Aku tak pernah buat salah. Aku tahu aku tak salah. Bukan salah aku. Salah aku ke? Tak, aku pasti bukan salah aku. Aku masih budak. Aku tak tahu apa apa.
Aku jalan di koridor untuk pergi ke kelas. Setiap langkah aku ambil, mereka akan memandang aku dengan hina. Apa salah aku?
Aku duduk di kelas. Secara tetiba aku rasa kepala aku dipukul oleh kertas. Aku pandang bawah, dan ada gumpalan kertas di tepi kaki kerusi ku. Aku ambil lalu aku membaca isinya, "ANAK PENGUTIP TAK LAYAK HIDUP, HITAM." Apa salah aku?
Loceng sekolah berdering tanda masa rehat sudah tiba. Aku bergerak ke kantin dan membeli sosej dengan sos cili. Aku ambil sosej itu dan aku pergi ke arah tandas. Dalam masa aku ke tandas, aku mengintai kawan aku yang aku pernah berkawan sedang duduk di meja yang dipenuhi dengan kawannya. Terdetik rasa cemburu.
Aku masuk ke kubikel yang mempunyai tandas jenis duduk lalu aku buka paket sosej itu dan menggigit. Sambil memakan sosej itu aku menangis kerana selalunya aku makan di kedai buku ditemankan dengan makcik kedai buku tetapi makcik itu menghalau aku dari duduk disana kerana dikatanya "Aku mengacau." Aku macam setan makan di tandas seorang diri. Aku tak buat salah, kenapa aku macam ini.
Aku pergi ke kelas walaupun masa rehat belum habis. Sesampainya sudah aku ke kelas, aku perasan bahawa cikgu untuk masa selepas rehat ada di kelas. 'How awkward.' Merungutku.
Aku abaikan kehadirannya dan duduk di tempat aku yang berada di belakang sekali. Aku melukis doodle di buku contengan ku sementara cikgu itu memerhatikan gerak geriku.
"Hai!" Sapa cikgu itu sambil tersenyum ke arahku. Adakah dia sedang mencuba untuk membuka kotak perbualan? Aneh.
"Awak memang jarang bercakap ke?" Dia berkata sambil menorak langkah ke arahku. Lalu dia memeluk aku dengan sebelah tangan.
"That's great. It means that I can do anything to you and by mean anything, it's everything." Kata dia sambil menarik tangan aku ke belakang sekolah.
Tidak! Aku tidak mahukan semua ini. Adakah aku menggodanya? Tidak mungkin! Apa salah aku? Aku mencuba untuk melepaskan tanganku dari genggamannya tetapi sudah tentu. Apakan daya, aku masih budak. Tangisan mengalir seperti sungai yang tidak akan berhenti. Dari hari itu aku trauma dengan lelaki. Aku tak boleh menghadapi semua ini lagi.
Selepas tamat kekacauan itu, aku lari dan duduk di belakang tandas dimana aku meluahkan perasaan dengan titisan mata yang berjujuran.
Setelah aku rasakan agak lama sudah aku menangis, aku pergi semula ke kelas.
Apabila aku tiba, rakan rakan ku menuduh aku ponteng. Tetapi aku abaikan tanggapan mereka dan duduk di tempat aku. Sebaik sahaja aku mahu duduk, aku melihat kesemua barang aku berselerakan dan buku diari aku hilang.
Tidak! Fikirku. Buku itu tidak sepatutnya hilang. Aku lihat di sekeliling dan aku lihat ada seorang budak yang memandang aku sambil memegang buku aku. Aku pun minta kepadanya sesopan yang mungkin tetapi dia hanya menjelir lidah dan berlari.
Dengan mempunyai adrenalin yang penuh, aku lari mengejarnya tetapi dia sudah hilang dari pandanganku. Aku tidak boleh menerima perkara seperti ini.
Aku berlari ke tingkat atas sekali sambil menangis kerana aku tidak tahu apa faktor mereka melakukan semua ini kepada aku. Aku sudah pasti, kali ini aku akan tidur buat selamanya. Dengan niat itu, aku melangkah kehadapan.
YOU ARE READING
Imaginasi
Short StoryAku akan update bila aku ada inspirasi. NOT A NOVEL BUT A COLLECTION OF CERPEN THAT I MADE. Buku yang aku dapat dari idea bodoh bila aku tengah seterika baju. Setiap cerpen ialah cerita yang lain, dibuat daripada emosi yang berlainan dalam fikiran...