WP 23

902 79 18
                                    

Jimin menolak pintu sebuah wad kanak-kanak. Sebaik sahaja pintu ditolak, senyuman manis dilemparkan pada kanak-kanak yang memasamkan mukanya dan berpeluk tubuh berpaling daripada memandangnya.

" Annyeong Dong Jun-ssi~ " sapa Jimin ceria lalu menghampiri katil wad. Namun kanak-kanak lelaki itu tetap berpaling daripada memandangnya. Merajuk mungkin. " Aigoo...Dong Jun merajuk ke? " tanya Jimin. Dia melabuhkan punggung di birai katil.

Jarinya naik mencucuk-cucuk pipi Dong Jun yang gebu. Dong Jun memalingkan wajah menghadap Jimin yang sedang tersengih. " Hyung pergi mana?! Tak kesian ke Dong Jun tunggu hyung? Dua minggu pula tu. " Dong Jun mula bersuara.

Wajah serius Jimin ketika mendengar luahan Dong Jun bertukar menjadi manis. Dia mengusap kepala Dong Jun. " Hyung pergi luar negara. Jumpa chingu hyung. Lepas tu hyung pergi kursus. " jelas Jimin. Dong Jun mencebik bibir sambil menekup kedua-dua telinganya.

" Maafkan hyung. Mianhae. " Jimin mencebik bibir pura-pura sedih. Dia berpura-pura mengelap air matanya. Dong Jun memeluk Jimin untuk memujuk. Jimin tersenyum dalam diam. " Cheonma. Dong Jun maafkan. Hyung jangan ar nangis. Nanti Dong Jun nangis gak. Huhu. " pujuk Dong Jun mula bertukar sedih.

" Ani. Hyung tak nangis dah. " balas Jimin tersenyum manis. Dong Jun tersenyum lega. " Dong Jun dah sihat? " tanya Jimin. Dong Jun mengangguk laju lalu tersenyum. " Min hyung kata tiga hari lagi, Dong Jun boleh balik. " ujar Dong Jun. Ketukan di pintu membuatkan Jimin dan Dong Jun berpaling memandang pintu yang terbuka.

" Boleh saya masuk? " tanya seorang perempuan berkot putih sedang tersenyum manis. Jimin hanya mengangguk bersama senyuman sebelum dia memandang Dong Jun semula. Kepala Dong Jun diusap perlahan. Eun Ri melangkah ke katil lalu duduk di birai katil.

" Senang betul awak mesra dengan Dong Jun. " puji Eun Ri. Jimin hanya tersenyum. " Eun Ri noona buat apa kat sini? " tanya Dong Jun. " Noona datang lawat Dong Jun la. " balas Eun Ri mengusap kepala Dong Jun. " Kalau noona lawat Dong Jun, kena sediakan hadiah dulu. " gurau Dong Jun sebelum ketawa.

Eun Ri mencubit pipi Dong Jun yang tembam. Geram dengan kecomelannya. Telefon Jimin yang berada di dalam poket kot putihnya berbunyi. Dia segera bangun dari katil dan mengeluarkan telefonnya. Nama Taehyung yang tertera di skrin telefon membuatkan dia mengerut dahi.

" Ya Tae? Ada masalah ke? "

" Chim! kau kat mana?! "

Suara Taehyung yang cemas membuatkan Jimin mengerut dahi.

" Aku ada kat wad kanak-kanak. Waeyo? "

" Datang wad kecemasan sekarang! "

" Wae wae?! "

" Appa aku, Chim! Ppali!!! "

Jimin segera mematikan panggilan. " Dong Jun-ssi. Hyung kena pergi. Ada kecemasan! " ujar Jimin sebelum berlari keluar dari bilik wad itu. Eun Ri dan Dong Jun hanya termangu-mangu di dalam bilik itu apabila melihat Jimin yang cemas.

Sebaik sahaja Jimin sampai di wad kecemasan, dia mendapatkan Taehyung yang berjalan ke hulur hilir di hadapan pintu wad kecemasan sambil mengenggam tangannya sendiri. " Taehyung! " panggil Jimin. " Chim! Tolong appa aku. " pinta Taehyung separuh merayu.

" Nae. Jamkkanman. " balas Jimin sebelum masuk ke dalam wad kecemasan. Taehyung mengambil tempat di kerusi yang disediakan lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Nombor eommanya didail. Kemudian nombor hyung-hyungnya pula didail. Taehyung melepaskan nafas berat.

~~~~~

" Tae..." panggil Jimin. Taehyung yang sedang termenung mengangkat kepala. Dia terus bangun dari duduknya. Jimin memegang bahu rakan baiknya yang jelas risau dan tertekan. " Macam mana dengan appa aku, Chim? " soal Taehyung resah. Jimin tersenyum.

[ Completed ] Wrong Person  | Jimin |Donde viven las historias. Descúbrelo ahora