Seperti kebiasaannya, sejurus sampai dirumah aku akan merebahkan badan atas katil.
Bersihkan badan sendiri pun malas, kena fighting dengan diri sendiri dahulu, kalau sikap malas berjaya aku kalahkan, aku akan mandi.
Kalau tidak, faham-faham sendirilah. *tersengih lagi*
"Mar, sampai bila kau nak hidup macam ni?"
Aku tersentak.
Mata terbeliak seakan mendengar bisikan seseorang. Suaranya jauh, tapi cukup dekat dengan pendengaranku.
Lebih tepat lagi, cukup jitu menusuk jiwaku seakan-akan bisikan itu datang dari diriku sendiri.
"Sesudah kau puas meluangkan masa bersama teman-temanmu diluar, tidak sedikitpun kau menyapa Mak yang sedari tadi menunggu kepulanganmu!"
Tiba-tiba perasaan bersalah menguasai diriku.
Memang benar, setibanya aku dimuka pintu tadi, Mak menyapaku dengan lembut sambil tersenyum padaku.
Namun aku membiarkan Mak tanpa sepatah kata lalu menuju ke bilik.
Ya, tidak salah lagi. Bisikan itu datang dari diriku sendiri.
Seperti yang aku katakan diawal tadi. Seolah-olah ada dua suara yang selalu menarik aku ke arah kebaikan dan menolak aku ke arah kemaksiatan.
*****
Aku duduk dibirai katil menghala ke luar jendela bilik.Aku amat gemar mengamati cahaya bulan dan corak disekelilingnya yang terbentuk dari awan langit malam.
Selalunya, aku hanya membiarkan tingkap terbuka luas agar aku dapat merasakan angin malam yang dingin sambil menikmati gema tari alam.
Aku memandang ke arah sebahagian sosok bulan yang dilitupi awan.
Tampak gelap pekat berbanding sebahagian lainnya yang terang bercahaya.
Seperti itu jualah diriku. Semakin gelap dan jauh dari cahaya Allah Yang Maha Esa.
Terasa kerdil apabila membayangkan sekiranya dosa itu dizahirkan pada diriku, mungkinkah wajah dan keseluruhan tubuhku akan menjadi tampak hitam pekat dan gelap?
"Allah. Allah. Allah"
Aku menutup mata sambil beristighfar dan berkali-kali menyebut nama Allah, Tuhan yang Maha Pengampun.
*****
Keesokkannya, aku bangun dengan suatu perasaan yang berlainan dengan sebelum ini.Perasaan yang belum pernah aku rasakan, sukar untuk aku ungkapkan.
Aku seperti orang yang hilang ingatan dan kebingungan seorang diri sambil merenung kembali apa yang telah berlaku.
"Mar, bangunlah. Mak hendak ke pasar. Tolong tengok-tengokkan rumah ya, nak."
Mak mengetuk-etuk pintu bilik.
Namun, hanya meninggalkan pesan disebalik pintu disebabkan aku tidak memberikan sebarang respon.
"Baik, Mak."
Jawabku ringkas dalam hati.
Aku memulakan pagi dengan perasaan yang baru namun masih tidak aku fahami.
"Ahhh sudah! Abaikan saja rasa itu, Mar."
Bisikku pada diri sendiri hanya untuk menyedapkan hati kerana terganggu dengan perasaan yang ganjil itu.
*Tcing-tcing*
Bunyi dari telefon pintarku menandakan ada mesej yang baru diterima.
Aku mengagak mesej itu adalah daripada Riha.
Aku membiarkan seketika kerana aku ingin menikmati hidangan sarapan tanpa ada gangguan.
Sudah menjadi kebiasaan bagiku untuk tidak memegang telefon sewaktu makan. Ia akan mengganggu konsentrasiku untuk menikmati setiap gigitan dan kunyahan makanan.
Aku belajar untuk menunjukkan apresiasi pada makanan dengan cara sebegitu.
*****
"Assalamualaikum. Selamat pagi. Awak apa khabar?"Sangkaanku salah. Mesej itu bukan daripada Riha.
Nombor yang tertera dilayar skrin telefon itu tidak mempunyai nama.
"Wa'alaikumussalam. Ya, saya sihat."
Balasku ringkas.
"Maaf mengganggu, Mar. Salam perkenalan dari saya, Sufian."
Aku hanya membiarkan mesej itu tidak berbalas.
Lalu aku memulakan kerja-kerja rumah yang sudah menjadi rutin harian buat para gadis.
*****
Aku duduk diberanda rumah sambil-sambil menikmati minuman kegemaranku, teh hijau."Mar, awak tengah fikirkan siapa tu?"
Soal Mak kepadaku.
"Tiada apa-apa, Mak. Mar hanya menikmati aroma green tea ni.
Umph.
Sesetengah orang kata aromanya membuatkan mereka rasa pening dan mual. Mar hairanlah, Mak."
Aku cuba untuk menukar topik perbualan.
Mana mungkin aku beritahu hal sebenar bahawa aku tengah memikirkan siapakah gerangan lelaki yang bernama Sufian itu.
Tambahan pula, Mak seorang yang banyak bertanya. Walaupun sekecil-kecil perkara, Mak akan tanya. Itulah sifat seorang ibu.
"Setiap orang itu lain-lain, Mar. Ada perkara yang kita suka, tetapi tidak pada mereka. Dan begitu pula sebaliknya."
Jawab mak simple.
"Yelah, Mak. Tapi, Mar hairan. Aroma yang wangi sebegini dikata menyebabkan rasa pening dan mual? Malahan Mar jadikan aroma green tea ini sebagai terapi minda tahu, Mak."
Balasku dengan penuh yakin bahawa aku dipihak yang betul.
"Sayang, jangan paksa orang lain untuk menerima diri kita. Dan memaksa diri kita untuk menjadi orang lain."
"Maksud, Mak?"
Aku meletakkan gelas minuman tadi dan bersedia untuk mendengar penjelasan selanjutnya.
"Belajarlah untuk berlapang dada menerima pandangan orang lain. Jangan paksa orang lain untuk mengangguk menerima pandangan daripada kita. Perbezaan pandangan dan pendapat itu seharusnya kita raikan."
Belum sempat aku mengeluarkan sepatah perkataan, Mak menyambung lagi.
"Sama macam Mar. Mar gemar keluar ikut kawan-kawan atas alasan untuk melepaskan tekanan perasaan.
Tahu tak, sesetengah orang melepaskan tekanan perasaan dan amarah serta rasa tidak puas hati dengan cara mendekatkan diri pada Allah, Tuhan yang Maha Memahami dan Maha Mendengar.
Berbeza dengan cara Mar. Cara Mar itu salah sebenarnya. Tapi, Mar nampak tak perbezaan itu? Sudah pasti tidak. Kerana pada Mar, apa yang Mar buat itu betul dan itu adalah diri Mar."
Panjang sungguh jawapan yang mak beri. Berpeluh aku mendengar setiap bait-bait nasihat mak.
Walhal, aku hanya membicarakan soal aroma green tea itu tadi. Tapi mak menjawab dengan penuh hikmah. Sesudah menjawab persoalanku, lantas diselitkan nasihat-nasihat berbentuk perumpamaan buat diriku.
Kerana mak sedia maklum, aku sukar untuk menerima nasihat. Itu adalah salah satu cara mak memberi nasihat padaku. Lembut bicaranya dan tidak menghukum keras.
"Rileklah mak. Mar hanya tanya pasal green tea je kot. Mak ni pun."
Balasku dengan nada gurauan untuk menutup rasa sentap.
Lalu Mak dan aku sama-sama bergelak ketawa.
Itulah cara Mak. Walaupun tidak tegas, tapi Mak jelas menunjukkan bahawa Mak tidak ingin aku untuk terus hanyut.
Jelas terpampang pada wajah Mak akan kegusaran melihat aku terus jauh dari landasan-Nya.
Namun, aku terus lalai dengan godaan dunia membiarkan rasa bersalah itu terus ditenggelamkan.
YOU ARE READING
Jeritan Sepi Hijrah
روحانياتPenulis: Izzuewana Darias Sebuah cerpen pendek. Ada 10 part semuanya. Cerita tentang Kisah hidup gadis yang cuba berubah dan masalah yang sering muncul di sekitarnya.