Apakah perkara yang menjadikan kehidupan manusia itu kehiduapan yang bermakna? Apabila wujudnya cabaran. Cabaran itu didatangkan oleh siapa?
ALLAH S.W.T
Walaupun mungkin pada zahirnya kita melihat yang menganiayai adalah sahabat kita. Walaupun yang kita nampak memecah rumah kita adalah pencuri. Walaupun yang memukul kita adalah seorang pembuli. Walaupun yang menyakitkan kita adalah kerja yang bertimbun. Walaupun yang menyebalkan kita adalah kesesakan jalan raya.
Sebenarnya , ALLAH yang mendatangkan cabaran itu kepada kita.
Bukan sekadar saja-saja.
Tetapi, mahu menguji adakah kita benar-benar hamba-NYA.
- UNTUK KITA PENDOSA HARAPAN SELALU ADA-

YOU ARE READING
Dakwah Jalanan
RandomAku manusia yang serba tidak sempurna, kerana itu aku sampaikan 'dakwah kecil' setakat yang aku tahu dan aku pelajari. Pesanan yang aku tulis bukan sebab aku orang alim. Ianya hanya sekadar usaha supaya diri aku dikasihiNya. Aku sendiri pun sedang p...