WP 20

1K 97 9
                                    

[ Hari 3 ]

Soo membetulkan lengan baju panjangnya sambil laju berjalan menuruni tangga. Sebaik sahaja sampai di anak tangga terakhir, kakinya terus melangkah ke dapur. " Morning eomma. " sapa Soo lalu mencium pipi eommanya. Pn. Min hanya tersenyum.

" Dah siap dah? " tanya Pn. Min memandang anak perempuannya yang sudah bersiap cantik mengenakan blouse labuh warna biru bersama seluar berwarna putih. Soo hanya tersengih lalu mengangguk. " Appa mana? " tanya Soo. " Appa keluar pergi breakfast dengan chingu appa. " balas Pn. Min.

" Pergi kejutkan oppa kamu tu dan panggil Jimin turun sarapan sekali. " arah Pn. Min. " Nae~ " balas Soo lalu mendaki tangga ke bilik Yoongi. Pintu bilik Yoongi ditolak setelah tombol pintu dipulas tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Dia tahu Yoongi masih dibuai mimpi.

Tekaannya tepat sekali apabila melihat Yoongi sedang tidur seperti Snow White. Kakinya melangkah ke katil Yoongi. " Oppa...bangun. " kejut Soo sambil menggoncang perlahan tubuh Yoongi. Namun masih tiada tindak balas.

" Oppa...ireona~ Soo nak sarapan la. " rengek Soo. Yoongi menarik selimutnya menutupi seluruh badan. Soo duduk melutut di atas katil Yoongi. " Baik oppa bangun...kalau tak..." ugut Soo tergantung. Namun Yoongi membalas dengan dengkuran yang sengaja dikuatkan.

Soo mula geram. Tangannya laju menggeletek badan Yoongi membuatkan Yoongi terjerit kegelian. " Yahhhh!!! Yahhh!!! " jerit Yoongi diselangi dengan tawa kegelian. Soo pula hanya ketawa jahat sambil tangannya masih menggeletek Yoongi. Disebabkan Yoongi banyak bergerak, akhirnya dia jatuh dari katil.

Soo hanya ketawa melihat Yoongi mengaduh sakit di lantai bilik. " Padan muka. " ejek Soo lalu menjelir lidah. Yoongi bangun dari lantai dengan wajah cemberut menahan sakit. Baru sahaja dia ingin menarik rambut Soo, adiknya itu sudah berlari keluar dari bilik terlebih dahulu dengan ketawa jahat.

Tawa Soo mati apabila matanya bertemu dengan sepasang mata. Jimin menjongketkan kening kanannya dan kepalanya disengetkan memandang Soo yang terpaku. Soo cuba beriak biasa. " Good morning , Chim. " ucap Soo lalu berjalan menuruni tangga. " Seronok gelak? " usik Jimin mengekori Soo menuruni tangga.

Soo hanya menghadiahkan sebuah sengihan. Memang dia selalu mengusik Yoongi begitu walaupun umur semakin tua. Sebaik sahaja mereka sampai di tingkat bawah, Pn. Min baru selesai menghidang makanan di meja makan. Pn. Min tersenyum melihat Soo dan Jimin.

" Oppa kamu mana? " tanya Pn. Min. " Oppa? Haaaa...tu dia. " ujar Soo mengambil tempat di meja makan. Jimin turut melakukan perkara sama. Soo mengangkat kepala apabila Yoongi menarik kerusi di hadapannya. Soo tersengih melihat muka cemberut Yoongi. " Ni kenapa pagi-pagi dah masam mukanya..." tegur Pn. Min.

Yoongi memberi pandangan tajam pada adiknya. Jimin yang memerhati sedari tadi hanya tersenyum kecil. " Saeng ni eomma. Ada ke..." ayat Yoongi tergantung apabila Pn. Min meletakkan jari telunjuk di bibirnya menyuruh Yoongi diam. Soo dan Jimin menahan tawa.

Makin mencuka wajah Yoongi. " Eomma asyik dengar Yoongi merengek benda sama je. Jadi sekarang, makan ya. Lepas tu Min Yoongi...tolong mandi dan hantar eomma ke persatuan ya. Eomma nak jumpa kawan-kawan eomma. " kata Pn. Min. " Alaaaa eomma...Yoongi nak tidur. Saeng kan ada. " rungut Yoongi.

" Saeng kamu ni nak bawa Jimin keluar jalan-jalan. " ujar Pn. Min. Yoongi berdecit perlahan. " Yoongi pun boleh bawa Jimin jalan-jalan. Tapi bukan pagi ni la. " kata Yoongi. " Alaaaa eomma..." rengek Yoongi lagi. " Alahai...apa salahnya kamu hantar eomma. Boleh la kenalkan kamu dengan kawan-kawan eomma. " sambung Pn. Min.

" Amanalah tahu sangkut jadi menantu. " usik Pn. Min. Soo dan Jimin menghamburkan tawa menyambut usikan Pn. Min. Yoongi ternganga. Menantu? Fikirannya menerawang pada seseorang di Korea. " Sudah. Makan. " kata Pn. Min mengejutkan Yoongi dari lamunannya sendiri. Yoongi hanya akur.

[ Completed ] Wrong Person  | Jimin |Donde viven las historias. Descúbrelo ahora