aku tengok," kutuk Faris, selamba.

"Amboi! Pakcik...mulut tu dah beli insurans ke? Kalau dah, aku nak cederakan mulut kau tu." Geram Aleeya seraya menunjuk penumbuk kepada Faris.

"Okey...okey...Aku minta maaf," pintas Faris laju. Kecut perutnya melihat wajah tegang Aleeya. Mahu lebam mukanya nanti dikerjakan minah tomboy ni.

"Tahu pun takut," ujar Aleeya sambil menjeling tajam.

Tergelak Faris melihat jelingan tajam Aleeya. Dia tahu bila masa Aleeya serius dan bergurau.

"Mana kau dapat baju tu?" Tanya Faris ingin tahu.

"Baju kakak aku. Ada gaya korporat tak?" Cerita Aleeya sambil menggayakan dihadapan Faris.

Baju kemeja lengan panjang berserta blazer dan seluar slek cantik tersarung ditubuh Aleeya.

"Eh makcik! Kau tahu ke jawatan apa yg kau nak interview ni?"

Dahi Aleeya berkerut tatkala persoalan itu menyapa telinga.

"Kau tahu ke tidak?"

"Err ...kakak aku tak ada pula cakap jawatan apa. Ah...lantaklah. Janji aku dapat interview ni. Bayangkan kalau jawatan yg dia tawar tu tinggi. Pergh! Kaya makcik!" Sudah terbayang2 gaji yg akan diperolehinya setiap bulan.

"Aduh! Apa ni? Suka hati saja nak ketuk kepala orang!" Marah Aleeya sambil mengusap kepala yg terasa sakit.

"Tersengih2 macam kerang busuk. Dahlah! Pergi masuk. Tak pasal2 belum interview dah kena reject," Arah Faris.

Aleeya masih lagi tersengih. Tanpa berlengah langkah diatur menuju ke kaunter pertanyaan. Nafas ditarik. Dipaksa bibirnya mengukir senyuman kearah seorang gadis di kaunter itu. Senyum!

MR.KEREK or MR.SMARTWhere stories live. Discover now