BAB 22

145 10 0
                                    


[Alya & Kai]

Alya dari tadi perhatikan semua orang lalu lalang di hadapannya..dia langsung tak tahu nak pergi mana jadi mestilah di hanya duduk di tangga utama istana dan memerhati sekeliling..

Tapi lawak jugak..dia tengok mesti ada orang yang jatuh..ada yang kena marah sebab buat salah dan banyak lagi..

Tiba tiba dia mendengar orang bersiul kegembiraan dari atas tangga...

Tapi Alya langsung tak ambil endah sampailah satu tahap ni..

"Hai cik adik manis..nak abang tolong angkatkan benda yang berat tu.."

Kata kata manis..mesti ni orang yang mereka kata yang lepas..yang suka kacau semua maid di istana tapi tak suka kacau perempuan di luar istana..pelik tapi benar..

"Tidak mengapa Tuan Kai..perkara biar kami yang buat.."

Oh...nama dia Kai rupanya..ingatkan bahlol ke..otak tiga suku ke..kan lagi sedap sikit nama..

"Biarlah saya tolong..benda berat macam tu perempuan lemah seperti awak tak sepatutnya angkat..nanti tangan awak kasar.."

Aik? Patutnya perempuan yang sayang tangan kasar tapi kenapa dia risau pulak..ini dah pelik..

"Tapi...ini kerja saya..saya tak nak dituduh curi tulang pula..Tuan Kai.."

"Takpelah..saya ikhlas nak tolong.."

Belum sempat Kai mahu mengangkatnya...Alya terlebih dahulu mengambil dari tangan maid itu lalu tersenyum manis ke arahnya..

"Biar saya tolong..Kai pulak boleh simpan balik pedang yang kamu pinjam ye.." kata Alya sinis..

Ada satu pedang tersisip di tepi pinggang Kai yang seperti dia baru habis berlatih lawan pedang..

"Mari..di mana patut saya letak ini.."

"Oh..biar saya tunjukkan jalan.."

Alya dan maid itu pergi meninggalkan Kai yang masih terpingga pingga dengan apa yang berlaku..

Hehehe..terdiam dia terbuatnya..padan muka..siapa suruh kacau anak dara orang..kan dah kena tegur..

Alya gelak kecil dan dia diperhatikan oleh maid tadi..

"Um..terima kasih sebab tolong saya tadi.."

"Sama sama..saya cuma tolong apa yang saya rasa betul.."

"Um..Cik Alya tak takut dengan Tuan Kai ke?"

Takut? Nak kata takut..tak takut mana..tapi rasa menyampah adalah..

"Nak buat apa takut dengan lelaki gatal tu..saya tumbuk sekali..terpelanting dia ke angkasa.." dengan bangga Alya menjawab

"Kalau lah saya boleh jadi berani seperti Cik Alya.."

"Awak tak perlu jadi seperti saya..awak cuma perlu jadi diri awak sendiri je..itu sudah cukup.."

Maid itu rasa terpegun dengan keberanian Alya

"Sampai sini sahaja..terima kasih Cik Alya.."

"Sama sama.." Alya melambai ke arah maid itu..

Alya mengelamun sekejap..hmm..bila difikirkan balik..kenapa Kai suka kacau maid kat istana je..perempuan kat luar sana lagi cantik, lagi kaya dan ada semua benda..

"Ini misteri.."

"Apa yang misteri?"

Alya yang terkejut melompat sedikit..lalu dia pandang ke belakang...

THE LEGEND OF EXOWhere stories live. Discover now