Sekolah rendah Ichigo.
"Kau bagaikan mawar merah, yang membuat hatiku macam nak terperah. Kau bagaikan hamparan laut, kerana kau buat cintaku hanyut. Kaulah cintaku, Han Jisu."
"PFFT HAHAHAHA SIAPA TULIS SURAT MACAM NI?!" bising Hyunsik kepada satu kelas.
"SIAPA LAGI KALAU BUKAN KIM TAEHYUNG SI BUDAK NERD? Hahahahahaha!" ujar kawannya pula, Jae Hwa.
Satu kelas mula ketawa.
"Woi! Bagi balik lah!" ujar Taehyung yang cuba mendapatkan balik suratnya itu dari tangan Hyunsik.
"Nenenene" mentang2 Hyunsik tinggi, sengaja budak itu mengangkat surat itu tinggi2 supaya Taehyung yang pendek tak dapat mencapainya.
Taehyung menjengket2 namun masih tak dapat.
"Kesiannya si pendek ni. Dahlah pendek, nerd pulak tu. Ada hati nak suka kat Jisu." ejek Jae Hwa kemudian dia ketawa.
Satu kelas ketawa lagi. Taehyung terus menundukkan muka kerana malu. Dia terus berlari keluar dari kelas itu.
Dia benci semua orang!
keesokan harinya.
"Hai, Taehyung," sapa satu suara perempuan. Taehyung yang berada di vendor machine memandang gerangan yang menyapanya.
Oh!
Tangan Taehyung terus menggeletar.
Orang di depannya membuat lututnya longgar, bukan sebab kerana dah tua tapi kerana terkejut.Jisu sedang tersenyum memandangnya.
"H-hai.." Taehyung sudah pun tergagap melihat gadis itu.
"Ok lah. Jumpa awak nanti," ujar Jisu lalu terus blah dengan gengnya. Anehnya mereka ketawa.
Taehyung mula mengukir senyuman lebar. Tak sangka! Jisu menyapanya hari ni!
Seronokkkk. Berbunga2 hati dibuatnya. Tak sangka Jisu memang gadis yang baik."Hoi, nerd! Cepat lah!" marah orang belakang apabila dia dok tercegat aja depan vendor machine.
"Hehe sorry2. Nah amik air ni," akibat gembira melampau Taehyung sampai sedekah free air orang yang marah dia tadi. Budak tu memandangnya dengan pandangan aneh.
+++
Hari sukan sekolah.
"Jisu! Jisu! Jisu!" Taehyung dengan semangat memberi sorakan kepada Han Jisu. Begitu juga budak lelaki lain. Jisu masuk dalam acara lumba lari dan gadis itu memang atlet sekolah.
"Hoi, nerd. Kau tak payah dok sini sokong Jisu la. Kau ingat Jisu pandang ke muka kau ni? Blah!" ujar budak laki paling popular, Taeyong.
"Tah, tak pasal2 sebab kau dia kalah," ujar kawan Taeyong pula. Mereka menolak2 aku sampai aku jatuh ke tanah.
Kemudian, mereka ketawakan aku."Hodoh betul," aku pandang atas. Ji-Jisu?
Dia terus menarik lenganku dan membawa aku ke belakang sekolah.
"Ji..su.."
"Jangan berani nak sebut nama aku depan Taeyong lah budak hodoh!" ujarnya. Mukanya nampak marah sekali.
"Kau tau tak kau ni hodoh? Nerd? Tak sedar diri nak suka aku," Jisu memeluk tubuhnya sambil membuang pandang ke tempat lain.
Hatiku berkecai. Tak sangka, haritu bukan main baik dia depan semua orang. Harini, dia mengejek aku pula.
Sungguh, aku terkesan."Dahlah! Jangan kau berani nak kacau hidup aku lagi. Jangan kau nak sibuk2 suka aku. Aku tak perlukan budak nerd cam kau ni untuk suka aku. Faham?Bye!" itu kata2 terakhir Jisu sebelum dia berlalu pergi. Aku menggenggam penumbuk tanganku.
Han Jisu. Tunggulah.
+++
"Omma, saya dah balik," ujar Taehyung di muka pintu rumahnya. Dia menanggalkan kasut dan menjejak kaki ke dalam rumah. Apahal sunyi je?
"Eo-"
"Saenggil chukka hamnida, Kim Taehyung!" ujar omma dan appa yang menyambut kepulanganku dengan kek.
"Eo..gomawo omma appa!" Taehyung terus menghampiri meja makan dan melihat kek di depannya.
"Sedapnya!" ujarku."Sebelum tu..omma dan appa nak kasi hadiah," ujar omma.
"Hadiah apa?!" soal Taehyung dengan teruja sekali. Dia terloncat2 macam beruk sebab excited.
"Nah, ni hadiah daripada appa," encik Kim menghulurkan sebuah kotak warna biru gelap.
"Eo, jam?" Taehyung membelek jam tersebut.
"Gomawo appa," Taehyung terus memeluk appanya."Haaa, omma pulakkk," puan Kim mengambil sesuatu dari bawah kakinya.
Taehyung ternganga.
"Besarnya teddy ni omma!" Taehyung terus memeluk teddy tersebut.
"Haa, ni untuk Taehyung..jaga dia baik2 tau lepasni," ujar puan Kim."Nae! Comelnyaaa. Taehyung nak letak dalam biliklah," ujar Taehyung. Dia memeluk teddy yang besar dan gebu itu. Malah, lebih besar dari dia.
Dia gembira kerana familynya masih di sisinya. Tiada siapa yang dapat gantikan mereka. Hanya mereka yang memahami Taehyung.
"Baiklah teddy. Mulai hari ni saya panggil awak...Haru ok?" soal Taehyung kepada teddy bear yang baru itu.
Teddy tu hanya diam.
"Okayy, from now on saya akan tidur dengan awak," ujar Taehyung lagi. Dia tersenyum memandang kawan barunya, Haru.
ASSALAMUALAIKUM & HI!
memandangkan hari ni hari jadi Taetae kita sooo author akan post bab 1 cerita ni!!
special sebab birthday taehyung my eternal love ecece pidah.
so author nak wish happy birthday kat Kim Taehyung kitaaa walaupun dia tak paham bahasa melayu dan takda wattpad hahhaahha
keep hensem and lighten up my day 😘🎉
V bias pertama author dalam BTS sebelum jimin kayh.
maafkan sy sebab curang ngan awak tae huahuahua ok cut cut!
YOU ARE READING
[OG] Teddy bear | k.t.h
FanfictionApabila sebuah teddy bear bertukar menjadi seorang yeoja/perempuan. +vote & comment guys+ mengarut tak mengarut haha xD [ start : 30/12/2016 ]