*tcing-tcing*Menandakan mesej baru diterima.
Aku tidak berani untuk mengagak nama sesiapapun kerana sejak daripada hari itu, Sufian makin kerap menghubungiku.
Antara Riha atau Sufian, aku memilih untuk tidak meneka dan terus mencapai telefon yang aku letakkan disudut meja.
"Assalamualaikum, Mar. Awak ada dekat mana ni?"
"Hmm. Dia lagi"
Bisikku dalam hati.
Bukanlah bermakna aku membenci Sufian. Cuma, aku perlukan masa untuk memberikan sebarang komitmen. Entahlah!
"Wa'alaikumussalam. Dekat rumah. Ada apa, Ian?"
"Ian ingat nak ajak Mar keluar. I've something to tell you."
"Mamat ni pun. Bagitahu terus melalui sms tak boleh ke?"
Bentakku hanya dalam hati. Nak diluah, takut Ian tersinggung.
"Okay Ian, I'll see you at the usual place."
Aku lebih suka kalau aku sendiri yang menentukan tempat untuk berjumpa. Tidak perlulah kalut untuk mencari tempat lain.
"Alright, Mar. Thank you!"
*****
Setibanya aku ditempat yang dijanjikan, kelihatan seperti Ian sudah lama menungguku."Maafkan Mar kerana terlewat."
"Tidak mengapa, Mar. Yang penting awak dah sampai."
Suasana agak sepi dan jauh berbeza daripada biasa. Mungkin hanya sekadar perasaanku saja. Aku hanya mengabaikan rasa itu.
Ian memulakan bicara.
"Mar, sudi tak awak terima Ian?"
Tanya Ian ringkas.
Aku terdiam seribu bahasa.
"Tidak mengapa, Mar. Awak tak perlu jawab sekarang."
"Tapi mengapa?"
Aku bersuara setelah beberapa minit berdiam diri.
"Ian sudah lama memendam perasaan terhadap Mar. Bermula dari hari Ian nampak Riha bawa Mar lepak bersama-sama."
Aku hanya diam. Masih memikirkan mengapa aku yang Ian pilih sedangkan masih ramai yang ada.
Meskipun aku ajukan bermacam-macam soalan kepada Ian hanya untuk mencari dimana silapnya Ian. Ian tetap berkeras untuk meyakinkan bahawa aku adalah yang terbaik bagi Ian.
Mulai daripada hari itu, aku berusaha untuk menerima Ian. Layananku terhadap Ian semakin mesra berbanding dahulu.
Aku kalah dalam pertahankan ego untuk tidak jatuh cinta dengan mudah pada mana-mana lelaki.
Walaupun aku sering keluar malam bersama Riha. Melakukan perkara-perkara melalaikan, namun aku tidak bergaul bebas dengan mana-mana lelaki.
"Hi, Mar. Awak dah solat?"
Ian kerap bertanyakan perihal yang sebelum ini belum pernah aku fikirkan.
"Dah, Ian"
Balasku ringkas sambil tersenyum.
"Nanti ada masa hantar mesej dekat Ian, okay?"
Aku hanya mengangguk kerana tidak ingin terlalu menunjuk bahawa aku sayang Ian.
Ian kerap menegurku untuk melabuhkan tudung dan tidak berpakaian ketat.
Aneh, nasihat dan teguran Ian lebih mudah aku hadam berbanding nasihat dan teguran daripada Mak.
Bukan bermaksud aku tidak menyayangi Mak seperti aku menyayangi Ian, tapi entahlah. Aku masih tidak mengerti.
*****
"Mar, dah lama Mak tak nampak Mar keluar dengan Riha. Kamu berdua bergaduh eh?""Eh tidaklah, Mak. Mar malas hendak keluar rumah. Banyak kerja lain yang Mar kena uruskan."
Sejak aku berkenalan dengan Ian. Aku berubah sedikit demi sedikit. Sudah tidak macam dulu lagi. Riha pun menyedari akan perubahanku.
"Eloklah tu Mar. Sudah sekian lama Mak hendak tengok Mar begini. Tidak terlalu bebas dan lalai dari perintah-Nya."
Aku hanya memberikan kuntum senyum pada Mak. Tanda bahawa aku senang pada perubahanku, meski semua ini atas kehendak Ian.
Kemudian, Riha datang terus meluru masuk menuju ke ruang tamu dimana aku dan Mak duduk.
"Weh, lama aku tak nampak kau. Kau hidup lagi rupanya."
"Hidup je ni haa, Riha. Kenapa? Rindu aku eh?"
"Memang taklah aku nak rindu kau weh, baik aku rindu kucing aku yang dah mati tu."
Balas Riha dengan gurauan kasar.
Mak sudah biasa dengan sikap Riha. Mak hanya tersenyum melihat gelagat aku dan Riha yang sudah seperti seperti adik-beradik.
Mak pun meminta diri untuk masuk ke dapur. Kami hanya mengangguk.
"Ian dah berjaya ubah kau kan, Mar."
"Ubah apa pulak ni, Riha. Aku masih macam dulu jugak."
"Eleh. Aku tengok kau dah berjinak-jinak dengan tudung. Siap labuh jejak lantai pulak tu."
Ayat Riha seakan-akan memerli aku yang sebelum ini cukup malu untuk mengenakan hijab pada rambutku. Jauh sekali mengenakan tudung labuh.
"Manusia boleh berubah, Riha. Siapa tahu satu hari nanti, kau pulak yang berubah kan? Kotlah siap berpurdah bagai."
Balasku berbentuk perlian pada Riha. Lalu aku dan Riha ketawa terkekek-kekek bersama.
"Malam ni kita keluar nak?"
Riha menukar topik perbualan.
"Alaa, Riha. Aku rasa nak duduk rumah saja malam ni."
"Dah lama kau tak ikut aku. Jomlah!"
Riha mendesak.
"Baiklah. Aku tanya Ian dulu. Kalau dia benarkan, aku ikut."
Sekali lagi aneh, aku lebih menurut kata lelaki yang tiada pertalian darah denganku berbanding kata-kata Mak yang melahirkan dan membesarkan aku.
Aku tidak mengerti akan perbezaan rasa itu. Aku memilih untuk terus melayankan saja apa kata hatiku.
YOU ARE READING
Jeritan Sepi Hijrah
SpiritualPenulis: Izzuewana Darias Sebuah cerpen pendek. Ada 10 part semuanya. Cerita tentang Kisah hidup gadis yang cuba berubah dan masalah yang sering muncul di sekitarnya.