Tempias titisan hujan menyentuh lembut pipiku.Bayu yang dingin menyapa lalu mengingatkan aku akan kisah silamku.
Yang dahulunya aku punyai hati yang keras. Namun, sekarang sudah beransur lembut bak titisan hujan ini.
Tanpa sedar, air mataku mengalir perlahan-lahan seakan mengikut rentak awan yang turut mengalirkan air hujan. Mengapa sukar untuk aku lupakan kisah hidupku yang dahulu. Mengapa?
Dikala kalbu dijentik oleh Yang Maha Memberi Hidayah, aku tersungkur lemah. Aku sedar akan segala kesilapanku.
Lalu sejadah dibentang buat kali pertama dalam hidupku setelah bertahun lama aku tinggalkan, lantas solat taubat aku tunaikan.
Ya. Itulah solat taubat yang pertama aku lakukan disepanjang hidupku.
Aku tidak begitu mengerti akan perubahan diriku. Aku lebih senang mendekati Tuhanku.
Memikirkan diriku yg dahulu, aku rimas. Sekarang, aku tekad untuk cuba istiqamah dijalan-Nya.
Beberapa tahun lepas, aku benar-benar diuji.
Dia mengujiku dengan pelbagai keseronokan dunia. Yang membuat aku gila, malah semakin gila akan nikmat yang palsu tanpa memikirkan hari akhirat yang akan datang untuk dihitung segala amalan.
Itulah hari akhirat yang kekal abadi selamanya, berbeza dengan dunia yang hanya sementara.
Hidup zaman muda remaja, siapa sahaja yang tidak mahukan keseronokannya.
Aku jua tidak terlepas dan turut sama meraikannya.
Seperti yang kita tahu, zaman remaja adalah zaman dimana berbagai bentuk pengalaman akan diperoleh kerana sifat ingin tahu dan mencuba pelbagai perkara itu sangat kuat.
Aku sendiri pernah mengalaminya.
Zaman remajaku yang amat kelam, sungguh hitam. Sungguh kejam!
YOU ARE READING
Jeritan Sepi Hijrah
SpiritualPenulis: Izzuewana Darias Sebuah cerpen pendek. Ada 10 part semuanya. Cerita tentang Kisah hidup gadis yang cuba berubah dan masalah yang sering muncul di sekitarnya.