Sebaik sahaja aku tersedar, aku sudah berada dikamar hospital. Aku melihat ada Mak yang terlelap dibahagian kananku.
Aku cuba untuk mengingat kembali apa yang telah berlaku. Namun, aku gagal kerana denyutan dikepalaku makin kuat setiap kali aku memaksa diri untuk ingat kembali.
"Sayang, Mar dah bangun nak?"
Lantas, Mak memanggilkan doktor.
Sebaik sahaja doktor memeriksa keadaanku. Dia memberitahu pada Mak bahawa keadaanku stabil dan hanya perlukan waktu rehat.
"Mak, apa yang telah berlaku?"
Aku meminta Mak menjelaskan padaku tapi Mak menyuruhku untuk istirehat terlebih dahulu.
Namun, seperti biasa aku berkeras untuk tahu. Mak tiada pilihan lain selain mengikuti kemahuanku.
"Mar terlibat dalam kemalangan, nak. Orang ramai yang tolong keluarkan Mar daripada kereta."
Aku cuba lagi sekali untuk mengingat kembali.
Ya, aku sudah ingat kembali. Aku dan Riha menaiki kereta sewaktu melarikan diri daripada Irfaan dan kawan-kawannya.
Riha memandu kereta dalam keadaan berlumuran darah akibat kecederaan dibelasah beramai-ramai. Irfaan mengekori kereta kami menyebabkan Riha panik dan memandu dalam kelajuan yang tinggi.
Disitulah berlakunya kemalangan melibatkan aku dan Riha. Kereta yang kami naiki terbabas kemudian melanggar pembahagi jalan.
Aku menangis. Mak hanya membiarkan aku seketika sambil memegang erat tanganku. Aku berhenti menangis dan mataku mula melilau mencari Riha.
"Mak, mana Riha? Mar kena jumpa Riha. Mar hendak berterima kasih pada Riha, Mak."
Mak menangis dan mengusap lembut tanganku.
Aku berkeras untuk berjumpa dengan Riha sehinggalah Mak memberitahuku bahawa Riha terkorban dalam kemalangan tersebut.
"Allah. Allah. Allah."
Aku menyebut nama Allah yang Maha Besar. Deras airmataku mengalir tika itu. Riha terkorban setelah menyelamatkan aku.
"Belum sempat Riha dikeluarkan daripada kereta, orang ramai segera menjauhkan diri kerana kereta yang Mar dan Riha naiki itu terbakar."
Aku menangis dan sukar untuk mengawal perasaan bercampur kesakitan yang aku hadapi menyebabkan aku pengsan.
*****
Aku sudah dibenarkan pulang ke rumah. Perasaan sedih dan sayu masih menyelubungi diriku.Aku tidak dapat melupakan antara kata-kata terakhir Riha padaku.
"Mar, agak-agak kau nak tak mengaku sahabat aku semasa didunia dihadapan Allah nanti?"
Aku tersenyum semanis madu pada Riha dan terus memeluk Riha.
"Mestilah, weh. Kaulah sahabat aku dunia akhirat. Kau nak tak berpimpin tangan bersamaku menuju syurga Allah yang kekal abadi itu?"
"Mestilah aku nak."
"Kalau macam itu, jom berubah jadi baik. Takkanlah selamanya kita macam ni kan. Hehe."
"A'ahlah, Mar. Terkadang bila aku tengok cermin, rasa sentap semacam tahu, Mar. Aku sebenarnya sedar hakikat dunia ni hanyalah sementara, tapi entahlah. Aku susah nak jelaskanlah, Mar."
Balas Riha bersungguh-sungguh. Belum pernah aku melihat Riha menunjukkan minat memahami maksud sebenar tujuan hidup.
Pantaslah Riha menunjukkan perubahan sikap.
Dikala aku semakin jauh dari Pencipta kerana dikecewakan oleh makhluk ciptaan-Nya. Riha pula semakin dekat dengan Maha Penciptanya.
Tapi aku buta. Aku tidak menyedari penghijrahan yang diambil oleh Riha. Sudah agak terlambat untuk aku mendakap Riha dan berterima kasih atas segalanya.
Sungguh, Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
Namun, meski Riha sudah mulai berhijrah pada saat itu, Riha tetap tidak meninggalkan aku seorang diri. Tanpa sedar, Riha nyata mengekori aku pada malam dimana Irfaan membawaku ke tempat yang sunyi.
Agaknya, disebabkan aku tidak mengendahkan teguran daripada Riha, Riha memutuskan untuk cukup sekadar memantau pergerakanku bersama Irfaan.
Sekali lagi, sudah terlambat untuk aku menyedari segala apa yang Riha lakukan demiku.
Tapi, ada sesuatu yang pasti belum terlambat bagiku. Ya, masih belum terlambat untuk aku kembali kepada Allah, Raja Sekalian Alam.
Mengapa aku perlu merasa takut bahawa sudah terlambat untuk aku berhijrah sedang aku ini adalah hamba kepada Maha Pemilik Segala seisi langit dan bumi.
Pergerakan waktu itu juga tidak lepas daripada kawalan Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa akan tiap-tiap sesuatu.
Sedang Allah janjikan membuka pintu pengampunan dan rahmat yang luas bagi sesiapa sahaja yang ingin bertaubat, adalah aku ini bodoh sekiranya aku mengabaikan seruan Allah untuk bertaubat berkali-kali diulang didalam al-Quran.
Perlahan-lahan aku memperbaiki diriku. Mengubah jalan yang aku pilih kepada jalan yang Allah SWT redhai.
Perubahanku mengambil masa yang lama. Bukan mudah untuk bangkit semula setelah jatuh tersungkur sekian lama. Malah, bertahun lamanya.
YOU ARE READING
Jeritan Sepi Hijrah
SpiritualPenulis: Izzuewana Darias Sebuah cerpen pendek. Ada 10 part semuanya. Cerita tentang Kisah hidup gadis yang cuba berubah dan masalah yang sering muncul di sekitarnya.