Selepas waktu persekolahan,aku pulang ke rumah dengan perasaan yang agak penat.Kejadian pagi tadi masih berlegar-legar didalam pikiran ku.Aku terpikir,roh siapa kah yang berani mengacau aku dan yang tidak pandai menyerah kalah bagi meraih perhatian aku tu.
Hmmm,pelik.
Selepas membersihkan diri,aku duduk menghadap meja alat solek ku yang bercermin itu.Ketika aku sedang menyikat rambut,bau lavender itu kembali menyapa lembut hidung ku.
Terus aku menegurnya,
"Ko nak apa?Dari pagi tadi dok kacau aku jer"
'Benda' itu membalas pertanyaan ku.
"Ko perasan aku ke?"
"Yer,ko nak apa sebenarnya?Eh jap ko lelaki ek?"
"Haah,camne ko tau?"
"Bau kau.Macam bau perfume lelaki.Eh jap,ko lelaki kan..".Laju sahaja tangan ku mencapai selendang hitam dan terus membalut kepala ku .Ok,tipu jer tak laju pun sebenarnya sebab aku memang dah sediakan kat sana untuk menghadapi tragedi contohnya seperti ini.
"Ok,sambung balik alasan kau datang sini jumpa aku?
"Aku datang sini sebab aku nak kau to-"
"Sofiya,meh turun makan!"
"Tu,mak aku dah panggil makan,jom ikut turun"
"Tapi-"
"Walaupun aku tak dapat nampak kau,tapi aku tau ko mesti nak tanya takpe ke aku turun pakai tudung macam ni"
"Takpe mak bapak aku tak kisah pun"
"Oh ok"
Aku dan 'dia' yang aku tidak pasti lagi namanya itu terus turun ke bawah.
"Assalamualaikum ma,pa"
"Waalaikumussalam"jawab mama dan papa serentak.
Dan,tepat sangkaan ku.Mereka memandang ku pelik.
Aku dengan selamba nya mengambil tempat di sebelah mama ku.
"Hah,gi duduk sebelah papa aku"
Aku rasa dia dah duduk kut.
"'Dia' ada ke?"tanya papaku.
"Haah"kata ku.
"Lelaki ke perempuan?"tanya mama ku pula.
"Lelaki"
"Ohh,patutlah kamu pakai tudung"kata mama ku.
Papa ku mula berbual dengan 'dia'.
Oh lupa pulak,sixth sense aku ni ikut keturunan.Turun temurun lah katakan.Legacy sangat mak jemah T_T.
Tapi kenapa papa aku boleh nampak,aku tak boleh?!
heshteg thug life.T_T
Lepas makan,aku tgk tv sekejap je and then terus naik atas.Aku tau 'dia' pun ikut aku naik atas jugak.Ceh,ayat cliche.Taklah,aku tahu lah bau lavender penuh satu bilik.Rasa eh tu kuat dan rasanya dia di depan aku.
"Ko ckp apa dengan papa kesayangan aku?"
"Takde bual bual kosong jer"
"Hmm, apa apa jelah aku nak tidur.Esok sekolah.Good bye bye"
"Oii,janganlah tidur dulu.Aku bosan"
"Ko tgk muka aku nih"aku berpaling menghadap muka nya.Tk kisah lah betul ke tak side angle,acute angle,hatta obtuse angle nya tu.
"Ada aku kisah?"kata ku.
"Sofiya!"
Aku menjelirkan lidah kearah nya dan menyarungkan selimut ke badan ku.
"K fine macam ni kawan.Huh!"
"Sejak bila kita jadi kawan?Aku tak declare pun lagi"kata ku.
'Dia' merapatkan mukanya ke telinga ku.
"Habis bila kita boleh jadi kawan?"kedengaran suara garau nya itu dengan jelas.
"Ko ba-..bagitau dulu nama kau.Penat author asyik tulis "dia' je"
"Dani Irfan"
"Ok,Da--..Dani kita jadi kawan"makin lama makin merah pulak pipi aku.
"Dani?Dani tu family aku jer panggil"
"Ok Irfan.Dh blah aku nk tidur.Seram aku ngan ko ni"
"Ok bye.Jumpa ko esok.
------------------------------------------------------------------------------------------------
DOUBLE UPDATE FOR TODAY!🎉🎉
YOU ARE READING
Cinta Mamat Hantu
Teen FictionSofiya Well,seorang manusia biasa.Eh,no no.LUAR BIASA.Apa yang luar biasanya?Hmm,nothing much.Dia masih bermata dua.Telinga dua.Biasa jer.Cuma dia boleh rasa kehadiran makhluk lain.RASA ye bukan boleh nampak.Tapi dia boleh hidu bau diorang.Well,men...