[Shuada & DO]Shuada sebenarnya tak ada rancangan untuk buat apa pada hari pertama dia...tapi otaknya asyik fikir macam mana nak jadi kuat sahaja....
Macam mana ek?
Tiba tiba je matanya teracap kat taman yang lagi cantik daripada taman yang dia pernah pergi sebelum ni...
Cantiknya....bersinar sinar matanya melihat bunga bunga yang berwarna warni di sekeliling taman itu
Sedar sedar je dia dah sampai kat taman tu....
Tangan rasa gatal je nak petik bunga kat sini...lepas tu hias kat pasu di bilik dia...mesti cantik giler!!
Disebabkan terlalu teruja..dia asyik hidu je bau bunga yang berlainan jenis di sekeliling taman...
Shuada lepas tu berbaring di celah bunga bunga itu san mahu lelapkan matanya tapi tiba tiba je telinga terdengar satu suara halus yang dia je boleh dengar...
'Agghh! Sakit!'
'Jangan pijak badan saya!'
'Tolong berhenti pijak badan kami!'
'Arrrggghhhh!!!'
Suara bunga bunga di sekeliling taman itu menjerit dan meraung meminta berhenti...
Shuada melihat sekeliling...siapa yang tak bertanggungjawab yang pijak bunga bunga kat sini?!
Shuada menjadi bengang!! Dia ni!!!
Terlihat DO sedang berjalan di atas bunga bunga itu tanpa menghiraukan bunga bunga yang telah lenyek di pijak dia.. Geramnya!!
"Yah! Kau! Berani kau kan!!" jerit Shuada marah
Shuada pergi ke DO dengan pantas tapi berhati hati supaya tidak terpijak bunga bunga...
DO pelik? Apasal dengan perempuan ni? Gila ke apa jerit tak tentu pasal?
"Hmph! Apasal awak pijak bunga bunga kat sini!" marah Shuada lagi
"Apasal? Bunga je kot?" DO pelik
"Tapi bunga ni hidup! Bunga pun ada perasaan sakit!" Shuada bengang dengan jawapan selamba DO
"Saya tahulah bunga ni hidup..tapi awak marah tak tentu pasal ni apahal pulak?"
"Saya marah sebab awak dengan selambanya main pijak je bunga kat sini! Saya pun boleh dengar mereka menjerit kesakitan sebab awak pijak mereka!"
"Sebab tu je?"
"Tu je awak kata?!" Shuada sudah naik berang
DO dengan selambanya berjalan di atas bunga bunga itu pergi meninggalkan Shuada...
"Yah!! Berhenti!! Berhenti saya kata!!!"
DO langsung tak menghiraukan Shuada...lebih baik aku pergi daripada sini daripada duduk dengan perempuan gila ni...
'Sakit!! Sakit!!'
YOU ARE READING
THE LEGEND OF EXO
FanfictionMengisahkan enam gadis yg minat bermain game fantasi..... Tanpa disedari... Mereka ditarik masuk ke dalm satu game terkenal pada zaman itu iaitu game yang bertajuk "EXODUS FANTASY OF LIFE".... Mereka diberi misi untuk menyelamatkan dunia game terseb...