WP 52

817 74 14
                                    

" Eo? Wae Eun Ri-ssi? "

Soo berpaling memandang Jimin sebaik sahaja nama itu keluar dari mulut Jimin ketika menjawab panggilan telefon. " Jamkkanman. " ujar Jimin meminta diri sebelum berjalan keluar dari rumah. Soo hanya memandang kelibat Jimin yang berlalu pergi.

Peribadi sangatkah panggilan itu sampai terpaksa keluar rumah? Hatinya membengkak. Dia bangun dari sofa dan mula berjalan ke tangga. " Saeng nak pergi mana? " tanya En. Min. " Pencuci mulut pun tak sentuh lagi nih. " tegur Pn. Min pula. Yoongi sekadar memandang raut wajah adiknya yang agak cemas.

" Saeng mengantuk. Saeng tidur dulu ya. " balas Soo sebelum mendekati sofa semula. Dia menghadiahkan ciuman di pipi En. Min, Pn. Min dan Yoongi. " Good night! " ucap Yoongi. " Good night. " balas Soo kemudian mendaki tangga. Dia melajukan langkahnya dan segera masuk ke dalam bilik.

Air matanya mengalir sebaik sahaja pintu bilik ditutup. Soo bersandar lemah pada pintu biliknya. ' Kenapa air mata ni tak berhenti mengalir. Kau kan benci dia. ' marah hati Soo sebelum mengelap kasar air matanya. Dia berjalan ke pintu gelangsar balkoni. Pintu ditolak sebelum dia membiarkan angin malam yang sejuk menampar dirinya.

Soo mendongakkan kepala memandang langit yang dipenuhi bintang. Fikirannya menerawang pada perjumpaannya dengan Eun Ri sebelum dia gugur tempoh hari. Adakah dia perlu melepaskan Jimin untuk Eun Ri? Adakah benar Jimin ingin membalas dendam? Adakah benar Jimin sudah memaafkannya?

Terlalu banyak persoalan di benak fikirannya. Dia tertekan sebenarnya selepas berjumpa Eun Ri. Jika Jimin tidak menolaknya tempoh hari, dia mungkin akan bleeding disebabkan terlalu tertekan. Perutnya yang kosong diusap lembut. Air matanya jatuh menitik di atas bajunya.

Tiba-tiba ada satu tangan menindih tangannya yang sedang mengusap perut. Soo terkaku apabila Jimin memeluknya dari belakang. Tangan Soo yang masih berada di perutnya digenggam Jimin. Jimin menyembamkan wajahnya ke bahu Soo. Soo terkaku apabila baju bahagian bahunya mula basah.

Soo cuba meleraikan pelukan namun Jimin makin mengeratkan pelukan. " Jamkkanman. 5 minutes , please. " rayu Jimin. Soo akur. Setelah 5 minit berlalu, Jimin meleraikan pelukan dan menarik bahu Soo supaya menghadapnya. Soo memandang mata, hidung dan telinga Jimin yang memerah.

" Chagi tak berpeluang mendengar penjelasan sayang sebelum ni. Sayang nak cakap apa-apa? " tanya Jimin bersama senyuman. Soo hanya mendiamkan diri. Jimin menarik Soo supaya duduk di kerusi yang berada di balkoni. Tangan Soo dicapai dan digenggam lembut. Jimin menghela nafas berat.

" Chagi minta maaf sebab tuduh sayang macam-macam sedangkan sayang tak buat pun. Chagi minta maaf sebab tak dengar cakap sayang dulu. Chagi cemburu buta bila nampak Tae lap mulut sayang. Sedangkan chagi tahu sayang cuma anggap Tae sebagai kawan atau abang.

Lagipun salah chagi sebab biar isteri chagi yang tengah mengandung pergi makan sorang-sorang waktu malam. Suami jenis apa chagi ni? Tak bertanggungjawab langsung kan? Lepas tu boleh pula dengar hasutan sepupu sendiri yang kata sayang curang belakang chagi.

Sebab tu chagi suruh orang ikut sayang sejak sayang selalu balik malam untuk persiapan pertunjukan fesyen tu. " terang Jimin panjang lebar. " Chagi tak tahu apa yang menghasut chagi sampai sanggup tolak sayang kemudian toreh tangan sayang. " sambung Jimin sambil mengusap lengan Soo yang masih berbalut.

" Sayang boleh salahkan chagi sebab tolak sayang. Tapi jangan salahkan takdir sebab sayang keguguran. Mungkin ini takdir sayang. Ada hikmah di setiap apa yang terjadi. " pujuk Jimin. Soo mula mengalirkan air matanya. Jimin segera mengesat air mata yang mengalir di pipi Soo.

[ Completed ] Wrong Person  | Jimin |Where stories live. Discover now