Haru hanya duduk sendirian di bawah pokok. Dia termenung. Hari ni pun dia tak dapat buat kawan. Bukan lah dia 'buat' macam buat kek atau seumpama itu. Maksudnya, berkawan dengan pelajar perempuan di dalam kelasnya lah. Yang dia hanya rapat setakat ini Jungkook, Mingyu dan Yugyeom.
Haru perasan juga setiap kali dia bercakap dengan trio itu, pasti pelajar perempuan di dalam kelas itu akan pandang dengan pandangan yang--Haru sendiri tak tahu.
Dia sudah cuba menegur dan bercakap dengan mereka tapi--
"Oh. Haru..ok. Eh guys, tengok tak Music Bank semalam?"
100% diabaikan.
Haru berasa sedih dan kecewa. Kalau Taehyung tanya lagi, dia nak jawab apa?
Dia tak nak menyusahkan Taehyung lagi. Dia perlu pandai berdikari."Hai, awak!" satu suara tiba2 muncul memecahkan lamunan si Haru.
Haru mendongak.
"H-hai.."
Dua orang budak perempuan sedang berada di depannya dihiasi senyuman di wajah mereka.
"Awak ni pelajar baru ke? Sebab sebelum ni tak pernah nampak awak pun," ujar seorang budak perempuan yang berambut pendek paras bahu.
Haru mengangguk. Siapa mereka berdua ni.
"Kenalkan, saya Jen. Yang ni Sunji," ujar budak berambut pendek tadi.
"Saya..Haru," Haru menghulurkan tangan. Mereka memandang antara satu sama lain lalu tersenyum dan menyambutnya. Selalu budak-budak je salam salam ni.
"Kau asal sorang-sorang kat sini?" soal Sunji. Haru memandangnya saja.
"Takda kawan?" soalnya lagi. Haru mengangguk.
"Ehh, awak kelas apa?" soal Jen.
"1-D," jawab Haru.
"Oh..patutlah.." Jen memandang Sunji.
"Ke-kenapa?"soal Haru pelik.
"Kelas tu memang tak peramah dengan pelajar baru," ujar Sunji.
"Kenapa macam tu?" soal Haru lagi.
Jen menjungkit bahu.
"Tapi kitorang ada kawan dari kelas tu. Nasib dia sama macam awak," ujar Jen tiba-tiba.
"Betul ke? Boleh ke saya kawan dengan dia? Saya perlu cari kawan!" soal Haru dengan semangatnya.
Jen dan Sunji memandang antara satu sama lain.
"Emm boleh je. Tapi sejak dua menjak ni dia tak datang sekolah," ujar Sunji.
Haru mengelipkan matanya.
"Ke-kenapa?" soal Haru pelik.
+++
"Jungkook," panggil Taehyung. Harini BTS lengkap makan satu meja di kantin.
"Pa dia?" soal Jungkook dalam loghat utagha. Dah pandai dah. Kau ?
"Haru...dalam kelas dia ok tak?" soal Taehyung sambil menyuap mihun sup dengan sambal belacan.
Mata Jungkook memandang ke atas tanda berfikir.
"Ok je. Dia tegak je dengar cikgu mengajar. Tak pernah tidur lagi setakat ni," ujar Jungkook kemudian menyuap nasi goreng dengan budu.
"Mana kau tau ni?" soal Hoseok. Jungkook memandang Hoseok. "Maksud kau?"
"Iyelah. Kau dalam kelas pun tidur aje. Mana kau tau Haru tak tidur?" soal Hoseok. Jungkook menyumpah seranah Hoseok di dalam hati.
"Aku bukan tidur lah. Aku cuma mengalami proses habanasiyon.. Hah amek kau. English aku dah better k," Jungkook flip hair kerana berjaya menyebut perkataan tersebut sambil hidungnya kembang kempis melihat ahli lain ternganga. "Alaaa, yang bila beruang tidur sepanjang musim sejuk tu," terang Jungkook.
Namjoon memandang Jungkook kerek diikuti ahli BTS yang lain.
"Maksud kau..hibernation ke?" soal Namjoon pula. Terus terhambur ketawa ahli BTS kecuali Jungkook kerana perbezaan sebutan antara mereka berdua.
"Aish. Pape jela hyung ni," Jungkook sambung makan biskut kerepek dia pula.
"Btw, Taehyung. Asal kau risaukan si Haru tu? Dia rapat ngan kau ke?" soal Jin pula.
"Ha'ah. Dia dah macam sedara. Em. Risau lah sebab semalam dia kata dia tak dapat kawan perempuan lagi kat kelas tu," jawab Taehyung.
"Alah. Aku kan ada," ujar Jungkook.
"Ah kau pun macam biskut. Sekejap ada sekejap takda," ujar Suga pula.
"Ye tak ye jugak. Alah kau jangan risau. Nanti dia jumpalah kawan. Aku akan jaga dia ok," ujar Jungkook sambil membuat tanda 👌.
Taehyung memandangnya seketika. Kemudian, dia mengangguk.
+++
"Rasanya...sebab dia bosan kat sekolah. Lagi2 bila takda kawan sekelas dengan dia. Semalam saya call dia, dia kata dia tengah main playstation kat rumah," ujar Jen lagi.
"Play..station?"
"Ha'ah. Aik, awak tak tahu ke apa tu playstation?" soal Jen.
Haru menggeleng.
Sunji dan Jen memandang Haru dengan pelik. "Kau datang dari mana?" soal Sunji.
"Dari..kila--eh da-dari kampung," Haru menggaru kepalanya kerana hampir terlepas 'kilang mainan' tadi.
"Oh. Patutlah. Playstation tu game. Permainan dari kotak," ujar Jen.
Haru terkelip-kelip. Kotak? Kotak yang Taehyung simpan komik dia tu ke?
"Kotak boleh jadi playstation?"soal Haru.
Jen dan Sunji hilang kata2. Kotak apa pula la si Haru ni fikirkan.

YOU ARE READING
[OG] Teddy bear | k.t.h
FanficApabila sebuah teddy bear bertukar menjadi seorang yeoja/perempuan. +vote & comment guys+ mengarut tak mengarut haha xD [ start : 30/12/2016 ]