Wahai Niqabis!

97 8 1
                                    

-Bismillahirahmanhirahim-

Wahai niqabis,

Engkau bilang engkau mahu jadi perempuan yang tidak memperlihatkan dirinya. Engkau kata mahu menjadi bidadari syurga. Tetapi aku tengok engkau post gambar sana sini di media sosial.

Aku berasa hairan kononnya mahu jadi muslimah sejati sedangkan isteri para alim ulama tidak sebegitu, ada pernah tengok isteri Habib Umar Al Hafiz, Habib Ali Al Jufri, Syeikh Nuruddin? Mereka sedaya upaya menyembunyikan diri mereka.

Engkau kata kononnya mahu berdakwah ambil gambar engkau then letak 'caption' Islamik sedangkan mata-mata syaitan tergoda melihat posing engkau yang ala-ala manja.

Yang aku tengok semua memuji kecantikan engkau. Lawa la, cantik la, cute la dan macam-macam lagi. Apa kejadahnya semua ini??! Wahai niqabis,

Aku hanya mampu bersedih dan menangis melihat akan perkara sebegini. Islam itu halus dan seni sekiranya engkau faham hakikat Islam yang sesungguhnya pasti engkau akan malu pada diri sendiri.

Jangan sekadar luaran Islam tetapi dalamannya kosong. Malulah kepada yang Maha Melihat akan setiap tingkah lakumu itu. Kita mampu tipu orang lain tetapi DIA dan diri kita sendiri kita tidak mampu menipu.


Dakwah JalananWhere stories live. Discover now