BAB 15

153 8 0
                                    


Enam gadis itu telah sampai di depan pagar istana EXODUS

Baru sahaja mereka mahu bergerak ke pengawal itu..tapi mereka ditahan oleh Amira..

"Amira? Apasal dengan kau ni?" tanya Shuada

"Aku rasa kita tak perlulah masuk dari pintu depan.." kata Amira

"Habis tu? Kita nak masuk dari mana?" tanya Syafiqah

"Pecah masuk macam pencuri?" tanya Nurma pula

"Dari tingkap?" kata Alya

"Amira tak kan lah kau...." kata kata Balqis tergantung

"Kita masuk cara dramatik sikit...hehehe..." kata Amira


******************

"Tuanku..mana tuanku hendak pergi?" tanya Suho pelik

"Saya mahu berjumpa dengan permaisuri saya di singgahsana di dewan.." jawab raja Song joong ki

Jawapan raja membuatkan enam pahlawan itu menjadi bingung..

Selalunya permaisuri yang akan berjumpa dengan raja tapi asal terbalik pulak ni..

"Kenapa tuanku?" tanya Beakhyun

"Saya dapat rasakan aura yang kuat dari dewan sana tapi bukan permaisuri punya aura..ia orang lain..kuantiti mereka pun ramai.." jawab raja serius

Kata kata raja itu nampak serius jadi perkara ini tak boleh dibawa main..

Enam pahlawan itu telah bersiap sedia untuk mempertahan raja...

Kelekuk..bush!!

Bunyi pintu dibuka kasar..

Nampak permaisuri Song ji hyo sedang diam memandang enam orang yang memakai kerudung yang lusuh yang berdiri menggelilingi dia..

Pak! Pak! Pak!

Seorang daripada enam orang itu tepuk tangan sambil tersenyum sinis..

Semua muka mereka tidak dapat dicam kerana dihalang oleh kerudung yang labuh itu..

"Wah!.. Tahniah!.. Pahlawan dan raja sudah datang kemari seperti yang dijangka kan.."

"Apa maksud kamu!? Apa yang kamu telah kepada permaisuri saya!? Dan siapa kamu semua!?" bentak raja

"Huish..garangnya...jangan marah.. Kami datang sini bersebab.."

"Apa dia!?" marah Chanyeol

"Tuanku..boleh saya tanya satu soalan?"

"Silakan.."

"Adakah tuanku mencintai permaisuri Song ji hyo?"

"Mestilah saya mencintai dia! Dia satu satunya permaisuri yang bertakhta di hati saya!"

"Jadi mengapa..saya dengar satu khabar angin yang mengatakan kamu sedang bercinta dengan gundik di istana?" tanya orang itu sinis

"Kamu kata hanya satu soalan sahaja!!" marah Kai

"Kamu semua jangan berani datang dekat atau rupa cantik permaisuri akan disiat siat hidup hidup oleh kami.."

Salah seorang daripada kawan orang berkerudung itu mengusap usap wajah permaisuri lembut bersama senyuman jahat

Salah seorang mereka pula memegang pisau yang tajam seperti baru diasah

Raja dan enam pahlawan itu sudah tidak tentu hala..

"Jawab soalan saya, tuanku.."

"Saya tak pernah bercinta dengan mana mana gundik! Gundik yang saya jumpa selalu tu hanyalah seorang pengintip yang saya upah sahaja demi menjaga permaisuri saya!" kata raja

Kesemua orang berkerudung itu tersenyum puas..

Mengapa?

"Betulkah?" tanya permaisuri akhirnya selepas lama mendiamkan diri

Dengan tiba tiba enam orang itu menunduk hormat kepada permaisuri ketika dia berdiri

"Ya! Saya tidak pernah menipu kamu!" kata raja ikhlas

Enam orang itu berdiri lalu tersenyum

"Nampaknya semua lakonan kita ni hanya sia sia..kan saya dah cakap..dia tak pernah menduakan kamu.." kata salah seorang daripada mereka

Permaisuri hanya tersenyum malu..

Buka sahaja kerudung mereka..jelas rupa muka enam gadis yang mereka pernah jumpa di hutan lepas..

"Kamu!?" raja jelas terkejut sama dengan enam pahlawan tersebut

"Maafkan kami tuanku..kami buat semua ni atas permintaan permaisuri sendiri.." kata Nurma lalu membakar pisau yang dipegangnya sehingga lebur dan menjadi abu..

"Mengapa kamu berbuat begitu?" tanya raja kepada permaisuri..

"Sebenarnya saya...." permaisuri teragak agak mahu berkata

Enam gadis yang faham akan situasi tersebut terus tersenyum lalu meninggalkan mereka berdua bersendirian berbincang..

"Dah! Dah! Jom kita pergi!" kata enam gadis itu lalu menolak sekali enam pahlawan itu keluar dari dewan

"Ambil masa anda ye! Nantilah kita berbincang pasal benda lain! Bye!" kata Alya bersama sindiran

Keluar sahaja dari dewan dan menutup pintu..

Enam pahlawan lelaki itu memandang gadis itu tajam seperti mereka baru membuat salah yang besar..

"Apa?"

"Korang semua ni-"




(Apa yang diperkatakan oleh enam pahlawan itu kepada enam gadis itu? )

NANTIKAN CHAPTER SETERUSNYA!

TOLONG VOTE DAN KOMEN!

SARANGHAE!!









THE LEGEND OF EXOWhere stories live. Discover now