s e v e n t e e n

178 22 1
                                    

"Haru, emm betul ke awak suka Taehyung?" soal Nana tiba2. Mereka makan di kantin harini. Nana laju menyuap mee goreng ke dalam mulutnya. Dia betul2 kebuluran selepas kelas maths tadi.

"Eeh? Haru suka Taehyung?" soal Jen terkejut.

"Nae. Dia yang cakap centu tadi," ujar Nana pula. Haru jadi blushing. Entah kenapa? Memang macam ni ke?

"Wow. Haru baru masuk sekolah dah in love dengan salah sorang member BTS. Hebat betul penangan BTS ni," ujar Sunji sambil menghirup air kotaknya.

"Bukan macam tulah! Haru ni kawan dengan adik Taehyung. Jadi dorang rapat," balas Nana. Jen dan Sunji mengangguk faham.

"Wahh jadi peluang Haru cerah memandangkan dorang rapat," ujar Jen sambil sengih2.

Haru menggaru kepalanya. Situasi rapat bagi Haru tu berbeza. Dia rapat kerana dia adalah 'teddy bear' si Taehyung...

"Awak, Nana. Tak bagi Jungkook coklat ke?" soal Jen sambil sengih kambing.

Nana mencerlung matanya tajam. Geram dengan Jen.

"Kalau saya bagi pun, dia takkan suka saya. Jadi tak payahlah. Tengok tadi pun ramai dah bagi coklat kat dia. Malas," Nana meletakkan kepala atas meja sambil memandang tempat lain.

"Ish Nana ni. Dia ni betul ke tak sukakan Jungkook," Jen mencebik. Kawannya itu memang mudah sangat putus asa.

"Saya tak layaklah," ujar Nana lagi. Haru memandang Nana.

Nana..tengah sedih?

"Belum cuba dah mengalah. Macam pondan," ejek Sunji. "Hey! Jahat laaa awak ni Sunji," Nana mencebik. Jen ketawa.

"Pondan pun lagi better dari awak," ujar Sunji lagi. "Sunji!" Nana memuncungkan mulutnya.

Dan akhirnya mereka ketawa.

***

"Nana..bangun. Kita kena pergi makmal," Haru mengejutkan Nana yang terlelap. Mereka perlu bergerak ke makmal untuk kelas sains.

"Eo, eh. Aduh ngantuknya. Jap, saya amik buku," Nana terus menyelongkar begnya dan mengeluarkan buku sains. Haru memandang bungkusan berwarna pink yang berbalut.

Mungkin ke..tu coklat?

"Jom," ujar Nana.

"Nana, tu coklat kan?" soal Haru. Nana memandang bungkusan yang terkeluar sedikit dari begnya. Dia terus memasukkan semula.

"Tak--"

"Kenapa awak tak bagi Jungkook?" soal Haru. Nana tunduk.

"Nana..?" soal Haru lagi apabila Nana tak memberi respon.

"Saya..tak mampu. Saya tak boleh nak bagi kat dia," ujar Nana. Riak wajahnya sedih. Tangannya turut digenggam.

"Kenapa?" soal Haru lagi.

"Setiap kali saya tengok perempuan lain bagi coklat kat dia dan dia dikelilingi oleh mereka, saya tak rasa saya ni layak nak sukakan orang macam dia," ujar Nana dengan nada sedih.

"Tapi..awak dah pun sukakan dia. Takkan awak nak nafikan.?" soal Haru. Nana memandang Haru.

"Saya..entahlah." Nana memandang begnya yang berisi coklat.

"Bukan ke..manusia akan berjuang untuk cinta mereka?" ujar Haru lagi.

"Saya memang cintakan Jungkook tapi.."

[OG] Teddy bear | k.t.h Where stories live. Discover now