WP 59

772 75 16
                                    

Myung mengemas meja belajar anak-anak muridnya. Pensel warna dan kertas dikutip dan disimpan ke dalam rak. Mainan yang bersepah juga dikemas. Penyapu dan penyodok diambil dan sampah-sampah yang ada disapu. Setelah memastikan kelas dalam keadaan bersih dan kemas, Myung menutup suis lampu dan kipas sebelum menutup pintu kelas itu.

Dia berjalan keluar ke taman permainan milik tadika itu untuk memerhati anak-anak muridnya yang bermain sementara menunggu ibu bapa mereka datang. Myung tersenyum apabila anak-anak muridnya yang berceloteh dengan riuh. Tiba-tiba matanya terpaku pada susuk tubuh seorang lelaki berbaju kot.

" Hai Myung. "

Teguran itu membuatkan Soo tersentak. Tangannya automatik membetulkan rambutnya. ' Eh kejap? Sejak bila aku nak kena cantik-cantik depan lelaki? ' desis hati Myung pelik lalu menampar pipinya perlahan untuk menyedarkan dirinya sendiri.
Yoongi yang memerhati sedari tadi tertawa kecil.

Myung kelihatan comel sekali pada pandangannya. " Errr...Myung okay ke? " tanya Yoongi. Myung tersengih kekok sebelum mengangguk perlahan. " Sunbae buat apa kat sini? " tanya Myung untuk menutup rasa malunya. " Nak amik Dong Jun. Jimin suruh ambilkan sebab abang dia sibuk. " balas Yoongi.

" Ouh. " balas Myung sepatah. Suasana menjadi kekok semula. " Sunbae datang dari pejabat ke? " tanya Myung apabila melihat Yoongi lengkap berpakaian kot. " Saya dari rumah tunang saya. " balas Yoongi. Senyumannya mula terukir apabila mengingati tunangnya.

Myung tergamam. Hatinya menjadi sedih tiba-tiba sedangkan dia tahu bahawa dia juga sudah menjadi tunangan orang. ' Come on , Myung. Kau dah jadi tunang orang. Dia pun tunang orang. ' kata hati Myung cuba menyedarkan diri. Myung melemparkan senyuman pahit. " Tahniah. " ucap Myung. Yoongi hanya tersenyum.

" Hyung! "

Yoongi memalingkan kepala apabila Dong Jun memanggilnya. " Ya Jun? " balas Yoongi. Mereka hanya memandang Dong Jun yang berlari ke arah mereka sambil mendepakan tangan dengan girang. " Jom balik! Nak jumpa Soo noona boleh? " kata Dong Jun petah.

Yoongi menunduk sebelum mendukung Dong Jun. Pipi Dong Jun yang putih dan gebu dicubit lembut. " Hyung hantar Dong Jun jumpa noona eh. Cakap terima kasih dulu dengan seonsaengnim. " balas Yoongi. " Kamsahamnida Myung seonsaengnim. " ucap Dong Jun menundukkan sedikit badannya.

Myung tersenyum sebelum mencubit lembut pipi Dong Jun. " Nae~ Jaga diri eung? " balas Myung sambil mengusap lembut kepala Dong Jun. " Saya balik dulu ya, Myung. " kata Yoongi. " Nae. " balas Myung sebelum menundukkan sedikit badannya. Yoongi mula berjalan ke arah keretanya. Myung hanya memerhati lalu melepaskan sebuah nafas berat.

~~~~~~

Myung berjalan dengan minda yang kosong. Langkahnya juga nampak berat dan tidak bermaya. Baru sebentar tadi adiknya, Woo Shin menelefonnya memberitahu bahawa tunangnya mahu berjumpa dengannya. Pertunangan ini bukan dari kerelaan hatinya.

Tapi disebabkan eommanya yang asyik sahaja berleter tentang umurnya yang semakin meningkat , akhirnya dia terima dengan cadangan eommanya yang ingin menjodohkan dia dengan seorang lelaki kenalan appanya. Keluhan berat dilepaskan. Dia harus terima.

" Hai Myung. "

Myung berpaling ingin memandang gerangan yang memanggilnya. " Sunbae?! Sunbae buat apa kat sini?! " soal Myung terkejut. Yoongi hanya tersenyum sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. " Myung pula buat apa kat sini? " tanya Yoongi kembali.

" Saeng saya kata tunang saya nak jumpa saya. " balas Myung lemah. " Awak tak kenal tunang awak tu ke? " soal Yoongi lagi. Riak wajahnya tampak tenang sekali. Myung menggeleng perlahan. " Myung. " panggil Yoongi. " Saya tahu awak dah bertunang. Tapi...

Sudi tak awak menjadi isteri saya? " kata Yoongi lalu mengeluarkan kotak baldu berwarna merah dari poket seluarnya. Sebentuk cincin bertakhtakan sebutir berlian kecil dikeluarkan dari kotak baldu itu. Myung terkedu. " A-apa sunbae c-cakapkan nih? " soal Myung masih terkejut.

" Saya nak awak jadi isteri saya dan eomma kepada anak-anak saya, halmeoni kepada cucu-cucu saya, moyang kepada cicit-cicit dan seterusnya yang saya tak tahu nak terangkan. Hehe. " kata Yoongi lalu tersengih. " Sedangkan orang sudah berkahwin pun boleh bercerai...

apatah lagi orang bertunang? " sambung Yoongi cuba berkias. " Tak, sunbae. Tak. Kasihan tunang saya. Eomma dan appa saya pasti sedih kalau tahu saya putus tunang dengan pilihan mereka. " bantah Myung cuba berkeras. " Kalau eomma dan appa awak bertambah gembira macam mana? " soal Yoongi dengan kening terjongket.

Dahi Myung mula berkerut. " Kalau pilihan eomma dan appa awak tu ialah saya. Macam mana? " soal Yoongi lagi. Myung agak tersentak namun segera menggeleng menafikan. " Saya tunang orang lain, sunbae. Tunang orang! Bahagian mana yang sunbae tak faham nih?! " marah Myung.

Hatinya hampir menangis apabila menafikan semua itu. Wajah ceria Yoongi mula bertukar serius. " Boleh tak berhenti kata awak tu tunang orang? " balas Yoongi sedikit keras. " Tak. Sebab saya memang tunang orang! " ujar Myung cuba berkeras lagi.

Dia memalingkan wajah sambil cuba menahan sebak di dadanya. " Berhenti cakap awak tunang orang sebab awak ialah tunang saya! " kata Yoongi. Soo tersentak. Dia perlahan-lahan berpaling memandang Yoongi. Yoongi mengukir senyuman untuk Myung.

" Ya. Awak tunang saya. Jadi , mulai sekarang...cakap awak tunang Min Yoongi. Bukan tunang orang. Arasseo? " kata Yoongi. Myung tidak mengangguk mahupun menggeleng. Kepalanya masih cuba mencerna apa yang sedang berlaku. Cincin yang sedari tadi dipegang disarung ke jari manis Myung. Myung sekadar memerhati.

Yoongi mengeluarkan sapu tangan dari poketnya lalu dihulur kepada Myung. " Jangan menangis okay. Saya serius tau. Kalau awak tak percaya...boleh tanya eomma appa atau Woo Shin. Atau boleh telefon Soo untuk mengesahkan bahawa saya ialah tunang awak. Okay? " kata Yoongi cuba meyakinkan Myung.

Myung mengangguk. Patutlah tadi Soo tersasul memanggilnya kakak ipar. Buat hilang moodnya sahaja ketika itu. " Hey jagi. Kenapa termenung lagi nih? " soal Yoongi bimbang apabila Myung hanya mendiamkan diri sedari tadi. Myung tersentak dengan panggilan yang sudah bertukar.

" A-apa yang s-sunbae panggil tadi? " tanya Myung untuk meminta kepastian. " Jagi. Dan awak. Tolong berhenti panggil sunbae. Panggil yeobo. " ujar Yoongi tersengih-sengih. " Hish. Mengada-ngada. " rungut Myung sebelum mula berjalan meninggalkan Yoongi. Senyumannya disorokkan. Rasa gembira dan bahagia. Itu yang dia rasakan ketika ini.

" Jagi! Tunggulah. " jerit Yoongi cuba mengejar Myung. ' Mengapalah bakal isteri aku ni bekas atlet lari sekolah dulu. Aku ni dah la malas nak lari. ' rungut hati Yoongi. Myung makin melajukan langkahnya. Namun langkahnya terhenti apabila Yoongi menarik beg tangannya. Myung berdecit perlahan.

" Ha tulah...lari lagi. Takde siapa dapat lari dari Min Yoongi yang kacak lagi menawan. " ujar Yoongi berbangga. Myung hanya menggeleng melihat perangai Yoongi. Yoongi memegang lengan baju Myung dan tangan Myung dilingkarkan di lengannya. Myung terkejut melihat tangannya memeluk lengan Yoongi yang berkot.

" Jom dating. " ajak Yoongi lalu mengenyit matanya. Myung mengikut langkah Yoongi. Matanya sedari tadi memandang tangannya yang memeluk lengan Yoongi. " Soo kata jagi teringin nak makan ais krim. Jadi, kita pergi makan ais krim ya. " kata Yoongi bersama senyuman bahagianya. Myung memandang wajah Yoongi yang ceria. Bibirnya juga mula mengukir senyuman.



















To Be Continued...

Chapter ni khas untuk Yoongi. 🙈

Okay guys. Mohon jauhkan diri dari Yoongi. Dia dah berpunya. 😂

Hahahahahahaha. 😆

[ Completed ] Wrong Person  | Jimin |Where stories live. Discover now